Dikala Tibanya Malam Menjelma bersinarlah Cahaya Kegelapan



Selalu sangatkan kita dengarkan perkataan “Malam masih muda” selalunya anak2 muda dan anak2 bujang yang guna ayat ini, baik lelaki mahupun perempuan, walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 or 4 pagi  masih lagi kata malam masih muda, tu la kan? Bila di fikirkan balik, mereka seolah-olah sudah tidak ada  beza awal malam dan awal pagi, sedangkan kita tahu bila jam dah menunjukkan pukul 00:01 dah masuk pagi dah sebenarnya dan tarikh pun dah bertukar, tapi nk buat macam manakan, dah istilah Malam masih muda senang dan mudah di fahami, sama la dengan saya pun, tidak  kata orang lain, kekadang saya pun sendiri menggunakan ayat ini... heheheh


Itu lah semuanya nak guna ayat yang mudah difahami dan mudah nak disampaikan, disebab ini lah yang kita selalu lupa bahawa dah pagi buta dah, kita masih lagi melilau, ini boleh di tengok di area KL la, lau kul 1 2 pagi ni macam kul 7 8 malam je, orang tidak  keluar awal2 kalau malam ni, bila lewat malam la baru melepak jumpa kawan, selalunya hujung minggu je la, kalau hari bekerja lau ada macam ni maknanya, masuk keja pagi tu bengkak la mata. Mula la mood xda nak wat kerja, asyik dok fikir mata mengantuk je dan terbayang-bayang kan katil dan bantal. Saya  kata ni berdasarkan pengelaman. Faham2 la kan kalau tido kejap tu cammana?

 
Tapi bila difikirkan balik, kita dah rugi banyak masa sebenarnya, masa rehat kita, kita bazir, nak kata masa tuk beribadat jauh sekali, mana tidak nya azan subuh bekumandang baru jumpa jln nak balik rumah , kalau balik rumah bukannya solat subuh, malah bantal dan tilam dulu kita utamakan, bila dah dapat tidur, asar la baru bangun, bila bangun, kita akan rasanya nikmatnya kita tidur, sedangkan kita dah lupa subuh dan zohor kita ntah kemana kan? ni pun saya cakap berdasarkan pengalaman, saya tidak  kata orang lain, saya  tahu orang lain semuanya baik2 belaka kan….heheheh




Kita tahu, tapi kita buat tidak  tahu je kan?  kita tahu waktu zohor dah masuk, tapi kita wat tidak dengar je kan, bukan kata zohor je, malah boleh dikatakan semua waktu kita wak tidak  tahu je kan, Ala xpa la nanti aku ada masa aku buat la, ayat ini juga selalu saya dengar, tapi kita tidak tahukan bila masanya untuk kita laksana tu akan tiba??? kalau la kita tahu mati kita bila, senanglah kan untuk kita bertaubat, tapi masalahnya kita tidak  tahu bila masanya, jangan nanti kita tidak  sempat sudah la, menyesal disana tidak gunanya…kamu semua jangan la terasa apa yang saya cakapkan ini, ini untuk saya je….kamu semua baik, saya percaya.


Sama la cam saya, saya tahu apa yang saya lakukan tu salah, tapi saya lakukan juga, ini lah dikatakan  manusia, bila kita buat salah dan silap, syaitan suka la, happy je dia, kerana syaitan berjaya menyesatkan kitakan, itu janji syaitan dgn Allah sebelum dia disingkirkan dari syurga. Syaitan akan buat kita di murkai oleh Allah, syaitan akan hasut kita jangan laksanakan suruhan Allah. Sebab kita terlalu pengaruh ngn syaitan la kita tinggalkan suruhan Allah, kita tidak  fikir apakah  balasan kita nanti disana atas apa yang kita lakukan selama ini, sebab Allah tidak tunjuk masa kita didunia, sebab tu kita tidak takutkan Allah???



Mungkin dah panjang lebar saya berceloteh, nak bicangkan isu malam masih muda, tapi dah jauh dah saya pergi ni, biasa la tu, nasihat menasihati, bukan tuk orang lain pun, tuk saya sendiri, supaya saya sentiasa ingat. Ok la ini je saya nak sampaikan disini, ada salah dan silap tu semuanya datang dari saya, kalau yang baik tu semuanya datang dari Allah swt. Ampun dan maaf saya pinta  dengan korang semua. InsyaAllah jumpa di next entry. 


Rajin saya update malam2 ni kan, mana tidak  rajin baru balik dari kenduri, terfikir sejenak semasa dalam perjalanan… terus mencari idea untuk entry kali ini… apa nak jadi nih, ishk2…hehehe


Wallahualam …………..

1 comment:

  1. akal ustaz ni geligat btul , kemana je prgi msti ade idea . ohhsemmm !

    ReplyDelete