Kemuncak Medan Winter Sonata




Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah segala puji dan rahmat Allah kerana masih memberi peluang dan ruangan masa pada kita hidup serta dalam merasai dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman. Selawat juga buat junjungan Rasulullah S.A.W kerana dengan berkat usaha baginda yang begitu kental dalam menyampaikan Islam di muka bumi ini dalam memberikan kita peluang yang amat berharga  untuk sama-sama kita hidup di bawah naungan Islam yang syumul dan diberkati oleh Allah s.w.t.


  Musim Sejuk di Mesir sudah  tiba pada Kemuncaknya  “


Nikmat yang paling besar dalam musim sejuk ini sudah tentu makan dan tidur. Diruangan fikiran otak kita berlegar-legar memikirkan dalam menempuh kehidupan seperti ini kerana di medan inilah yang menguji betapa kuat atau lemahnya dalam merentasi susur suasana tersebut .


Perkara ini sudah menjadi suatu norma kehidupan masyarakat yang bermastautin di dalam negara empat musim. Tatkala tibanya musim sejuk secara automatiknya malam akan menjadi panjang. Perut juga akan semakin kuat mengadu kelaparan menagih makanan daripada tuannya. Seperti mana yang kita ketahui walaupun mesir terletak di Benua Afrika namun tempias musim sejuk masih dirasai tetapi tidaklah mencecah suhu di bawah tahap beku yang boleh menyebabkan jasad dan rohnya pergi menghadap illahi. Namun perubahan cuaca di sini turut merubah manusia itu , tidak kiralah daripada positif kepada negatif atau sebaliknya.




Musim sejuk telah tiba menyengat kesejukkannya di bumi barakah ini. Dijangkakan musim sejuk kali ini adalah negative or positive darjah celciusnya , wallahua’lam. Angin dingin yang kuat menjadikan saya merasai kesengatan sejuk bila dimasuki ruangan ubun-ubun bulu roma . Tahap suhu 7-12 darjah celcius dibulan ini , saya tetap kuat dalam perjuangan meredah jua demi menuntut ilmu.

Menuntut Ilmu kadangkala payah,perlu kepada MUJAHADAH

Menuntut Ilmu kadangkala memeritkan,perlu kepada KEAZAMAN

Menuntut Ilmu kadangkala tidak punya wang,perlu kepada PENGORBANAN

Menuntut Ilmu itulah PERJUANGAN!



Wallahualam ..............

0 comments: