Full Time Muslim For [ 4 B ]



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, disaat masa yang terluang ini dapat saya mencoretkan beberapa pengisian yang bernilai  untuk kita yang sering mencari perubahan dan penilaian diri dalam menuntut ilmu. Dimana jua destinasi yang kita hadapi dan setinggi mana ilmu yang dikecapi itu adalah peneman hidup seharian kita.  Corak pengamalan ilmu itu amat berharga jika diri kita sendiri bersedia untuk membuahkan hasil ilmu  yang ada disanubari hati. Disebalik pelaksanaan dan perbuatan yang sering kita lakukan itu dikira  sebagai sesuatu ibadah yang amat bernilai, bila mana pengaplikasian seterusnya dapat menongkah arus kecemerlangan kehidupan seharian.



Walaupun sesibuk mana saya dalam mengulangkaji pelajaran sempena final exam yang akan bakal saya hadapi , tidaklah menjadi satu bebanan tanggungjawab dalam menaburkan syiar-syiar dakwah islam itu sendiri kerana kita berada di muka bumi Allah yang fana ini hanyalah pengabdian kita kepada sang maha pencipta yang kita agungi iaitu Allah s.w.t tuhan semesta alam .



Ketahuilah wahai saudara seislamku yang dirahmati Allah sekalian, wajib ke atas kita untuk mengetahui dan mempelajari 4 perkara :




1- Berilmu

Dengan ilmu itu kita mengenali Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w dan mengenali agama Islam yang mulia ini. Kerana tidak mungkin kita menyembah Allah s.w.t tanpa ilmu. Dan barangsiapa yang melakkukan yang demikian itu maka akan menjerumuskan dia ke lembah kesesatan dan ianya menyerupai perbuatan kaum Nasrani kerana kaum Nasrani itu menyeleweng dan menyimpang dari kebenaran.


2- Beramal


Barangsiapa yang berilmu tapi tidak beramal, maka dia itu menyerupai kaum Yahudi kerana kaum Yahudi itu berilmu dan mengetahui sesuatu ilmu tetapi mereka tidak mengamalkannya. Mereka mengetahui kebenaran tetapi mereka meninggalkannya. Firman Allah yang bermaksud

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"
 

3- Berdakwah dengannya


Ulama' dan para pendakwah itu merupakan pewaris para Nabi. Allah s.w.t telah melaknat Bani Israel kerana "mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan". Setelah kita mempelajari ilmu dan beramal dengan ilmu itu maka perlulah kita berdakwah atau menyampaikan kepada orang lain sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w. Sabda Nabi yang bermaksud

"Sampaikan dariku walau sepotong ayat"
 

4- Bersabar di atas ujian


Kita hendaklah bersabar di atas ujian yang bakal menimpa kita ketika kita melakukan ketiga-tiga perkara di atas iaitu ketika mempelajari ilmu, beramal dengan ilmu dan ketika berdakwah menyampaikan ilmu. Firman Allah yang bermaksud

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)".


 
p/s : Petikan dari muqaddimah Kitab Tafsir al-'Usyri al'-Akhir min al-Quran min Kitab Zibdah Tafsir oleh Syeikh Doktor Muhammad bin Sulaiman al-Ashqor. Ok semoga bermanfaat...

5 comments:

  1. Alhamdulillah kerana Allah telah mempertemukan saya dengan artikel ini.Sesungguhnya menyedarkan saya tentang sesuatu yang sangat dicari selama ini.Syukran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afwannn .... mudah2an kesedaran ini membangkitkan semangat juang dalam arus revolusi islam dan tuntutan kita sebagai hamba Allah yang ditaklifkan oleh Sang Pencipta kepada Sang Hambanya.

      Delete
  2. Ustaz memang hebat ahh kalau bab coret2 warkah Islamic ni . BTW mmg indah arr bhasa tu .


    #NurAinAqilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehebatan itu bukan datang daripada saya tetapi Kehebatan datang itu dari Sang Penguasa Milik Alam Ini ... Insyaallahh. Teruskan diri kita berlari jauh merentasi sempadan keilmuan . Chaiyokk...chaiyokk... chaiyokk .... untuk Sang Hambanya

      Delete
  3. untung ustaz , sbb dipilih oleh Allah untuk jadi org Hebat . :D

    #NurAinAqilah

    ReplyDelete