Tabarruj Di Facebook


Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satu point yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:


“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.



Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)



Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:




“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”

Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:

Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.



Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!


Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!

8 comments:

  1. InsyaAllah...
    maaf ade persoalan y brmain di fikiran,,,
    sering kali kte mnyentuh "tabaruj" dlm klgn kaum hawa,dn mmg x dpt dinafikan prkre ini mmg prlu ditekankan dlm klgn kaum hawa,krn kaum hawa y lbh cenderong akn kecantikan..
    dlm entry di ats ade mentioned prempuan2 y mltkkn gmbr dgn plbgai gaya (mmuncungkn mulut,mmbeliakkn mata) dikira sbg tabaruj,,bagaimana pula dgn llki?llki y juge mltkkn gmbr2 spt itu dgn intention u mnnunjuk2 kecomeln or kehenseman mreka...itu dikire tabaruj or x?adkh ade exception u llki?

    ReplyDelete
  2. *Saya katakan tidak kerana lelaki tdk dpt datang fitnah sbbnya aurat lelaki diantara pusat dan lutut.
    *Tabarruj lebih dititikberat kan kepada wanita yg berlebih-lebihan dlm aksi n gaya tertentu, wangian , pakaian dan sbgnya yg boleh terangsangnya nafsu lelaki dan boleh mendatangkan fitnah pada si wanita tersebut.Manakala aurat wanita adalah muka dan telapak tangan...
    *Realitinya hari ini wanita lbh bnyk melakukan berbanding lelaki.


    Erti tabarruj yang sebenarnya ialah: membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata. Mahligai disebut buruj seperti ayat yang mengatakan burujim musyyadah, tempat perjalanan bintang juga disebut buruj, karena tingginya dan tampak jelas oleh orang-orang yang melihatnya. Zamakhsyari berkata: "Bahwa tabarruj itu ialah memaksa diri untuk membuka sesuatu yang seharusnya disembunyikan." Seperti kata orang Arab: safinatun barij (perahu yang tidak pakai atap). Namun tabarruj dalam ayat di atas adalah khusus untuk perempuan terhadap laki-laki lain, yaitu mereka nampakkan perhiasannya dan kecantikannya. Dalam mengertikan tabarruj ini, Zamakhsyari menggunakan unsur baru, yaitu: takalluf (memaksa) dan qashad (sengaja) untuk menampakkan sesuatu perhiasan yang seharusnya disembunyikan. Sesuatu yang harus disembunyikan itu ada kalanya suatu tempat di badan, atau gerakan anggota, atau cara berkata dan berjalan, atau perhiasan yang biasa dipakai berhias oleh orang-orang perempuan dan lainlain. Tabarruj ini mempunyai bentuk dan corak yang bermacam-macam yang sudah dikenal oleh orang-orang banyak sejak zaman dahulu sampai sekarang. Ahli-ahli tafsir dalam menafsirkan ayat yang mengatakan: "Dan tinggallah kamu (hai isteri-isteri Nabi) di rumah-rumah kamu dan jangan kamu menampak-nampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah dahulu." (Ahzab: 33) sebagai berikut: * Yujahid berkata: Perempuan ke luar dan berjalan di hadapan laki-laki. * Qatadah berkata: Perempuan yang cara berjalannya dibuat-buat dan menunjuk-nunjukkan. * Muqatil berkata: Yang dimaksud tabarruj, yaitu melepas tudung dari kepala dan tidak diikatnya, sehingga rantai, dan lehernya ditunjukkan semua. Cara-cara di atas adalah macam-macam daripada tabarruj di zaman jahiliah dahulu, yaitu: bercampur bebas dengan laki-laki, berjalan dengan melenggang, kudung dan sebagainya tetapi dengan suatu bentuk yang menampakkan keelokan tubuh dan perhiasannya.
    Sumber : Halal dan Haram Dalam Islam. Dr Yusof al Qardhawi

    WaLlahua'lam .......

    ReplyDelete
  3. salam..
    saya mrupakan salah seorang pengguna FB dan mrupakan kaum adam..apa yg saya ingin nyatakan ini bkn berniat berat sebelah ttp adalah realiti..mmg tidak dpt dinafikan, sbhgian besar pengguna FB dalam kalangan wanita / perempuan lebih teruja utk meletakkan pose atau gmbar mereka dlm plbagai aksi dlm FB foto, berbanding kaum llaki..bukan lah sy nak katakan kaum llaki tdak prnah meletak gmbar, ttpi yg lebih ketara dan teruja utk upload pic ni ialah kaum hawa sndiri..apa yg dpt sy phatikan dlm snarai fb list rakan2 sy dari kaum hawa, tnpa mngira status sama ada yg masih bujang, bertunang mahupun yg sudah berkahwin smuanya teruja meletak gmbar berbagai pose malah sehinga beratus2 gambar...
    prkara ini sdikit sbnyak mngingatkan saya bahawa wanita itu mrupakan salah satu senjata syaitan utk mnyesatkan manusia (kaum adam)...nauzubillah...betulkan saya jika tersilap kata...salam...

    ReplyDelete
  4. stuju sangat2 dengan pendapat saudara..itulah yang menjadikan masalah besar..sbb tu admin telah menitik beratkan berkenaan masalah ni..memang tidak dapat di nafikan lagi, nafsu perempuan adalah perhiasan dan kecantikan..tak sah kalu dia tidak tayangkan kecantikannya di khlayak ramai..tp bagi yang mempunyai iman tinggi sahaja, yang menjaga aib mereka

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah,,
    syukran ats perkongsian idea2 y bernas...

    skdr pndgn sy,mnjlnkn tggungjwb msg2 itulh solusi trbaik..
    jgn cpt menunding jari menyalhkn stu pihak shj..
    kedua2 pihak (llki n prempuan) prlu jlnkan tanggungjawab masing2 dlm mnjaga amanah Allah.Ape jua y ada pd kte sumenye adlh amanahNya.

    prempuan prlu amanah dlm mnjaga maruahnya dn juga perhiasannya.
    lelaki prlu jga amanahnye dgn mnjaga mata,kata-kata n hati.sbg cnth:jke trlht gmbr prempuan dlm fb y kurg sopan,jgelh matamu n hatimu.jike dh trnmpk skali,jgnlh cube2 nk mliht skali lg..
    plg pntg jge kata2,jgn smpai trkeluar sesuatu y bruk drpd mulut itu.awas dgn ghibah(mngumpat).jke x suke,tegur terus,tgur dgn brhikmh.jgn hnya mngutuk2 shj dblkg,nmun x de ape2 action.jike ingn mnegur biarlah dgn berhikmah.bukn dgn kutukan n sbagainye...hti prempuan ini lembut dn mudh trsentuh.jike kte sentuh dgn kasar,smakin kasar n keras jualah hati mreka u berubah.Brhikmah itu ttp prlu..

    insyaAllah,bile kedua2 pihak (rijal wa nisa') saling menjalankan taklifatnya dgn amanah,pst akn selesailh maslh tabaruj ni...

    Allahu a'lam wa a'raf....

    ReplyDelete
  6. Insyaallah, mudah-mudahan kita sama2lh menjalankan taklifat yg diberikan oleh kita di muka bumi allah ini.....dgn adanya hati dan niat ikhlas pd allah, allah akan menjaga kita dr semua aspek dan bentuk yg kita lalui tidak kira senang ataupun susah.......bukan itu juga, kita perlulah semangat dan sabar dan tabah dlm mengahadapi apa jua bentuk rintangan yg diberikan oleh allah kerana kita hanya menumpang dan kita diberi pinjam oleh allah.....jadi sama2lah kita mengucapkan kesyukuran padaNya dan mengikut apa yg diperintahkannya..........iaitu mengikut kepada maaruf dan meninggalkan kpd perkara yg mungkar........insyaallah.

    wallahualam........

    ReplyDelete
  7. salam...
    saya rasa sgt2 jahil saat ini...
    perubahan saya rupa2nya x berada di garisan yg betul lg...
    mohon dipanjangkan lg topik ini...

    ReplyDelete
  8. Faris Imadi 1: mudah-mudahan kita mendapat manfaat bersama

    Faris Imadi 2: kita sama-sama rasa sangat jahil. apa-apa pon berubah la perlahan-perlahan. mudah-mudahan kita berjaya menjadi seorang muslim yg soleh/solehah

    ReplyDelete