BermulanNya 4 Perkara !!!!

Apapun, seandainya ada yang membaca post terbaru di blog ini sekarang, kamu hanya perlukan satu sebab sahaja kenapa kamu patut bersyukur, 




Bersyukurku terhadap mu Ya Allah



Iaitu... iaitu….. iaitu….
iaitu….. iaitu….
.
.

.

.
Kamu masih boleh membaca post ini kerana masih lagi mempunyai nikmat hidup.



Bersyukurlah dengan segalanya yang ada pada diri sendiri. Ingat, Tidak bersyukur bermakna kita tidak berterima kasih dan sombong kepada-NYA.

Agaknya berapa kali kita ucap Alhamdulillah dalam sehari ye...hmmm..

P/s: Terasa sekarang ni seperti sy sudah kurang bersyukur dengan apa yang ada.. Ish, betapa sombongnya saya.


Terfikir sejenak tentang kehidupan yang saya lalui dan harungi, apakah selama ini yang saya dapat dan saya kecapi hasilnya bermula daripada diri sendiri yang sangat lemah ini jika tiada bantuan dan pertolongan yang maha agung ini…..Ya Allah, kaulah penguasa seluruh alam semesta ini. Jika kau tidak memberikan akal fikiran, pancaindera dan sebagainya adakah mampu hamba yang lemah ini berdiri untuk meneruskan liku-liku kehidupan dan cabaran. Ya Allah, hambamu ini lemah untuk menadah mengucapkan kesyukuran padamu. Apapun kita perlu kembali kepada yang asal mencipatakan kita iaitu Allah dan perlu banyak mengucapkan syukur kepadanya kerana kelebihan dan kekurangan yang telah diberikan itu ada hikmah disebalik sesuatu liku-liku kehidupan dan seharusnya kuat dalam menempuhi cabaran dunia yang sgt mencabar ini.”  Alhamdulillah Ya Allah  “



Semenjak akhir ini, penulis rasa kelemahan dalam diri dan Alhamdulillah kekuatan dalaman datangnya daripada allah untuk kita senantiasa mendekatkan diri kita lebih kepadanya…….
Untuk entri  post kali ini, saya ingin membicarakan dan marilah kita sama-sama mengamalkan  tentang empat perkara nasihat-nasihat yang boleh kita ambilkan sebagai pedoman hidup dalam diri seharian kita. Adakah kita sudah membentuk peribadi yang mulia ? Membentuk peribadi yang mulia merupakan sesuatu yang didambakan oleh setiap umat islam. Dalam proses menjadi Mukmin  yang beriman dan beramal soleh, pelbagai cabaran dan halangan yang akan ditempuhi seseorang. Bermulanya nasihat-nasihat tentang  4 perkara itu adalah :




 Tahajjud Cinta pada mu Ya Allah


Hak Solat, Puasa, Membaca Al-Quran dan Sedekah


Dari Abdullah bin Al-Mubarak :

“ Barangsiapa melakukan solat dua belas rakaat setiap hari, maka ia telah memenuhi hak solat ; Sesiapa yang telah berpuasa tiga hari setiap bulan, maka telah memenuhi hak puasa ; Sesiapa yang telah membaca seratus ayat setiap hari, maka telah memenuhi  hak bacaan. Dan siapa yang telah bersedekah satu dirham setiap Jumaat, maka telah memenuhi hak sedekah. “


Abdullah bin al-Mubarak adalah cucu al-Qadhi Nuh al-Marwazi. Beliau adalah salah satu tokoh ahli sufi yang sangat terkenal. Ketika maut telah menghampiri Abdullah bin Mubarak, dia berkata kepada bekas hamba sahayannya yang bernama Nasar “ Letakkanlah kepalaku diatas tanah “ Lalu Nasar menangis, dia bertanya “ Apakah yg membuatmu menangis ? “ Nasar menjawab : “ Saya ingat kepada segala kemegahan yang pernah ada padamu. Namun pada saat kematian ini kamu dalam keadaan fakir dan terasing.” Dia berkata ; “ Tenanglah kamu kerana sesungguhnya aku telah berdoa kepada Allah s.w.t. agar dia menghidupkan aku dalam keadaan kaya dan agar dia mematikan aku dalam keadaan miskin.” Kemudian dia berkata : “ Bacakanlah talqin kepadaku dan janganlah kamu bercakap lagi denganku kecuali apabila aku berkata-kata “




 Syurga tetap di Hati Ku



Lautan Dosa, Lautan Syahwat, Lautan Umur dan Lautan Penyesalan
            

            Amirul Mukminin Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. berkatan :

“Lautan-lautan itu ada empat, iaitu : Hawa nafsu adalah lautan dosa ; Nafsu adalah lautan  syahwat(keinginan) ; Maut adalah lautan umur dan kubur pula adalah lautan penyesalan “


Hawa nafsu adalah kecenderungan nafsu untuk memenuhi keinginannya yang diluar poerintah syarak. Hawa nafsu adalah menjadi sumber pangkal perbuatan dosa
Nafsu adalah elemen jiwa yang berpotensi mendorong pada hasrat biologi dan mengajak diri pada berbagai kelazatan. Nafsu adalah menjadi sumber pangkal keburukan dan perangai tercela.
Kematian adalah lautan umur ertinya bahawa kematian itu menhimpun seluruh umur. Dalam naskah lain disebutkan ‘amal’ bukan ‘umur’, adalah seperti dikatakanorang, bahawa kematian adalah peti amal.
Kubur itu lautan penyesalan, ertinya bahwa di alam kuburlah terjadi berbagai penyesalan seluruhnya. Alam kubur juga tahap pertama bagi kehidupan akhirat. Disana yang ada hanya penyesalan belaka. Orang yang baik dan banyak amalnya masih menyesal kerana merasa tidak cukup lagi amal solehnya, apatah lagi bagi orang yang amal solehnya sedikit. Orang yang jahat dan kafir akan selalu menyesal dan berkeinginan agar dihidupkan semula sekali lagi untuk mengambil peluang akan beriman dan beramal soleh, tetapi hal itu adalah sesuatu yang mustahil.



Mahligai Syurga Cinta terhadap mu Ya Allah



Rindu Syurga, Takut Neraka, Yakin Ke Atas Kematian dan Mengenali Dunia


            Saidina Ali r.a bin Abu Talib ada berkata :

“ Barangsiapa yang rindu pada syurga, maka mestilah ia bersegera melakukan kebaikan- kebaikan, barangsiapa yang takut neraka, hendaklah ia mencegah diri dari keinginan-keinginan syahwat, barangsiapa yang yakin pada maut, maka habislah semua kelazatan atasnya (yakni tidak lagi ingin merasakan kelazatan dunia) dan barangsiapa yang mengetahui dunia, maka ringanlah ia menanggung sebarang musibah atasnya “


Seseorang yang rindu pada syurga, maka segeralah melaksanakan kebaikan. Sesiapa yang takut neraka, maka mestilah menghindarkan diri dari keinginan-keinginan nafsunnya. Siapa yang yakin pada maut, maka rosak kelazatan-kelazatan atau terputuslah segala kelazatan dariNya.
Barangsiapa yang mengetahui dunia bahawa dunia itu adalah tempat ujian dan berbagai kekotoran, maka dia akan merasa ringan atas musibah-musibah yang menimpa dirinya.
Sesungguhnya perintah untuk bersegera melakukan amal soleh demi cinta syurga telahpun diserukan oleh Allah s.w.t menerusi alquran pada ayat dibwh :
           
“ Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa “ ( Ali Imran : 113 )




Jom Renovate hati kita


Empat  Penyebab Hati Menjadi Gelap dan Empat Penerang Hati


Diriwayatkan bhwa penyebab hati menjadi gelap itu kerana empat perkara, demikian pula ada empat factor yang menjadikan ia terang bercahaya :

“ Empat factor yang menyebabkan gelapnya hati, iaitu : Perut kenyang tak berukuran(melebihi had), bersahabat dgn orang-orang zalim, melupakan dosa-dosa yang lalu dan angan-angan yang panjang. Empat factor penyebab bercahayannya hati : Perut yang lapar kerana berhati-hati, bersahabat dgn orang-orang soleh, mengingat dan menyesali dosa-dosa yang lalu seta pendek  angan-angan “


Ukuran kekenyangan perut menurut had syariat ialah sepertiga selera makan. Panjang angan-angan sehinggalah mengkhayalkan perkara-perkara mustahil terjadi. Berkaitan perkara terdapat satu hadis riwayat dari sahabat Ali bin Abi Talib, bahawa Nabi Muhammad ada bersabda :

“ Sesungguhnya perkara yang sangat aku khuatiri ketas kamu sekalian adalah dua perkara, iaitu tunduk patuh pada hawa nafsu dan panjang angan-angan. Adapun mengikuti hawa nafsu maka ia  akan bercanggah dgn perkara hak dan panjg angan-angan adalah cinta pada dunia.”
 ( Diriwayatkan oleh Ibn Abu Dunya )



Abu Tayyib berkata :
Barangsiapa yg duduk bersama lapan golongan, maka Allah menambah kepadanya lapan perkara, iaitu barangsiapa duduk bersama orang-orang kaya, maka Allah menambah kecintaannya pada dunia.
Barangsiapa yang duduk bersama-sama orang fakir, maka baginya akan bersyukur dan redha pada bahagiannya dari Allah s.w.t yg diberikan kepadanya.
Barangsiapa yang duduk bersama sultan(penguasa), maka Allah menambah kepadannya kekerasan hati dan sombong.
Barangsiapa yang duduk bersama wanita, maka Allah menambah kebodohan dan syahwat kepadanya.
Barangsiapa yang duduk bersama anak-anak, maka dia bertambah gemar bermain. Barangsiapa yang duduk bersama –sama orang fasik, maka dia bertambah berani berbuat dosa dan menangguh-nangguhkan taubat.
Barangsiapa yang duduk bersama-sama orang soleh, maka dia bertambah cinta melakukan ketaatan . Barangsiapa yang duduk bersama para ulama, maka dia bertamabah ilmu dan amalnaya.



Mudah-mudahan apa yang  dapat saya sampaikan ini,  sedikit sebanyak  mensucikan roh kejahatan yang sentiasa belenggu di lubuk hati kita ini mahupun kita sedari atau tidak sedari kerana kita terlepas pandang dari sekecil-kecil perbuatan kita dan senantiasa ada kesilapan terhadap sesame makhluk mahupun allah s.w.t. Jadikan pedoman suci ini dalam metarbiah diri hati kita yang sangat kecil ini dan kecintaan kita kepada allah lebih banyak berbanding kecintaan kita kepada duniawi semata-mata. Renung-renungkan , selamat bermal dan selamat bermujahadah diri dari setiap sudut dan aspeknya………………..Insyaallahhhh.

2 comments:

  1. Mohon pd Dia,
    semoha hati kita dipelihara~

    ReplyDelete
  2. Sama2lah kita merealisasikaNya....
    insyaallah :D

    ReplyDelete