Menerobos Sempadan Diri Bersama Tinta Iffat Altamis





Adakala kita terfikir…..Kita mungkin tidak pernah menyusahkan hidup sesiapa, kita mungkin tidak pernah menganggu hidup orang dan tidak pernah pula membenci atau menyakiti mereka. Namun tiba-tiba sahaja mereka membenci kita. Berkata-kata buruk tentang kita di bekalang dan mengaturkan pelbagai strategi untuk menyakitkan hati kita.


Adakala kita terfikir…..Sebagai manusia biasa, kita tidak akan terlepas dari mempunyai kekurangan pada diri. Mungkin pada cara kita bercakap, mungkin pada cara kita bergurau, mungkin pada gerak badan, mulut, mata dan seumpamanya yang menyebabkan ada sesetengah orang tidak suka, benci dan meluat melihat kita .


Adakala kita terfikir…..Jika mereka tidak berbuat apa-apapun mereka akan cuba melarikan diri dari kita. Seolah-olah kita ini makhluk yang aneh atau manusia yang tidak berguna, tidak perlu mendekati orang seperti kita. Keadaan yang diceritakan ini semakin menjadi-jadi apabila perbuatan masing-masing mula dizahirkan dalam Facebook.


Adakala kita terfikir….. Ramai kawan-kawan yang me’remove’ kawannya yang menyakitkan hati. Hampir setiap hari juga saya melihat kenalan Facebook memaki-maki, marah dan menulis status-status berkaitan dengan orang yang dibenci dan orang membencinya. Adakala kita terfikir perlunya muhasabah dalam diri.





Berfikir & Renung Sejenak…

Muhasabah diri. Adakala sikap orang adalah cermin kepada sikap kita sendiri. Mungkin kita rasa kita tidak menyakiti hati orang, tetapi orang tetap terasa sakit. Carilah kelemahan pada diri yang mungkin kita terlepas pandang dan perbetulkan kembali. Bertenang dan jangan membalas kebencian mereka dengan terus membenci mereka.


Cukuplah Berbakti Kepada Orang Yang Wajib

 Cukuplah berbakti kepada orang yang kita perlu taat seperti ibu ayah, taat suami bagi seorang isteri dan taat kepada Allah sebagai seorang manusia. 


# Biarlah semua kenalan menolak kita yang penting kita jaga suami or isteri kita dengan     baik.

# Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita yang penting kita tidak meninggalkan keluarga.

# Biarlah seluruh kaum keluarga memulaukan kita yang penting kita tidak memutuskan tali silaturrahim.

# Biarlah seluruh umat menyakitkan hati kita yang penting kita tidak menyakitkan hati Allah.


Bila berlakunya kebahagiaan

Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terseksa. Namun seandainya kita faham bahawa perbuatan terkutuk mereka dapat menyumbangkan pahala yang banyak untuk bekalan akhirat, kita akan bahagia. Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting jangan kita bersikap buruk pada mereka kerana hidup kita untuk mencari kebahagiaan di sana. Bukan melayan persengketaan yang sia-sia.


“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” 


– Imam Al-Ghazali 

5 comments:

  1. ustaz , sya suke tajuk ni sbb perkara ni pernah berlaku pada saya ,
    ustaz , mcm mna nk cari kawan yg btul2 boleh dijadikan sahabat ? perkataan SAHABAT mmg dlm maksudnya . btul tak ? sya pernsh anggap seorang kawan ni sebagai sahabat , tapi,,,,suatu hari tu sya dpt tau yg die tikam sya dri belakang , die mcm tak suke dengan perangai sya . sejak hari tu sya anggap die sbagai kwan biasa je .

    dari dulu sampai sekarang sya masih tak jumpe kwan yg boleh dijadikan SAHABAT .

    dalam dunia ni mmg tak de seorang pon yg sempurna . semua ade kelebihan & kelemahannya . tapi klau ade sahabat kan best . boleh kongsi cerita . klau ade masalah boleh luahkan kt die .

    ReplyDelete
  2. Ciri-ciri sahabat yang baik mahupun didunia dan akhirat adalah idaman kita semua, baik yang terikat dengan lisan mahupun ikatan sharing suka duka dan sebagainya. Hidup terasa indah ketika memiliki sahabat yang baik, tetapi ketika sahabat yang ada jenis kurang baik, maka hidup terasa susah dan gelisah. Saya senaraikan ciri2 yg kurang baik dan baik apabila bersahabat, mengikut pengetahuan yg sy ketahui. Insyaallah ...

    Sahabat yang tidak baik adalah :

    • Dia bersikap baik hanya ada kepentingan saja.
    • Suka membicarakan kekurangan orang lain.
    • Selalu mencari aib orang lain.
    • Mudah menerima berita buruk yang belum jelas kebenarannya.
    • Mudah terprovokasi.
    • Suka mengajak melakukan hal yang negatif (yang dilarang)
    • Memaksakan kehendak atas nama kesetiakawanan.
    • Kurang memiliki rasa toleransi.
    • Memiliki sifat iri hati.
    • Suka berbohong
    • Suka mencuri atau mengambil hak orang lain.
    • Dia bahagia jika ada orang yang kena musibah.
    • Tidak pernah memberi nasihat yang baik.
    • Dia akan bersahabat baik dengan yang lain jika anda sudah tidak ada manfaatnya.


    Sahabat yang baik adalah :

    • Dia akan memberikan nasihat, untuk kebaikkan kita.
    • Menjaga rahsia, atau aib sahabatnya dan orang lain.
    • Lisannya terjaga dari perkataan sia-sia dan tidak baik.
    • Memiliki jiwa toleransi dan memahami kondisi orang lain.
    • Dia mencintai kita kerana ikatan iman dan keikhlasan.
    • Dia membalas emosi dan kesalahan kita dengan sikap yang baik.
    • Selalu menjaga perasaan temannya.
    • Tidak mudah menerima berita yang negatif tentang saudaranya.
    • Tidak suka membicarakan aib temannya dan menghindari pembicaraan aib temannya.
    • Dia sentiasa membuat anda senang dengan kehadirannya.

    ReplyDelete
  3. semua sifat sahabat yg baik ada pada kwan tg sya maksudkan tu , cume kadang2 sya kecik hati ngan die . sya tak tau die sayang saya sbb ape . dlm hati sya ni tak rase pon yg die syang sya . sya pon tak tau kenapa . mungkin sya banyak buat dosa kpd kwan sya tu .

    ReplyDelete
  4. Koreksi diri anda dalam setiap sudut, kadang-kadang kita rasa betul disetiap apa yang kita lakukan sedangkan, apa yang kita anggap semuanya betul itu boleh jd kemungkinan besar tidak betul. Apapun menerobos sempadan diri kita dengan mengislah diri dan muhasabah diri pada Sang Pencipta yang maha kuasa dalam menentukan segala ketentuan sejak azali lagi. Wallahualam ..........

    ReplyDelete
  5. insyaAllah , tak semestinya perbuatan kita ni btul , kadang2 perbuatan kite tu salah jgak

    ReplyDelete