Menyingkap dan Muhasabah Diri dalam KEHIDUPAN SEHARIAN



Manusia yang menjadi sebaik-baik kejadian dan semulia-mulia makhluk adalah mereka yang menghampirkan diri kepada Allah dimana jua mereka berada , baik di waktu bersendirian mahupun terang-terangan. Apabila dibacakan ayat Allah yang menceritakan tentang seksa dan azabNYa,maka gementarlah hati-hati mereka kerana takut dan apabila dibaca ayat-ayat suci yang menggambarkan indahnya kehidupan di syurga maka mereka akan bersemangat untuk melakukan ibadat dan amal soleh.
   
* Firman Allah yang bermaksud   :  "  Tuhan yang telah menciptakan aku,maka Dialah yang menunjuki aku,dan Tuhanku yang memberi makan dan minum kepadaku,dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku,dan yang mematikan aku,kemudian menghidupkan aku(kembali)dan yang amat kuinginkan ialah mengampuni kesalahanku pada hari kiamat."

* Firman Allah lagi yg bermaksud  : Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut Allah gementarlah hati mereka,dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."Surah Al-Anfal ayat 2

   
          Ternyata manusia pada zaman canggih ini dengan keindahannya , lupa dengan keindahannya , lupa dengan kehidupan yang akan dilalui oleh semua manusia. Bermula dari bayi pertama yang dilahirkan di zaman Nabi Adam sehingga bayi terakhir yang akan dilahirkan di zaman Nabi Muhammad S.A.W . Dunia adalah tempat persinggahan pertama sebelum persinggahan di padang mahsyar. Di dunialah manusia perlu membekalkan bekalan yang cukup untuk perjalanan yang jauh dan memakan masa bertahun-tahun lamanya. Contohnya kalau manusia ingin bermusafir ke satu destinasi,mereka akan berbekal dengan bekalan yang cukup seperti makanan,minuman,pakaian,dan lain-lain. Begitu juga persiapan bermusafir ke alam akhirat memerlukan amalan-amalan yang menjamin manusia sampai ke syurga kerana akhirat tiada kesudahannya. Berbahagialah manusia yang melakukan amal soleh di dunia dan celakalah bagi manusia yang melakukan kemurkaan sewaktu berada di dunia.



   
         Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud   :   "Sebaik-baik kamu ialah mereka yang panjang umurnya dan baik amalannya,sejahat-jahat kamu ialah mereka yang panjang umurnya dan jahat amalannya."
 Allah telah mempersiapkan dua tempat setelah manusia ditamatkan tempohnya,iaitu Syurga dan Neraka . Manusia apabila ditanya dimanakah tempat tujuan kamu setelah hembusan terakhir,semua akan menjawab bahawa mereka mahu dimasukkan ke syurga . Namun ramai manakah manusia yang betul-betul sedar dan mengperhisabkan amalannya siang dan malam antara yang baik dan yang buruk . Adakah kita terjamin dimasukkan ke syurga? Sedangkan para sahabat dan solihin tidak menjamin diri mereka ke syurga sebagaimana yang berlaku pada Saidina Usman Ibn Affan ketika beliau melalui di perkarangan sebuah perkuburan.Dia telah berhenti dan terus menangis sehingga air mata membasahi janggutnya . Dikatakan padanya,"Wahai Usman,apakah kamu mengenangkan tentang kehidupan kubur dan akhirat ? Janganlah kau menangis dan lupakan saja,jika tidak kamu akan terus menangis."Lalu Saidina Usman berkata padanya,"Aku mendengar Rasulullah telah bersabda yg bermaksud , " kubur adalah persinggahan pertama sebelum persinggahan di hari akhirat , jika berjaya seseorang daripadanya maka perkara selepasnya akan terlebih mudah . Dan jika gagal daripadanya maka selepas daripadanya terlebih sukar."


      
           Sebagaimana yang diketahui bahawa Allah bersifat penyayang kepada hamba-hambaNya dan pemurah kepada semua makhluk sama ada yang beriman kepadaNya atau menyekutuiNya,kasih Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.Nokhtah kehidupan manusia akan berakhir sama ada menuju kebahagiaan ataupun kecelakaan.Saat-saat mati tidak mengenal manusia,muda atau tua.

       Apabila disebut 'mati' maka timbullah perasaan takut lebih-lebih lagi kepada mereka yang merasa dirinya jauh dari Allah . Firman Allah yang bermaksud   :  "Sesungguhnya Allah,hanya paad sisiNya sajalah mengetahui tentang hari kiamat dan Dialah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim .  Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui(dengan pasti)apa yang akan diusahakannya esok.Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui dan lagi meliputi pengetahuannya." surah Luqman 34.
      

           Kehidupan didunia hanyalah sekali,begitu jua kematian.Mati tidak mengenal usia dan darjat.Tidak diketahui oleh manusia sehingga Nabi sendiripun tidak mengetahuinya.Sebelum kita dihitungkan di akhirat ,marilah kita yang menghitung diri kita terlebih dahulu.
     
  
            Renungilah Firman Allah yang bermaksud;"Dan ditiupkan sangkakala,maka mereka keluar dengan segera berlari dari kuburnya menuju kepada Tuhan mereka,mereka berkata,"Aduhai celakalah kami!Siapa yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami(kubur)?"Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasulNya.Tidak ada teriakan itumelainkan sekali teriakan sahaja,maka tiba-tiba mereka dikumpulkan kepada Kami,maka hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikit pundan kamu tidak dibalasi kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan.Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan mereka."   Surah Yasin,ayat 51-55.

 
Wallahua'lam...

0 comments: