Menyahut Panggilan Suci



Assalamualaikum wbt …


Alhamdulillah, terlebih dahulu ingin saya panjatkan kesyukuran kerana masih lagi berkesempatan dalam mencoret tinta yang sekian lama pudar dalam benak fikiran saya dan ingin sekali melayangkan warkah buat sahabat-sahabat yang mengenali diri tinta yang lemah dan hina ini ….. Mungkin ketika warkah ini sahabat-sahabat  meratapi , membaca dan besar kemungkinan sudah melupai bait-bait  Tinta Iffat Altamis yang sudah lama menghilang dalam melakar  penanya .



Apapun setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya diberikan kesempatan hidup lagi dalam menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Sesungguhnya telah lama diri terpanggil dan menyimpan hasrat untuk menziarahi Kota Suci Makah , dan Madinah yang merupakan sejarah tamadun para anbia disamping melakukan ibadah Umrah. Saya berharap dalam menyelusuri perjalanan ini diberikan kekuatan, kesihatan yang baik, kesabaran yang tinggi dan dipermudahkan segala urusan saya disana kelak. Mudah-mudahan ibadah dan amalan saya diterima oleh Sang Penguasa dan PenciptaNya.



Terlebih dahulu, saya dengan rasa rendah diri, menyusun 10 jari, memohon seribu kemaafan dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki, seandainya dalam masa kita bersahabat, dalam masa kita bersapa, dalam masa kita bergurau dan sbgnya mungkin ada kata-kata saya yang menguris perasaan, ada coretan saya yang merobek hati nurani, atau ada perlakuan saya yang mengundang api kemarahan dan kebencian antara kita, maaf saya pinta. Sesungguhnya saya hanyalah hambanya yang lemah dan tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan.



Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :


"Hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" ( Surah An-Nur )



Dalam Hadis yang lain , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberikan kelapangan kepada seseorang dengan harta bendamu, tetapi kamu dapat memberikan kelapangan kepada mereka dengan muka yang berseri-seri dan budi pekerti yang baik" ( Riwayat Abu Ya'la )



Halalkan segala-gala yang telah dikongsikan dan telah menjadi darah daging dalam sekujur tubuh ini. Yang juga telah dikongsikan buat hidangan kaum keluarga dan sahabat-sahabat. Mudah-mudahan setiap perbuatan yang baik itu akan mendapat ganjaran dan pandangan yang baik juga dari Allah swt. Insyaallah saya bersama sahabat-sahabat akan menunaikan umrah  pada ketetapan seperti berikut :



Tarikh : 12-March-2014

Masa Mesir : Jam 9.00 Malam
Masa Malaysia : Jam 03.00 Pagi
Suhu Mesir : 15 ' Celcius



Sebelum saya mengakhiri coretan ini, doakan kesejahteraan saya disana, semoga saya diberikan ketenangan dan kelapangan, diberikan kesihatan yang baik, dapat melakukan ibadah dengan tenang dan sempurna. Perjalanan yang merupakan tiket atas jemputan daripada Allah s.w.t. . Hanya kepada Allah s.w.t berserah dan bertawakkal. Moga diberikan yang terbaik dan dipermudahkan. Akhirnya dapat menjalankan umrah dengan mabrur … Ameennn. Doakan saya selamat pergi dan selamat kembali…..

3 comments:

  1. Selamat semua. Moga dipermudahkan segala urusan di sana.

    ReplyDelete
  2. Selamat tiba .
    Selamat menjalani ibadah umrah .
    Semoga mendapat umrah yg mabrur ~ In Syaa Allah

    ReplyDelete