Persiapan Diri mencapai Keindahan Hakiki yang Insani


Usah berpaling dari risalah Rasulullah s.a.w. yang menyeru manusia beriman dan tunduk hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Usah lari dari manhaj Allah Taala yang membawa manusia kepada kebenaran. Sejauh mana cuba dikau lari, ingatlah hanya kepada Allah lah engkau kembali…Pulanglah…pulanglah kembali dan sandarilah dirimu padaNya kerana di situ sumber kebahagian hakiki insani.




Perkongsian kali ini merupakan suatu ringkasan yang bersumberkan Tafsir Fi Zhilalil Quran (Jilid 3), tulisan Sayyid Qutb.

Tidak akan berpaling dari mengikuti Rasul kecuali orang yang fasik. Tidak akan berpaling dari agama Allah melainkan orang yang aneh dalam alam wujud yang besar ini di mana mereka durhaka di tengah-tengah alam semesta yang patuh dan tunduk kepada Allah.


Mereka lupa bahawa tiada alternatif lain bagi manusia yang mencari kebahagian, kesenangan, ketenangan, kebaikan melainkan kembali kepada manhaj Allah dalam tata kehidupannya dan dalam sistem kemasyarakatannya dengan tidak berpijak pada manhaj buatannya sendiri. Apabila manusia dengan tata kehidupannya menyimpang dari undang-undang Allah Taala, maka hidup mereka akan sengsara, binggung, gelisah, buntu , terbelenggu meskipun mereka memiliki tahap intelek yang tinggi dan kemudahan kebendaan yang melimpah. Mereka menderita kehampaan…Mereka menderita kerana panasnya kehidupan yang ditempuhinya yang jauh dari naungan rimbun yang menyegarkan. Mereka menderita akibat jauh dari garis dan jalan yang lurus. 


Mereka hendak lari dari kenyataan ini dengan melakukan hal yang aneh baik dalam berpakaian, makan, gerak kehidupnya  dan sebagainya sehingga kehidupan mereka jauh dari kemuliaan. Mereka hilang arah kerana mereka tidak menemukan tujuan hakiki dari penciptaan dirinya. Mereka tidak menemukan ketenangan dan ketenteraman kerana mereka tidak mengenal Allah yang kepada-Nya mereka akan kembali….


Wallahu alam ………..

0 comments: