Terukirnya Ilmu, Terpahat Cahaya Di Hati





Sedarkah kita bahawa ilmu memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Dengan adanya ilmu di dada, semua kerja yang hendak kita lakukan akan menjadi seperti apa yang kita inginkan. Percaya atau tidak dengan kata saya ini !!! Ok cuba kita lihat dari aspek masakan, seandainya seorang suri rumah atapun chef tidak mempunyai ilmu dalam bidang masakan, sudah tentu apa yang hendak direkaciptakan tidak akan berhasil. Kemungkinan besar rekacipta yang dihasilkan tidak cukup rasa, teksturnya kurang dan warna yang tidak menarik hati si pemasak dan si pemakan. 



Antara contoh lain yang boleh saya berikan ialah dalam bidang perguruan. Seandainya seorang guru itu tidak mempunyai ilmu untuk mendidik anak pelajar dengan jayanya dalam pengajaran , bagaimana mungkin pelajar tersebut akan berjaya. Oleh sebab itu, ilmu penting dari semua aspek tidak kira dari segi ilmu agama, ilmu dunia, ilmu alam pekerjaan dan sebagainya. Seharusnya para guru hendaklah memperlengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu pengetahuan agar dapat mendidik anak-anak remaja yang kian meningkat dewasa dan semakin mencabar didunia masa kini.



Selain itu, dalam konteks ukhrawi pula, pelbagai cabang ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai. Misalnya ilmu tauhid, ilmu akidah, ilmu fiqh, ilmu tajwid dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini amat bermanfaat bagi kehidupan seharian yang berlandaskan syariat Islam. Ilmu tajwid dipelajari bagi membolehkan kita menguasai bacaan Al-Quran dengan betul, manakala ilmu tauhid pula membincangkan tentang keesaan Allah swt iaitu bagaimana tahap keimanan kita kepada Allah? Ilmu fiqh pula membincangkan tentang hukum hakam dan syariat Islam yang perlu dijalani oleh kita sebagai umat Islam yang sejati. Oleh sebab itu, peranan ilmu sangat penting kepada diri kita.



Hadis Nabi menyebut yang bermaksud : Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap orang Islam, dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua makhluk termasuk ikan-ikan di lautan. 





Cuba kita renung-renungkan sejenak !!! Apabila kita menuntut ilmu, semua makhluk disekeliling kita mendoakan kesejahteraan kita hatta ikan-ikan yang berada dilautan pun mendoakan kita. Betapa besarnya ganjaran orang yang menuntut ilmu . 



Cuba kita renung-renungkan sejenak !!! Mahukah kita menjadi orang yang berilmu? Yang mana Allah telah menyebutkan dengan jelas dalam kalamnya yang mulia yang bermaksud : “Allah telah meninggikan dan mengangkat darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang di beri ilmu pengetahuan agama dikalangan kamu beberapa darjat” (Surah Al-Mujadalah  :  11).



Sedarkah kita bahawa Allah sendiri telah menyebut dalam kalamNYa yang mulia itu mengangkat darjat orang yang menuntut ilmu. Bukan hanya sekadar sebutan sahaja tetapi ini adalah realiti yang telah disyariatkan oleh islam itu sendiri . Sedarkah kita bahawa perbezaan orang yang berilmu dengan tidak berilmu sangat ketara.  


Allah swt telah menyebut di dalam Al-Quran yang bermaksud : “Adakah sama darjat orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?” Allah telah menyoal kita, sama ke tidak orang berilmu dengan tidak berilmu. Sudah semestinya tidak dan perbezaannya amat jauh sekali. Pepatah Arab ada mengatakan, “ Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad” dan  “ tuntutlah ilmu ke negeri China”. Pelbagai pepatah Arab yang telah dilontarkan oleh hukama pada masa dahulu untuk meningkatkan semangat kita dalam menuntut ilmu.



Sedarkah kita ilmu pengetahuan adalah kawan yang setia ketika sepi, pembimbing ke jalan petunjuk cahaya agama dan modal dalam perjuangan untuk mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Orang yang malas mencari dan menambah ilmu pengetahuan bagaikan lampu yang kehabisan minyak dan dia akan hidup dalam kegelapan. Seterusnya, hidup kita akan cemerlang jika dibekalkan dengan ilmu pengetahuan.



Wallahualam .....................

1 comment:

  1. jadilah hamba ALLAH yang cintakan ilmu..
    bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan..

    harungilah smua onak duri dalam mennutut ilmu dgan penuh kesabaran..

    sabar itu xmudah..
    tapi kerana sabar,segalannya akan di oermudahkan..

    sabar itu tak indah..
    tapi kerana sabar dirimu nampak indah..

    ReplyDelete