Kelemahan wanita itu adalah kelembutan?. Benarkah?


Ini cuma pendapat peribadi saya. Sama sekali tidak meminta agar mana-mana individu menerima pendapat saya. Jika tidak bersetuju kemukakan hujah anda, jangan kemukakan pendapat anda ketika anda sedang berada di dalam keadaan emosi. PEACE =)


"U all kenalah faham, kami (wanita) tak nafikan, memang kami lekas ikut lelaki, kami lekas terpedaya dengan mereka. Kami mengaku kelemahan kami. Tapi u all kenalah faham k. Kelemahan seorang wanita itu menunjukkan kelembutan dia."


Ya!. "Kelemahan wanita itu adalah kelembutan".


Istilah inilah yang selalu digunapakai oleh kaum wanita sebagai benteng menepis peluru-peluru yang dishoot kepada mereka. Jika anda bertanyakan kepada saya. Adakah salah pengakuan ini?. Saya katakan tidak!. Ianya benar sama sekali, memang kelemahan seorang wanita itu menunjukka kelembutannya. Tetapi persoalannyai, apakah kelemahan dan kelembutan yang dimaksudkan?. Saya memudahkan menjawab persoalan ini dengan membahagikan kepada dua:


[1] Wanita Solehah (zaman salaf as-soleh)


Zaman dahulu merupakan zaman kenabian, zaman orang-orang soleh. Islam memegang tampuk kepimpinan dunia. Penguasaan sepenuhnya di bawah Islam. Negara-negara kuffar tunduk patuh kepada daulah Islam. Dakwah dan Islam tersebar luas ke serata dunia.


Pemimpin yang baik lahir dari rakyat yang baik. Kembali kepada persoalan tadi, wanita-wanita di zaman ini merupakan wanita-wanita yang baik dan solehah. Kelemahan mereka berlaku tatkala mereka mendengar firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang dibacakan. Hati mereka menjadi lemah, sayup membuatkan mereka tumbang kerana takut dan sayangnya mereka kepada Allah dan RasulNya. Hati mereka menjadi lembut hingga menzahirkan sikap mereka yang keras kepada maksiat dan kebatilan.


[2] Wanita kontemporari (zaman sekarang)


Saya langsung tidak berniat untuk memperleceh atau merendah-rendahkan wanita zaman sekarang. Sebaliknya, saya memperkatakan sesuatu yang realiti. Sesuatu yang tidak dapat disangkal atau dinafikan oleh anda sekalian tentang hakikat yang berlaku. Dunia menjadi saksi atas hakikat ini.


Kebanyakan wanita hari ini jauh daripada ajaran Islam. Sangat jauh sekali. Kebanyakan mereka menjadikan barat dan yahudi sebagai gaya hidup mereka. Al-Quran pula hanya sekadar hiasan di atas meja rumah mereka. Apa sahaja perlakuan barat, pasti akan diturutnya mereka. Berbikini di pantai, maka mereka (wanita muslim) pun akan berbikini. Memakai skirt pendek, maka mereka pun akan berskirt pendek. Pengaruh barat ini sangat-sangat menebal dalam kehidupan kaum wanita hari ini. Seolah-olah tanpa barat, mereka tidak mampu hidup. Nauzubillah.



Berbalik kepada persoalan tadi, sudah ramai para da'ie, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah yang menegur mereka supaya jadikan Islam sebagai panduan hidup. Ikut garis panduan yang telah ditetapkan hukum syarak. Bertahun-tahun lamanya usaha ini dilakukan. Sehingga habis berbuih mulut para da'ie ini menasihati mereka. Artikel-artikel nasihat pula berlambak-lambak. Buka sahaja internet, taip satu ayat 'couple', maka keluarlah ribuan bahkan ratusan ribu artikel yang menjelaskan tentang kesan couple dari segi positif dan negatifnya.


Apakah mereka ini menjadi lemah selepas mendengar nasihat dari pada da'ie?. Adakah mereka menjadi lemah tatkala mendengar ayat-ayat Allah dibacakan?. Ayat yang berupa ancaman dan kenikmatan?. Anda sendiri ada jawapannya wahai wanita. Sebaliknya, kebanyakan dari anda menjadi lemah selepas di ayat kaum Adam, anda menjadi lemah selepas melihat kekayaan dan kekacakan kaum Adam. Anda lekas terpedaya dan turuti kehendak dan kemahuan mereka, nak persoalkan, jarang sekali. Sangat terbalik jika dibandingkan wanita zaman para salaf as-soleh. Mereka menjadi lemah tatkala mendengar ayat-ayat Allah yang menyerlahkan kelembutan mereka sekaligus menjadikan mereka keras terhadap maksiat dan kebatilan (laki nak ayat, mimpi tak dapat). Tetapi, wanita hari ini keras mendengar ayat-ayat Allah sekaligus menyerlahkan kelembutan mereka kepada selain itu yang berakhir dengan kesedihan dan 1001 penyesalan.


Hai wanita-wanita Islam, muhasabahlah diri anda. Jangan begitu lekas menyalahkan kaum Adam tatkala diri anda dipermainkan. Saya yakin, ramai kaum Adam yang ikhlas menegur anda, sama ada di dunia alam maya dan dunia realiti. Jangan disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Kembalilah kepada Allah dengan penuh penginsafan. Tidak berguna anda menyalahkan orang lain. Benda yang dah berlaku, takkan kembali menjadi asal dan anda sama sekali tidak dapat mengubahnya. Sebaliknya lekaslah bertaubat dan pulang ke pangkuan Allah. Mudah-mudahan Allah memudahkan jalan anda...


Maka, "Kelemahan wanita itu adalah kelembutan" hanya wujud pada wanita Solehah. PEACE =)

0 comments: