Ranjau Mehnah Tribulasi Mesir





Indahnya kehidupan ini jika seluruh umat Islam saling kasih mengasihi dan menyayangi antara satu sama lain,  sifat saling hormat menghormati dan menghargai dan tidak menyakiti atau berhasad dengki terhadap orang lain sentiasa dikekalkan dalam jiwa walaupun disakiti atau difitnah dengan pelbagai tohmahan dan menghadapi pelbagai tribulasi.



Indahnya negara yang dihiasi keamanan, kemakmuran dan kepimpinan yang adil serta rakyat yang mengamalkan kehidupan Islam seperti masyarakat Islam di zaman kegemilangan Islam terutamanya negara Islam Madinah. Sepertimana dalam al-Qur'an disebut "Negara yang aman dan Tuhan yang Maha Pemurah".



Bila  menyaksikan berita di kaca televisyen keadaan pergolakan yang berlaku di tanah arab tempat yang saya duduki di Mesir Sekarang ini berlakunya  ekoran  pemberontakan dalam proses menjatuhkan pemimpin negara  , puak penentang  tidak ada sedikit perasaan kerisauan dan kepiluan beraja di hati dan sukar untuk melupakannya apatah lagi melihat keamanan negara yang tercalar, ekonomi yang merudum dan rakyatnya yang sedang mengalami penderitaan akibat rusuhan yang sedang berlaku.




Walaupun saya bukan ahli politik dan tidak menceburi parti politik tetapi saya suka memerhati dan melihat dari kacamata seorang warganegara atau rakyat. Bila melihat negara saudara seislam kita di Timur Tengah sedang berlakunya perhimpunan dan rusuhan,  pasti tertanya-tanya bagaimanakah perjalanan hidup generasi anak-anak hari ini akan diteruskan dalam keadaan negara yang hancur, kegawatan ekonomi dan sebagainya.



Jika menyelusuri sejarah, negara yang pernah hancur seperti Bosnia, Iraq dan Palestin bukan berpunca daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemimpinnya tapi disebabkan serangan dan keganasan Israel dan sekutu-sekutunya.  Yang paling membimbangkan sekarang ialah perpecahan dan pergolakan yang berlaku di negara Islam kini akan membuka ruang dan memberi laluan yang mudah  kepada musuh-musuh Islam untuk campurtangan dan merampas negara Islam dan memerangi rakyat yang tidak berdosa sebagaimana yang telah terjadi sebelum ini.



Setiap dari kita ingin mengecapi ketenangan dan keamanan dan tidak ingin berada dalam keadaan kegawatan dari semua aspek. Justeru peliharalah keamanan, ketenteraman dan pilihlah keutamaan yang perlu untuk masa depan generasi akan datang. sebagai rakyat kita tentu tidak mahu melihat pertelingkahan, perpecahan dan permusuhan berpanjangan apatah lagi sesama yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya.



Catatan ini sebagai iktibar dan pengajaran bagi setiap jiwa rakyat yang cintakan kedamaian dan keamanan.

0 comments: