Kembali Menyinari Diri Umpama Si Kunang-Kunang




Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Apa khabar sahabat-sahabat bloger sekalian?Sihat? Diharap kalian semua berada dalam kesihatan yang baik dan dibawah lidungan Allah s.w.t. Malam ini terasa diberi peluang oleh Allah untuk merasai ketenangan dalam berfikir tentang semua perkara dari perkara peribadi, keluarga, pelajaran, kuliah, sahabat-sahabat, masa depan sehinggalah hal-hal berbangkit. Kalau sebelum ni, pelbagai program yang penuh bermula dengan Program Sambutan Pelajar Baru (USMB’12), Program Jaulah (SINAI ’12) , Program Jaulah (ALEXANDRIA’12) sehingga terlupa untuk memikirkan tentang diri sendiri. Begitulah tarbiah dalam kehidupan yang perlu kita ranjau dan tempuhi sebagai seorang insan. Kadang-kadang kita mudah sahaja berada dibawah dan kadang-kadang kita payah mendaki untuk berada yang teratas. Dimanapun kita berada, ujian tetap akan dilalui dengan cabaran yang sangat mencabar.



Dalam masa yang ada ini, masih diberi peluang oleh Allah untuk mencoretkan sesuatu buat perkongsian bersama-sama. Terasa hati ini di peringati saat terlalu lama Al-Quran ditinggalkan tanpa dibaca atau diulang secara konsisten. Buah hati ku (Al-Quran), yang saya pegang sejak tingkatan 1 dan saya bawa di tempat pertama mengkhatamkan hafazan al quran iaitu di Darul Quran JAKIM sehingga lah sy menjejaki pelajaran di Bumi Ardhul Kinanah ini. Sudah hampir 9 tahun saya bawa disisiku, dimana sahaja bila saya keluar negeri atau negara untuk bermukim, saya akan membawanya. Tapi semakin lama, saya terasa semakin jauh dengannya walaupun secara zahirnya, ia berada disisiku saat saya menulis ini. Apakan daya, mungkin iman semakin lemah dan perlu diperbaiki lagi. Semoga ruh Al-Quran kembali menyinar lagi seolah-olah kunang-kunang berterbangan mencorakkan cahaya bersinar itu dan saya mengharapkan sebegitu sepertimana istiqomahnya saya dahulu.




" Ya Allah rahmati aku dengan Al-Quran, Jadikan Ia pimpinanku, cahaya kepadaku, petunjuk kepada ku dan kerahmatan kepada ku. Ya Allah peringatkan aku apa yang sering aku lupa, ajarkanlah...ajarkanlah. Jadikanlah pembela (syafaat) ku ketika diakhirat nanti"



Moga jiwa yang kosong ini terisi kembali dengan Kalamullah, bukannya diganti dengan maksiat yang mengikut kata hawa nafsu yang tidak pernah kenyang dengan perbuatannya, bahkan menjadi duri dalam daging dalam kehidupan kita. Yang lepas, biarkan ia berlalu dengan taubat, perjalanan masih panjang. Jauh didepan Allah sediakan kebaikan untuk siapa yg melepasi ujian kehidupan. Moga saya juga tergolong dalam kalangan mereka yang berjaya dalam ujian kehidupan ini.


Wallahualam ........


0 comments: