Cetusan bertinta KEKERINGAN !!!!!! Resolusinya ...........

Seotai mana pun seorang blogger, dia tetap akan ada masa ‘off’. Sehebat mana pun seorang penulis, dia tetap akan berdepan dengan kekeringan idea. Secantik mana pun sesuatu blog, dia tetap akan ditimpa masa2 kesunyian dan kesepian. Sunyi dari cetusan idea dan sepi dari sebarang ungkapan kata dari tuannya.


Saya termenung lama sebelum menulis. Saya optimis, pasti ramai yang pernah mendengar sesetengah blogger menulis sebegini : “biarlah aku mendiamkan diri seketika waktu, kerana aku enggan menulis tanpa kehadiran hati”. Lalu blog nya sunyi dan sepi untuk seketika, sebelum kembali ceria dan aktif dengan pelbagai entri.


Itulah lumrah biasa bagi blogger. Ada ketika, kita tidak tahu mahu mencoret apa lagi buat tatapan para pembaca.


Sebenarnya, bukan idea yang menjadi masalah utama. Masalah utama adalah jiwa. Ketika jiwa ditimpa gelora, memang susah untuk menggerakkan pena. Kalau diteruskan juga tulisan tersebut, pasti akan berlaku banyak cacat celanya. Dan, selaku manusia biasa, blogger juga tidak terlepas dari dibebani pelbagai masalah yang bisa meruntun jiwa.

Tapi, kalau setakat mahu mencatat tentang ‘jadual harian saya’ atau ‘makanan kegemaran saya’ , itu tentu2 sekali tiada kaitan dengan entri saya ini. Itu memang tidak perlu ditulis dari jiwa.



Jika Kering Idea?

1-      Banyakkan membaca. Penulis yang banyak menulis tetapi kurang membaca adalah penulis yang bangkrap. Ini saya pinjam kata SaifulIslam.com.
2-      Cetuskan minat untuk mengkaji, samada bahan ilmiah atau tentang kehidupan.
3-      Biasakan diri berfikir dan bina perkaitan. Pengalaman kita adalah sesuatu yang bagus untuk ditulis jika anda bijak berfikir dan membina perkaitan.
4-      Ziarah blog orang lain.


Jika Lemah?

1-      Perbetulkan semula niat menulis. Jika untuk manusia, memang patut anda lemah. Tetapi jika untuk Allah, tentu tiada istilah lemah.
2-      Cari ketenangan hati. Tentu sekali cara yang paling baik adalah dengan membaca Al-Quran atau solat sunat. Dengan mendekati Allah, hati anda akan lebih bercahaya dan otak anda akan lebih pantas menghasilkan idea.
3-      Ambil motivasi dari kawan2 sekeliling atau kawan2 di alam maya. Mungkin dengan mencontohi penulis2 yang telah berjaya boleh memberikan suntikan motivai yang besar dalam diri anda.
4-      Jadikan follower atau pembaca sebagai wasilah. Mereka bukan tujuan utama anda menulis, tetapi dengan kewujudan mereka, boleh menjadikan anda lebih bersemangat untuk menulis, lantaran merasakan ia sebagai suatu tanggungjawab dan amanah.

Cuma, saya mahu menyebut tentang dua fenomena :


Satu :

Blogger yang dalam saat kejatuhan, seperti tekanan jiwa, kesibukan, hilang tumpuan dan sebagainya tetapi masih mahu mendesak diri supaya menulis. Ini tidak sepatutnya berlaku. Ingat, tulisan anda adalah sesuatu yang punya ‘roh’ kiranya ditulis dalam keadaan yang tenang dan lahir dari dalam hati anda sendiri. Justeru, jangan mendesak. Berikan peluang kepada diri anda sendiri untuk kembali stabil, kemudian barulah kembali menulis.


Dua :

Blogger yang mempraktikkan perkara di atas, atau menggunakan ayat seperti yang saya sebut di awal2 tadi. Keadaan diri tidak stabil, jadi enggan menulis takut tidak lahir dari hati. Itu tidak mengapa. TETAPI formula tersebut jangan digunakan terlalu lama. Dengan kata lain, jangan sampai menjadi tabiat. Bila setiap kali mahu menulis, anda sumbat otak anda dengan doktrin tersebut, akhirnya anda akan tinggalkan terus hobi menulis. Sebab itu, ada blog yang guna ayat di atas, kemudian terus tiada entri sampai berbulan2!
Antara dua keadaan di atas, elok kita pilih yang pertengahan. Bersederhana lebih baik. Memperbaiki diri dan dalam masa yang sama, tidak lupa untuk memberi. Semoga kita semua adalah dari kalangan tersebut, kerana sabda Nabi s.a.w :



” Sebaik2 perkara adalah yang di pertengahannya ( sederhana ) “




Sekian daripada Iffat Altamis .....
Terima Kasih , Wassalam.................................

2 comments:

  1. assalamualaikum..n3 yg mnarik..mtk izin untk kongsi..trima kasih..

    ReplyDelete
  2. Ok...silakan, semoga berkembang ilmu islam di alam maya ......

    ReplyDelete