Se Usai Rencana , Se Mudah Bicara



Syukur Alhamdulillah kerana dipermudahkan segalanya oleh Allah atas apa jua yang direncanakan. Mungkin ada hikmah yang lebih besar Allah aturkan disetiap pengaturan kehidupan manusia itu .



Ini adalah langkah pertama atas 1001 langkah yang akan saya terus perjuangkan dan amalkan!!! Man jadda wa jadda..setiap yang berusaha pasti akan dibantu oleh Allah. Saya sentiasa bersangka baik pada apa jua yang telah Allah beri samada dugaan mahupun nikmat Allah swt.



Banyak benda dalam hidup ini sebenarnya terjadi bukan kehendak kita. Kita mahu apa yang kita kehendaki tetapi Allah bagi apa yang kita tidak kehendaki. Sebagai contoh yang saya boleh berikan iaitu ada orang mahukan kawan yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya tetapi Allah hadiahkan kawan yang sebaliknya pada diri kita.  Ada orang mahu berkahwin di usia muda tetapi Allah lambatkan pengakhiran jodohnya sedikit dan sebagainya.





Perkara ini seringkali berlaku dalam kehidupan lantas kita mendongak ke langit dan dilubuk hati sanubari kita bertanya kepada Allah, " Ya Allah mengapa engkau berikan sesuatu kepadaku bukan berdasarkan apa yang aku mahu dan suka?". Persoalan itu sering berlegar dalam buah fikiran kita dan tatkala iman kita merundum  lemah bila mana  sampai satu tahap mempertikaikan takdir Allah swt terhadap kita. Na'uzubillah min zalik. Terutama apabila kita mengimpikan pelangi kebahagiaan yang berterusan dalam hidup tetapi Allah hadirkan kepada kita hujan ujian yang maha dahsyat.



Pernah tidak kita dengar firman Allah swt yang berfirman, " ... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
( Surah Al-Baqarah : 216 ).




Apabila kita berpegang dengan ayat di atas, hati kita akan terpujuk, bertambah redha, tawakkal dan yakin bahawa sesungguhnya setiap sesuatu yang Allah tentukan ke atas kita adalah sesuatu yang terbaik sesuai dengan KEPERLUAN kehidupan kita bukan KEMAHUAN yang ingin dicari oleh kita. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.......Allahu Akhbar!!!

5 comments:

  1. ma shaa Allah...tabarakallah ! ada maksud yang tersirat dan tersurat. kejujuran sangat diperlukan untuk mengekalkan kepercayaan dalam sesebuah persahabatan. kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,Dia datangkan hujan petir..kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi :)

    ReplyDelete
  2. Warna-warni kehidupan boleh saja menjadi pelangi atau menjadi igauan ngeri. Sewaktu ia menjadi pelangi kerap kita terlalai. Dalam menikmati indahnya pelangi kadang2 kita terlupa rumput yang dipijak menangis kesakitan. Dunia ini terlalu hina untuk membuat kita menangis. Terlalu murah untuk membuat kita bersedih dan terlalu lemah untuk membuat kita putus asa.

    Memang Allah tidak menjanjikan langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari itu selalu bersinar. Tetapi kita perlu tahu bahawa Allah selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, berkat disetiap musibah dan jawapan disetiap doa.

    Semua warna pelangi kehidupan yang Allah kurniakan pada kita pasti mempunyai hikmah dan rahsia yang tersembunyi yang perlu kita renungkan dan fikir-fikirkan. Wallahualam ......

    ReplyDelete
  3. ye,betul tu.tapi kadang-kadang kita boleh bentukkan bumi itu menjadi seperti pelangi.gantunglah pengharapan itu setinggi langit.seandainya jatuh ,tidaklah jatuh ke bumi terus..mungkin akan tersangkut di bulan :D

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang menarik .......teruskan menjana IQ kreatif minda sedar, menjana aspirasi, mutiara ilmu dan mutiara iman itu dalam kelengkapan kehidupaan kita kerana iman itu berharga ibarat mutiara, memanglah sukar untuk mendapatkannya. Keperluan kita perlu berusaha mencari dan terus mencari dalam mendapat mardotillah sebagai hamba allah.

    ReplyDelete
  5. subhanallah....sangat menyentuh hati.............!

    ReplyDelete