Kajian Ilmiah Iffat Altamis ( TESIS )

Peningkatan dan pertumbuhan usia mematangkan diri saya untuk lebih berfikir jauh kehadapan dalam menyelusuri apa itu matlamat dan tujuan kehidupan sebenar. Ini merupakan suatu proses perkembangan kehidupan dalam  setiap apa yang diingini agar dapat tercapai kejayaan tersebut. Bukan mudah untuk kita menyelusuri dan menjalaninya kerana setiap apa yang ingin kita suakan, tidak semestinya akan kita perolehi  dan dapat tetapi  keyakinan perlu ditanamkan dalam setiap pencapaian yang harus diciptakan dengan mempunyai keazaman yang tinggi bagi menerobos apa yg ingin disasarkan.   

  

Alhamdulillah, Allah swt memberikan kekuatan dan keazaman diri  penulis ini untuk melakarkan Blog Tinta Iffat Altamis yang tidak seberapa ini bagi menyebarkan, ranting-ranting ilmu, dan sayap-sayap dakwah dalam konteks uslub dakwah itu sendiri  untuk kepentingan bersama menyampaikan apa jua sudut ilmu itu dan pengamalannya. Didalam kata-kata hadis ada menyebut  “ Sampaikanlah walaupun sepatah ayat “. Walaupun ilmu yang kita ambil dan kutip sangat sedikit tapi amat bernilai bg kita dalam konteks kefahaman dan pengamalan isi kandungan itu kerana yang sedikit itu lebih manfaat daripada yang banyak. 


Bermulanya pengakhiran saya didalam semester lima dan telah memasuki gelombang pengakhiran di semester enam tahun ketiga dalam  jurusan Diploma Tahfiz Al Quran Wal Qiraat yang bakal akan menamatkan sesi pengajian di Darul Quran JAKIM pada awal bulan 3 tahun 2012 , Insyaallah…… Telah diberikan tugasan dalam menyiapkan kajian ilmiah pada semester ini . Alhamdulillah, kajian ilmiah yang akan bakal saya karyakan bertajuk “ MANHAJ RIWAYAT KHALAF DAN KHALLAD SUATU KAJIAN TERHADAP SURAH AL-MAIDAH AYAT 1 – 30 “. Tajuk yang telah dipersetujui oleh penyelia saya sendiri bagi seliaan kajian ilmiah ini. 



Pertamanya, kajian ini adalah bagi memenuhi syarat utama untuk memperolehi Diploma Tahfiz Al Quran Wal Qiraat di Darul Quran, JAKIM. Melalui kajian ilmiah ini, dapatlah dinilai tahap penguasaan dan pemahaman pelajar berkenaan ilmu-ilmu yang telah dipelajari di Darul Quran, kemudiannya diterjemahkan ke dalam satu bentuk penulisan. Sebagaimana yang kita ketahui, penulisan dan karya ilmiah amat penting dalam membina sebuah generasi ilmu dan ketamadunan.

Kajian ini juga penting bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai kepentingan ilmu Qiraat, keperluan umat Islam untuk memahaminya, serta kepentingan bagi menjaga khazanah keilmuan Islam. Dengan ilmu Qiraat, kesalahan dalam bacaan Al-Quran akan berlaku dan mengubah tafsiran sebenar ayat Al-Quran.


Al-Quran merupakan mukjizat Allah s.w.t. yang diturunkan kepada rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ia juga merupakan suatu rahmat daripada Alah s.w.t. kepada hamba-hambanya yang mana kitab ini dijadikan rujukan dan panduan yang lengkap bagi seluruh manusia di dunia ini.  Di dalam Al-Quran terkandung kesemua kunci-kunci ilmu yang ada di dunia ini. Oleh yang demikian, maka sangat perlulah untuk kita mempelajari Al-Quran amnya dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran secara khususnya. 
           
Ilmu Qiraat merupakan ilmu yang sangat berkait rapat dengan Al-Quran, kerana Al-Quran mempunyai cara bacaan yang khusus bersandarkan kepada cara bacaan Rasulullah s.a.w. Secara umumnya, ilmu Qiraat adalah kekhilafan ataupun perselisihan pendapat pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf Al-Quran dan membincangkan bagaimana sebutannya yang disandarkan kepada imam-imam mengikut riwayat yang berbeza antara satu sama lain. Riwayat pula adalah murid-murid yang mengambil bacaan tertentu daripada imam-imam mereka walaupun melelui perantaraan.


Bidang ilmu qiraat adalah satu bidang yang penting dalam cabang-cabang ilmu Al-Quran kerana dengan ilmu qiraat, seseorang dapat menentukan sama ada sesuatu bacaan itu betul atau salah, bersambung sanadnya dengan Rasulullah s.a.w. atau tidak, mutawatir atau syaz (diragui) dan sebagainya.


Namun perkembangan ilmu Qiraat di Malaysia masih belum meluas. Tambahan pula, sarjana-sarjana pakar dalam bidang ilmu ini masih kurang. Selain itu, tidak banyak tulisan-tulisan dan kitab-kitab dalam bidang ini ditulis dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu itu sendiri. Masalah ini menyebabkan ramai yang ingin mendalami ilmu Qiraat, merasa lemah untuk meneruskan kajian dalam bidang ilmu ini disebabkan kurangnya rujukan yang ada terutamanya rujukan yang ditulis di dalam Bahasa Melayu.


Oleh kerana itu, penulis merasa perlunya membuat kajian ilmiah dalam bidang ini,yang mana dengan kajian ilmiah ini, rujukan dalam bidang qiraat dapat ditambah dan dapat merancakkan lagi perkembangan ilmu ini di Malaysia. Meskipun rujukan ini terlalu kecil untuk menyelesaikan pelbagai msalah dalam bidang Qiraat, namun penulis berharap ianya boleh dijadikan sebagai satu rujukan walaupun rujukan ini tidak dapat merungkai kesemua mesalah-masalah di atas tetapi cukuplah sekadar mengurangkan sedikit masalah tersebut dengan penulis menukilkannya dalam kajian ilmiah ini. Penulis mengharapkan dengan kajian ilmiah ini, permasalahan yang dihadapi di dalam mempelajari ilmu Qiraat ini berjaya dikurangkan dan menjadikannya sebagai salah satu cabang ilmu yang dapat difahami oleh semua umat Islam.   


Dalam pembacaan Al-Quran, para ulama’ telah menetapkan kriteria yang perlu dipatuhi supaya bacaan tersebut sah dari segi syariat Islamiah dan mengikut keadah asalnya seperti mana yang telah di ajarkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu :

                        i.            Bacaan tersebut hendaklah salah satu daripada bacaan Qiraat yang mutawatir dan sah sanadnya.
                        ii.            Bersesuaian dan bertepatan dengan bahasa Arab Fushah.
                       iii.            Bersesuaian dan bertepatan dengan Al-Quran Rasm Mushaf Uthmani.


Melalui kajian ini juga, masyarakat dapat lebih memahami dan menghayati Al-Quran dan mengamalkannya dalam amalan seharian mereka kerana tiada yang lebih baik di dunia ini melainkan menjadikan Al-Quran sebagai panduan yang utama unutk meraih kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat.


Akhir sekali, kajian ilmu Qiraat penting bagi menangkis dakwaan dan tohmahan yang mengatakan bahawa terdapat penyelewengan terhadap Al-Quran itu sendiri dan ilmu Qiraat bukannya daripada Rasulullah s.a.w. dengan mendatangkan dan memaparkan naṣ-naṣ rajih daripada hadis-hadis yang sahih yang berkaitan dengan “Sab’ah Ahraf”.  


Semoga kajian ilmiah yang ingin saya karyakan berhasil dengaan jayanya bagi mencapai matlamat yang ingin disampaikan dan mohon doa serta sokongan dan dorongan sahabat-sahabat yang mengenali diri saya mahupun tidak mengenali dalam berkongsi pandangan mahupun ilmu yang dipelajari bagi memperluaskan kajian ilmiah saya ini. 


Sebarang perkongsian apa jua pun bolehlah menghantar di alamat email saya ini : “ iffat_altamis@yahoo.com “. Mudah-mudahan perkongsian yang diberikan memberi manfaat untuk kita semua dalam menebarkan syiar islam itu sendiri.


6 comments:

  1. salam saya nak buat kajian tentang tugasan qiraat saya….harap pihak tuan dapat membantu persoalan saya.;;)
    soalan 1) bagaimana tahap penguasaan pelajar terhadap ilmu qiraaat?
    soalan 2) apakah sumber/ kitab yang digunakan dalam mempelajari ilmu qiraat?
    soalan 3) apakah faktor yang mendorong mereka untuk mempelajari ilmu qiraat?

    ReplyDelete
  2. Ini soalan bagi no 1 :


    Oleh kerana kurangnya pendedahan atau perbincangan tentang ilmu ini dikalangan masyarakat Malaysia menyebabkan kehadiran ilmu ini kurang mengambil tempat didalam rancangan media massa, institusi pengajian dan mana-mana badan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan. Dengan itu menyebabkan masyarakat ketinggalan dalam menguasai ilmu ini, contohnya masalah dalam mendifinisikan makna al-Quran dan Qiraat itu sendiri. Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa al-Quran dan Qiraat ada perbezaanya iaitu al-Quran adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk dijadikan keterangan dan mukjizat, manakala Qiraat pula adalah kekhilafan pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf al-Quran.



    Ini soalan bagi nombor 2 :


    BIBLIOGRAFI


    1. Abdul Ghani Azmi Hj Idris, Drs., Mengenal Al-Quran dan Asas-Asas Ulumul Quran, cet.1, 1999, Kuala Lumpur, Al-Hidayah Publishers.

    2. Abdul Fatah El-Qadhi, Sejarah Al-Quran (Terjemahan Ismail Mohd Hassan), cet.1, 1999, Kuala Terengganu, Penerbitan Yayasan Islam Negeri Terengganu.

    3. Manna’ Khalil al-Qattan, Studi Ilmu-Ilmu Quran (Terjemahan Drs. Mudzakir AS), cet.6, 2001, Jakarta, PT Pustaka Litera AntarNusa.

    4. Al-Suyuti, Jalaluddin, Al-Itqan Fi Ulum Al-Quran , 1973, Beirut, Dar al-Fikr.

    5. Al-Zarqani, Muhammad ‘Abdul Azim, Manahil al-Irfan Fi Ulum Al-Quran, t.t., t.p.

    6. Al-Zarkashi, Badruddin, Al-Burhan Fi Ulum Al-Quran, Vol.1,1984, Beirut, Dar al-Fikr.

    7. Ahmad Von Denffer, Ulum Quran: an introduction to the sciences of the Quran, 2003, London, Islamic Foundation (UK).

    8. ‘Imaduddin Abi al-Fida’ Ismail bin Kathir (Ibn Kathir), Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, Jld.3, 1981, Beirut, Dar Al-Quran al-Karim.

    9. Andas ‘Abdul Malik, Dr., Ilmu Qiraat Al-Quran:Pelajaran Qiraah Sab’ah, 1985, Kuala Lumpur, Penerbit Pustaka Antara.

    10. Muhammad Ali al-Shabuni, Safwah al-Tafasir, Jld. 3, 1981, Beirut, Dar Al-Quran al-Karim.

    11. Ismail Masyhuri al-Hafidh, Ilmu Qiraatul Quran, t.t., Kuala Lumpur, Syarikat Nurulhas.

    12. Mohd Rahim Jusoh, Ustaz, Pengenalan Ilmu Qiraat, cet.2, 2001, Selangor, Mahsuri Timur Sdn. Bhd.



    Ini soalan bagi nombor 3 :


    1. Untuk memperkenalkan ilmu Qiraat kepada masyarakat dari sudut bacaan Al-Qura
    2. Untuk memudahkan para pelajar dan pendidik memahami dan mempelajari ilmu Qiraat dan membuat rujukan.
    3. Untuk mengetahui dan mendalami kaedah-kaedah pembacaan Al-Quran yang betul daripada Rasulullah.
    4. Untuk membuktikan Al-Quran itu adalah mukjizat dan wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah S.A.W. sebagai panduan hidup kepada seluruh umat Islam.
    5. Untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dalam ilmu
    agama khususnya dalam bidang ilmu Qiraat.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    saya sedang dalam proses menyiapkan tugasan Ilmu Qiraat.
    disini saya ingin meminta jasa baik pihak ustaz dalam beberapa perkara
    1) carta tahap penguasaan pelajar dlm ilmu qiraat
    ----terima kasih--- jasamu dikenang

    ReplyDelete
  4. Kepada saudara Azienur. Sy minta maaf sbb dalam kajian tesis yg sy buat tidak ada carta tahap penguasaan pelajar dlm ilmu qiraat kerana sy lbh mengkaji kepada cara bacaan periwayatan sesuatu imam qiraat.

    ReplyDelete
  5. slm...
    sy ingin bertny berkenaan tahap perkembangan ilmu Qiraat di Malaysia.
    Semoga saudara blh mmbntu sy
    terima kasih

    ReplyDelete