Disebalik Cinta Nota Diariku Untuk Cikgu



Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt kerana diberi peluang dan ruang masa untuk saya merungkai secebis tinta di post entry kali ini iaitu " Disebalik Cinta Nota Diariku Untuk Cikgu " . Maksud yang sangat mendalam dalam setiap kehidupan untuk dihuraikan isi tersurat dan tersirat kerana disitu terdapat 1001 nota yang sedang menyelusuri  hati pena penulis sendiri.


Hidup ini diibaratkan roda dalam kehidupan , adakalanya kita berada diatas puncak kehidupan dan adakalanya kita berada dibawah jurang derita kehidupan umpama kehidupan kita ini tidak pernah bernyawa dibuai onak duri dalam setiap sempadan rintangan . Jerih perit hidup itu bukan sahaja mematahkan semangat kita dalam kehidupan tetapi lebih banyak kita belajar dan mengajar apa itu erti sebuah kehidupan. Jika tidak adanya kehidupan didalam dunia ini , tidak ada juga dugaan, cabaran, rintangan, semangat, kekuatan, kesabaran, ketabahan dan dll . Seterusnya membangkitkan jiwa-jiwa kerohanian dalam menerobos sempadan diri kehidupan itu .


Sebuah harapan mahupun sebuah impian yang ingin kita miliki tetapi bukan semua harapan dan impian yang ingin kita kecapi itu akan dapat tercapai jika kita tidak menghadapi sebuah jurang derita kehidupan itu. Disinilah kita bermulanya menghadapi setiap harapan dan impian yang ingin kita kecapi supaya dengan jurang derita kehidupan itulah sendiri yang membawa kita kepada realiti harapan dan impian itu . Bak kata pepatah : Bersusah dahulu, Bersenang-senang kemudian.




Saya tidak pasti pandangan dan pendapat orang lain tetapi alhamdulillah bagi saya peluang berguru dengan ramai cikgu sehingga tahap dunia yang menguasai kehidupan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, perniagaan, percintaan , perkebunan, masakkan dan dll malahan  tidak terlepas juga dalam bidang agama dan kerohanian. Ada yang saya sangat2 rapat dan ada yang saya kenal seseorang tetapi dia mungkin tidak kenal saya. Ada yang ilmunya tidak pernah saya dengar dan ada yang saya telah belajar. Ada yang percuma dan banyak yang berbayar. Apa yang saya pasti, banyak kesan atau pengaruh cikgu2  ini di dalam kehidupan saya. Tetapi apa yang pasti, walau siapapun cikgu kita, atau walau apapun yang mereka ajar, saya memegang dengan prinsip doa dan keberkatan ilmu itu penting.


Realitinya itulah kehidupan yang terjadinya pada diri saya sendiri. Banyak persoalan yang berlegar bermain di benak fikiran saya dan ingin saya lontarkan dalam jiwa diri saya yang lemah ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya dapat kita mengetuk hati perasaan nurani kita sendiri ini . Persoalan yang terfikir dibenak fikiran saya adalah :

1) Bagaimana ilmu yang kita belajar itu berkat jika kita tidak hormat atau lebih teruk mengutuk cikgu pemberi ilmu tersebut ?

2) Bagaimana hidup kita atau jiwa rohani kita akan ampuh dan kuat dalam menegakkan tiang agama Allah swt itu sendiri jika tidak kita menggunakan ilmu yang diberi melalui cikgu tersebut, jika kita seperti kacang lupakan kulit ?

3) Bagaimana hidup kita atau percintaan (didunia dan diakhirat) kita akan diberkati dan diredhoi jika tidak cikgu yang memberikan ilmu dalam menegakkan pensyariatan agama itu sendiri jika kita seperti kacang lupakan kulit ?

4) Bagaimana hidup kita atau kewangan kita akan berkat menggunakan ilmu yang diberi melalui cikgu tersebut, jika kita seperti kacang lupakan kulit ?


Disebalik cinta nota diariku untuk cikgu yang saya sebutkan adalah cikgu kehidupan yang banyak memberikan kesan atau mempengaruhi perubahan dalam kehidupan saya dan apatah lagi tentang jatuh dan bangunnya roda kehidupan itu. Cikgu inilah yang mengajar saya erti kesabaran, kekuatan, ketabahan, kesenangan mahupun kepayahan. Cikgu inilah yang mengajar erti percintaan sesama manusia dan Allah swt. Cikgu inilah yang mengajar dan memberi ilmu disaat kita lupa dan terleka tentang kehidupan didunia dan diakhirat. Cikgu  redha dengan keadaan kita macam manapun , Allah swt juga akan redha dengan kita InsyaAllah. Hari ini didalam kehidupan realiti kita, perkara ini telah pun hilang. Kita mahu manisnya ilmu itu dari seseorang tetapi kita tidak pernah mahu ucapkan terima kasih dan meminta maaf jika kita ada melakukan kesilapan kepada penyuap rasa manis tersebut.




Islam diturunkan sebagai rahmatan lil alamin. Untuk itu, maka diutuslah Rasulullah saw untuk memperbaiki manusia melalui ilmu itu sendiri melalui pendidikan. Pendidikanlah yang mengantarkan manusia pada darjat yang tinggi, iaitu orang2 yang  berilmu. Ilmu yang dipandu dengan keimanan inilah yang mampu melanjutkan warisan berharga berupa ketaqwaan kepada Allah swt. Tetapi kenyataan dalam hidup ini, banyak orang yang menggunakan akal dan kepintaraannya untuk maksiat. Banyak orang yang pintar dan berpendidikan justeru akhlaknya lebih buruk dibanding dengan orang yang tidak pernah sekolah. Perkara itu terjadi kerana ketidakseimbangannya ilmu didunia dan diakhirat mengikut persekitaran dan perkembangan yang saya lalui hari ini. Ilmu pengetahuan dunia rasanya kurang kalau belum dilengkapi dengan ilmu agama atau akhirat. Saidina Ali berkata dalam hadisnya :

“ Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat2 dengan segala persiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah : 1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada tuhanmu. 2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.


Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan iaitu menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu  jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap sedia dalam menghadapi maut.


Dalam kalam Imam As-Syafie ada menyebutkan bahawa sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redho dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya. Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan dalam kehidupan . Wallahualam ....

2 comments:

  1. Alhamdulillah kerana Allah telah mempertemukan saya dengan artikel ini.Sesungguhnya menyedarkan saya tentang sesuatu yang sangat dicari selama ini.Syukran kathir ..

    ReplyDelete
  2. Blog nh very2 awesome :) bahasanya tersirat & tersurat . I Like this blog :)

    ReplyDelete