Haramkah ROKOK ....................??????? Hukum dan Penyelesainnya

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kehadrat Allah swt kerana dgn izin-Nya diberikan nikmat iman dan hidup. Jika kita tidak ada iman, siapalah diri kita yang diciptakan oleh Allah swt diatas muka bumi ini. Mahu atau tidak mahu syariat yang Allah perintahkan dan laksanakan kepada umat-umatnya , haruslah diberikan perhatian, keutamaan, pengajaran, perlakuan dan sebagainya dalam membentuk manusia yg taat, amati dengan perintahnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita diberikan kekuatan yg menggunung dalam  memenuhi tuntutan dan syariaat Allah swt.



Nilai hidup tanpa rokok sudah lazim kepada kita yg mengamalkan tabiaat dalam merokok ini, walaupun begitu setiap permasalahan yang kita hadapi ada penyelesaiannya.  Perkongsian yang saya ingin kongsikan kepada sahabat-sahabat sekalian tentang “ Haramkah Rokok? Hukum dan Penyelesaianya “. Perkongsian ini dikongsi bg memenuhi keperluan masyarakat utk mengetahui dgn lebih jelas lg tentang merokok dan hukumnya, memandangkan hukum merokok kini sentiasa menjadi bualan masyarakat . Tercetusnya diminda saya ini hasil bacaan dibeberapa laman ilmu dan kitab-kitab untuk diperkongsikan dan tidak menyentuh mana-mana pihak dalam isu ini. Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak ilmu untuk kita sebarkan dan amalkan. Renung2kan dan selamat beramal ………



Sejarah Rokok Diperkenalkan

Pakar Perunding Kardiologi dan Pengarah Klinikan Pemulihan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr.Aizai Azan Abdul Rahim menceritakan bagaimana rokok mula diperkenalkan sebagai ubat bg menanggani penyakit asma, alahan dan nafas berbau pada awal abad ke-20. Pada awalnya, sekitar tahun 1920-an dan 1930-an doctor mengesyorkan rokok utk mengubati pelbagai jenis penyakit. Bagaimanapun, dengan penemuan pelbagai risiok dan kesan drpd merokok, doctor mula menolak amalan merokok.

Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Sulami ( Mufti Republik Tunisia ) berkata : “ Temabakau merupakan tanaman habitat asli Amerika. Oleh sebab itu, org ( Arab dan bukan Amerika ) dulu tidak mengenalinya. Tumbuhan ini dibawa oleh para penjelajah benua Amerika yg kemudiannya menanam tembakau di Portugal dan Sepanyol. Melalui kedua-dua Negara ini, tanaman tembakau kemudiaannya berpindah ke Eropah Barat, Turki dan negara-negara lain didunia, Tanaman ini kemudiaannya digunakan oleh masyarakat dgn cara menghancur dan menyedut asapnya selepas dibakar. Mereka menggunakan tanaman tembakau utk menggantikan rokok. Penghisap rokok menyedut asapnya dan menggangap dirinya telah mendapat kepuasan yg sebenar “.




Hukum dan Fatwa

Walaupun diusulkan terdapat dua pandangan yang masyhur iaitu makruh dan haram, tetapi penulis tidak berminat kepada hujah yg menyatakan hukumnya makruh. Ini kerana, tiada nas qat’I dan juga rujukan asal kepada sesuatu perkara mengenai hukumnya adalah harus sehinggalah ada dalil yang menunjukkannya haram seperti dalam kaedah yg masyhur.

Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan dlm Tarbiyah al-aulad 1/331-332 telah menggatakan para fuqaha pd zaman lampau telah mengharuskan atau menghukumkan makruh, mungkin boleh dikatakan ada pengecualian disini kerana ilmu perubatan ketika itu belum benar-benar dapat menyingkap bahaya merokok dengan alasan bahawa formula asal sesuatu benda atau perkara itu adalah harus. Namun setelah ilmu perubatan mengetahui kesan burk merokok terhadap diri dan jiwa, para pakar telah menjelaskan kemudaratan terhadap diri perseorangan dan masyarakat. Oleh itu, tidak boleh diragukan lagi tentang haramnya. Haramnya adalah jelas dan dosa membinasakannya juga nyata. Justeru, penulis akan mengemukakan pendapat ulama mengenai hukum merokok adalah HARAM .



Fatwa Ulama terdahulu

Antara mereka yg menfatwakan hukum merokok adalah haram adalah :

Imam as-Syafi’i
Beliau telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-umm iaitu : “ Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yg dihisap, dihidu dan disedut ) yg boleh memabukkan, perbuatan itu adalah jelas haram. Maksudnya termasuklah juga yg mengandungi racun yg menyebabkan kematian. Aku tetap menganggapnya (menfatwakan )  adalah haram. Allah Azzawajalla mengharamkan apapun jenis pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri mereka sendiri ”.

Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami
Dalam Fathul Muien , beliau menyebut tentang dua alasan mengapa sesuatu perkara itu diharamkan dalam islam : 1) Ia mendatangkan kerosakan yang nyata atau menimbulkan yang tersembunyi. 2) Ia merosakkan tubuh badan dengan jelas.

Syeikh Ba’alawi
Dalam Bughiyyah al-Mustarsyidin (hal 260) berkata : “ Tembakau (rokok) sudah dimaklumi sebagai sesuatu halal yang paling buruk dan boleh mengkhayalkan dan berlakunya pembaziran harta. Tembakau bukanlah menjadi pilihan makanan, hisapan atau sedutan oleh mereka yang bermaruah” Pengharaman mengenainya telah difatwakan oleh ulama tasawwuf seperti al-Qutub Sayidina Abdullah al-Hadad, al Allamah Ahmad al-Hadwan, sebagaimana yg disebut  oleh Ahmad bin Umar bin Sumaith tentang pendapat keduannya dan ulama lain yang sependapat dgn mereka.
Begitu juga al-habib al-Imam al-Hussain bin al-Syeikh Abu Bakar bin Salim dgn panjang lebar membuat amaran keras mengenai tembakau, beliau ( al-habib ) mengatakan “ Aku khuatir akan orang yg tidak bertaubat daripada merokok sebelum matinya, dia akan mati dalam keadaan su’al-khatimah ( mati yang berkesudahan buruk ) “.

Al-Sayyid al-Allamah Umar al-Bashri
 Dalam Majmu ‘ah Sab’ah Kutub Mufidah (136-137) berkata : “ kaedah-kaedah yang digunakan oleh para ulama ketika menyatakan haramnya sesuatu makanan pada bab al-Athi imah ialah makanan yang membawa kepada mabuk atau memudaratkan akal atau tubuh badan. Makan makanan yang memabukkan adalah HARAM dan makan makanan yang memudaratkan akal atau tubuh badan juga adalah HARAM.


 
Alasan dan Hujah pengharaman rokok

Terdapat banyak hujah yg menunjukkan pengharaman rokok  iaitu :

Membahayakan Kesihatan
Firman Allah swt : 

 Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan.
 ( Srh Al Baqarah 2:195 ).


Dr. Muhammad Ali al-Bar, seorang pakar kedoktoran Islam yang terkenal dalam bidang ini. Beliau menegaskan : “ Kesan buruk keatas kesihatan disebabkan rokok sekarang adalah lebih berbahaya daripada penyakit taun, kolera, cacar, penyakit paru-paru dan kusta”


Rokok mempunyai racun
Menurut buku rokok dan keharamannya yg memuatkan tulisan Abdullah bin Abdul Rahman al-Sind : “ Nikotin merupakan suatu bahan beracun ( sejenis dadah yg terdapat dalam daun tembakau ) yang lebih bias (keras) kesannya daripada segala racun. Seandainnya setitik daripada nikotin diletakkan atas lidah seekor anjing nescaya anjing itu akan mati serta merta, sedangkan anjing itu sejenis haiwan yang lebih tahan menghadapi racun daripada manusia. ( Satu suntikan yang mengandungi 70 miligram nikotin dapat dapat membunuh manusia dalam beberapa minit sahaja ). Menurut Pengarah Pusat Racun Negara (PRN) Uni. Sains Malaysia Prof.Dr.Dzulkifli Abdul Razak, bahawa setiap rokok mengandungi 4000 jenis bahan kimia dan sebahagian besar daripadannya adalah beracun.


Membazirkan Harta
Firman Allah swt :
Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yg boros  itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. ( surah Al Isra 17:26-27 )


Imam Ibnu Hazm dalam kitabnya Muhallanya ( jilid 7, hlmn 503, masalah no 1027 ) menegaskan : “ Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dgn pemborosan antara lain : 1) Membelanjakan wang utuk perkara-perkara yg diharamkan oleh Allah swt, sama ada banyak ataupun sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun. 2) Pembaziran yg tidak ada keperluannya atau tidak diperlukan.




Jalan Penyelesaiannya


Motivasi berhenti merokok

1.       Tetapkan tarikan untuk berhenti merokok
2.       Buat nota peringatan
3.       Katakan kepada diri anda “ Aku bukan perokok “
4.       Tumpukan pada hari ini untuk berhenti merokok
5.       Sentiasa berfikiran positif
6.       Dapatkan sokongan
7.       Lawan keinginan untuk merokok
8.       Gunakan terapi gantian ( Nikotin )
9.       Amalkan petua 10M untuk berhenti merokok



Petua 10M berhenti merokok

1.       Melengah-lengahkan masa untuk menghisap rokok
2.       Minum banyak air
3.       Menarik nafas panjang
4.       Membuat sesuatu
5.       Mengunyah sesuatu
6.       Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
7.       Membasuh tangan
8.       Mandi dengan kerap
9.       Melakukan senaman regangan
10.   Memohon doa


Petua berhenti merokok menurut kajian pakar dan pengalaman bekas perokok


1.       Persiapan mental. Kehendak perokok untuk berhenti merokok mestilah daripada diri sendiri bukan kerana pujukan atau dipaksa
2.       Senaraikan faedah berhenti merokok. Contohnya , dapat menghindari paru-paru daripada rosak, menjimatkan bajet bulanan dan mengelakkan daripada dijauhi rakan bukan perokok
3.       Bersedia untuk berhenti. Jika tidak, cubalah secara berperingkat-peringkat.
4.       Tetapkan jangka waktu atau tarikh berhenti yang sebenar
5.       Jauhi daripada kotak rokok, bekas abu rokok dan pemetik api. Elakkan mendekati orang yang sedang merokok walaupun yakin diri cukup kuat untuk menghadapinya
6.       Dapatkan sokongan moral daripada orang lain. Maklumkan kepada mereka bahawa anda sedang cuba berhenti merokok.
7.       Ubah rutin kehidupan harian. Sediakan alternative, termasuk gula-gula sebagai ganti setiap kali keinginan merokok muncul, terutama selepas menikmati makanan.
8.       Senaman atau riadah boleh mengalihkan tumpuan daripada keinginan merokok.
9.       Cuba asingkan wang yang sepatutnya untuk membeli rokok. Contohnya memasukkan wang untuk membeli rokok kedalam tabung khas. Jangan gunakan wang tersebut selagi  belum berhenti sepenuhnya. Ini bertujuan untuk memberi motivasi  tambahan.
10.   Jangan pedulikan kata-kata sinis rakan-rakan perokok. Jika diberi pilhan dan ada peluang, mereka pun sebenarnya mahu berhenti merokok.
11.   Apabila Berjaya memenuhi sasaran tarikh berhenti merokok, tinggalkan terus tabiat ini.
12.   Jangan sesekali mencuba walaupun sebatang. Kononnya, sudah tidak ketagih lagi selepas berhenti dalam tempoh satu, dua atau lima tahun. Keberangkalian amat tinggi untuk kembali merokok walaupun menghisap sebatang ketika bersosial
13.   Ingat ! Jika telah merokok selama 10 tahun, ketagihan hanya hilang sepenuhnya selepas jumlah tahun yang sama atau separuh daripadanya.


Kesan berhenti merokok mengikut tempoh


Dinyatakan disini kelebihan yang pasti dinikmati oleh mereka yang berhenti merokok. Berdasarkan kajian yang dibuat, menunjukkan betapa positifnya bagi perokok yang berhenti daripada menghisap rokok. Mingguan Malaysia bertarikh 31 Mei 2009 melaporkan sebagaimana berikut :

20 minit : Kesannya, penurunan tekanan darah dan denyutan jantung.
8-12 jam : Kesannya, penurunan sebanyak 50% karbon monoksida dan nikotina dalam badan.
24 jam : Kesannya,  Paras oksigen dalam badan kembali normal
48 jam : Kesannya,  Deria bau dan rasa semakin baik, nikotina hilang dari dalam badan
2 minggu : Kesannya, aliran darah semaikn baik dan fungsi paru-paru semakin meningkat 
                    sebanyak 30%
4 minggu : Kesannya,   Gejala ketagihan nikotin akan hilang
3 bulan : Kesannya,  Fungsi paru-paru semakin baik dengan kurang gejala batuk, sinus
                 tersumbat, keletihan dan pendek nafas
1 tahun : Kesannya,  risiko penyakit jantung kardiovaskular turun kepada 50%
5 tahun : Kesannya,  risiko strok sama dengan individu tidak pernah merokok, risiko terkena
                 serangan strok sama dengan individu yang tidak pernah merokok.
10 tahun : Kesannya,  risiko kanser paru-paru pada 30 hingga 50% berbanding perokok tegar
15 tahun : Kesannya,   risiko penyakit jantung kardiovaskular sama dengan individu yang tidak
                   pernah merokok



2 comments:

  1. Ok...jom kwn2, sama-sama kita terjah di laman sihat selalu. moga2 ilmu itu dpt diamati didalam diri n bertambah pengetahuan tentang haramkah rokok? hukum dan penyelesaiannys........ pakat mai no....

    ReplyDelete