Kematian Osama Bin Laden Hanya Konspirasi US


Beberapa hari yg lepas dapat berita yang Osama Bin Laden selaku pemimpin utama Al-Qaeda telah mati terbunuh akibat daripada serangan tentera Amerika Syarikat di Pakistan. Berita kematian Osama disahkan sendiri secara terbuka oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan juga Senior U.S. Official kepada CNN.


Buletin Awani dan Buletin Utama kejap tadi awal-awal lagi paparkan berita tergempar berkaitan dengan Osama Bin Laden yang mati ditembak. Menurut Berita Harian pula mayat Osama disemadikan di laut atas sebab tidak ada negara yang mahu menerima penjenayah antarabangsa yang paling dikehendaki Amerika Syarikat tersebut. Manakala Datuk Hishammuddin meluahkan perasaan gembira dengan berita kematian Osama melalui akhbar Berita Harian Online.


hishammudin Kematian Osama Bin Laden Hanya Konspirasi US


Persoalannya, sejauh mana kebenaran berita kematian pemimpin Al-Qaeda ni? Tadi ternampak RT daripada Denaihati berkenaan dengan satu pendedahan gambar sebenar yang dikatakan gambar Osama selepas mati ditembak di kepalanya yang tersebar luas melalui media dan juga blog. Hasil teknik superimpose pihak tertentu (kemungkinan AS sendiri), maka terhasillah gambar palsu Osama terbunuh seperti ini:


osamabinladenmatidibunuhosamadied42 Kematian Osama Bin Laden Hanya Konspirasi US


Apa pendapat korang? Ada kemungkinan berita ni pun sekadar propaganda AS untuk menutup satu kes, kemudian buka satu kes atau peperangan terbaru (sekarang ni Libya). Biasalah Amerika, banyak muslihat yang dirancang dengan teliti. Kewujudan Osama Bin Laden pun mungkin hanya watak mainan pihak AS.


Update 4 Mei 2011
 
Berikut adalah respon ringkas tetapi mempunyai maksud mendalam yang dikeluarkan oleh Dato’ Nik Aziz :
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

0 comments: