Rantaian Susur Jalan Kehidupan



Sedar  tidak sedar daripada mimpi yang panjang , akhirnya masa sudah tiba dalam mengorak langkah kegemilangan kemenangan dan kekalahan . Kemenangan apa ? Kekalahan apa ? Bukan ingin mempersoalkan kemenangan atau kekalahan tetapi kesedaran kita dalam bangkit berjuang mengorak langkah islam itu sendiri dalam medan dunia dakwah , politik , agama dan sebagainya kerana  didunia ini yang tidak menjanjikan umatnya akan kekal selama-lamanya . 


Sudah lama saya dikawal gerak. Dikawal dengan sebuah ideologi dan gaya hidup yang paling bisa beracunnya , tetapi dihias indah dengan kesenangannya . Saya buta dalam memilih. Saya khilaf dan terpelosok jurang  dalam menafsir sesuatu perkara. Sudah lama Tuhan membiarkan saya hanyut bersama kekhilafan  yang didokong oleh diriku.


Saya menatap doa kesyukuran dan keredhoan , walau diri saya  tidak tahu apa yang baik bagi diriku. Saya hidup dengan telunjuk manusia yang pelbagai. Ada yang menunjuk ke kiri, ada yang menunjuk ke kanan, hatta ada juga yang menunjuk ke bawah, sebuah satu  isyarat   “ Mati sebelum mati ”. Dikawal seperti layang-layang yang tidak terputus talinya.



Disaat umur yang dikurnia ini semakin lama semakin bertambah. Tetapi saya merasakan semakin kurang bijak . Semakin hari saya bertemu dengan pelbagai ragam dan keindahan dunia. Semakin banyak pula yang melekat dalam hati sanubari . Walaupun dilindung, ia tetap meresap. Pergolakan jiwa muda dari  dalam yang meronta-ronta meminta lagi dan berterusan lagi. Apakah yang inginku capai ?




Rupanya, selama ini Tuhan telah lama memberikan isyarat. Sesuatu yang boleh menjadi suatu titik tolak untuk berubah. Saya mengenali pula sesuatu yang lain daripada luar sempadan hidupku. Saya melihat dunia ini luas rupanya. Mengapa saya hanya menjadi layang-layang, dan tidak burung yang bebas menentukan hala tuju hidupnya sendiri.


Kesedaran itu berlaku , baru saya tahu mindaku ini sempit rupanya, hatiku kecil. Semua ini kerana saya melihat dengan mata. Bukan dengan hati yang perlu dibentuk dengan  keikhlasan, kekuatan , ketabahan tetapi  kebenaran rupanya luas dan sentiasa tertegak walaupun sentiasa dijatuhkan. Siapa yang dapat melawan kuasa Tuhan?   



Hari ini masa sudah suntuk lagi untuk saya  terkial-kial mencari dan mengikut telunjuk orang lain. Hayatku ini adalah satu amanah, tanggungjawab tetapi mengapa ia perlu dikawal oleh sebenang tali yang sesiapa sahaja boleh mengawalnya? Bukan kecil hatiku sebenarnya untuk mencoretkan nilaian ilmu ini .  Biarkan ia bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan jiwa ini merdeka dari segala ranjau dan onak duri yang tidak akan kehabisan .


Perjuangan yang belum selesai ………..

Hanya kepada Tuhan aku memohon segala kebaikan……….

Wallahualam ..............

4 comments:

  1. jom tadabur sama2 kalam Allah y indah ni:

    " Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dgn jihad y sebenar2nya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak mnjadikan kesukaran untukmu dlm agama.........Dialah pelindungmu,Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-sebaik penolong (22:78) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran Jazilan.... Insyaallah . Keep it up :-)

      Delete
  2. Sungguh beruntung mereka yang amalnya ikhlas kerana Allah, sehingga dia selamat dari tujuan selain Allah dan terjauh dari motif duniawi... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat beramal , bermujahadah dan beristiqomah ...........

      Delete