Setangkai Rasa Semanis Kesyukuran




Bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada dan  kita memiliki kerana dengan bersyukur hidup kita akan menjadi  tenang  setenang air di tasik . Begitu juga air yang tenang  akan berkocak, disaat riak-riak kocokannya sangat memukul kedamaian ibarat didalam destinasi kehidupan ini. Kehidupan yang tenang boleh berkocak dek kerana masalah-masalah yang diibaratkan seperti batu yang dilempar kedalam air. Nescaya akan berkocak dan tenggelam nun jauh didasar  tasik .



Walaupun apa jua yang kita hadapi, kita masih ada harapan. Jadi dengan harapan itulah kita berharap kepada yang maha esa, dia mengetahui disudut pelusuk jua keberadaan kita. Dengan berdoalah, nescaya kehidupan kita akan tenang kerana Allah tidak pernah menafikan hak-hak hambanya.




Cuba kita lihat kita berada di muka bumi Allah ini 

Adakah Allah menarik kembali udara2 yang kita sedut 

Adakah Allah meghilangkan cahaya dari sang matahari 

Adakah Allah meghilangkan kelam malam untuk kita lena beradu 




Berharaplah kepada Allah Sang Pencipta kerana harapan kepadanya tidak pernah  luput dan tidak pernah pudar sama sekali dalam hilang dibawa  angin. Bak kata pujangga yang diterapkan dalam nurani hati kita iaitu pengharapan tidak pernah lelah menanti, tidak pernah letih berjalan dan tidak pernah berhenti menunggu .





Jangan lah kita takut dan gusar untuk menanam semak belukar di tanah yang kering dan tandus tetapi yakinlah tidak mustahil semak dan belukar  mampu bertukar menjadi teratai yang indah dalam menjadi sebuah taman yang indah kerana itulah hasil daripada KESABARAN begitu juga berkat HARAPAN dan DOA yang tidak putus-putus dari hamba kepada Sang Pencipta.





Adakalanya kita mengeluh tentang rasa masakan yang kita makan tetapi beruntunglah dari orang yang tidak punya apa-apa utk dimakan kerana kita selalu mengeluh tidak mempunyai apa-apa tetapi beruntunglh dari orang yang meminta-minta di jalanan. Sebelum kita mengeluh tentang nasib buruk kita tetapi berfikirlah tentang seseorang yang berada dalam keadaan yang sangat  terburuk di dalam hidupnya. Perkara  yang paling penting sebelum kita mengeluh mengenai hidup kita, beruntung lah kerana kita masih bernyawa dan diberikan peluang untuk hidup daripada seseorang yang meninggal di usia muda.



Menangislah disaat kamu BAHAGIA

Tersenyumlah disaat kamu SEDIH

Nescaya kamu akan merasai erti BERSYUKUR


Ya Allah..Ya Rabbi..Ya Izzati..Sesungguhnya aku berserah dengan seluruh jiwa dan raga. Kau permudahkanlah segalanya. Kau bukakanlah pintu rezeki  kepada hambamu ini dan aku mensyukuri diatas nikmat yang kau berikan apa jua diatas muka bumi mu ini. Aminnnnn Ya Allah .....




Wallahualam ……………

0 comments: