Disaat Memerlukan Sang Pencipta



Assalamualaikum kepada pembaca entry kali ini,entry kali ini hanya sekadar ingatan yang ringkas untuk kita sama2 mencari jawapan untuk tajuk diatas.Seringkali terdetik di hati dan perasaan,dimana janji Allah utk menolong kita bila kita memerlukan Allah?Kenapa saya sering diuji dengan pelbagai kesusahan tetapi saya rasa seperti tiada bantuan kepada saya??Kata nak tolong,tapi xda pun???


Jawapan untuk persoalan diatas,Allah sentiasa ada disisi kita tetapi kita yang tidak nampak wujudnya Allah kerana kita lebih mengharapkan kesenangan berbanding Allah, kenapa saya kata begitu? Sebab kita hanya harapkan kesusahan utk hilang lebih daripada kita berdoa seperti ini " Ya Allah,Kau dampingilah Aku walau bagaimanapun keadaaan aku,andai aku lemah kuatkan aku dgn mengingatiMu ".Kebanyakan dari kita lebih berdoa sebegini:
 

1.Ya Allah hilangkan sakit ini cepat2
2.Ya Allah bagila aku cepat kaya
3.Ya Allah bagila aku cepat pandai
4.Ya Allah,bagila aku dpt si dia,kerana aku terlalu cinta padanya.
5.Ya Allah,aku betul2 perlukan duit,aku janji aku solat 5 waktu cukup,tpi tolonglah aku utk dpt duit cepat.


Aduh,patotlah sehingga sekarang tiada rasa cinta ataupun ruang Pemilik Nyawa dalam hati kita.Mari kita sama2 bertanya didalam hati kita tentang soalan-soalan berikut:
 

1.Diwaktuku sihat,Berapa kali aku mengingati Allah?
2.Diwaktuku senang,berapa banyak sedekahku di jalan Allah?
3.Sewaktu aku pandai dan beroleh ilmu,pernahkah terucap dibibirku Alhamdulillah atau Subhanallah?
4.Sewaktuku jatuh cinta,kuatkah lagi cinta aku pada Allah berbanding dia?Masih adakah Allah dihatiku?
5.Cukupkah solatku 5 waktu sewaktu aku beroleh rezeki?
 

Selagi nyawa dikandung badan,ketahuilah bahawasanya Allah sentiasa berada disisi kita 24 jam,tetapi kita yg perlu sedar didalam hati bahawa si Dia sentiasa ada,cumanya kta perlu tahu Allah datangkan dirinya dalam 2 bentuk samada NIKMAT ataupun UJIAN...andai kita dapat mengenali nikmat dan kesusahan itu,kita akan sentiasa yakin dan pasti bahawa Allah sentiasa ada disisi kita.
 



Contohnya,andai kita beroleh ilmu dan rezeki,kita tahu Allah lah pengurnia rezeki dan ilmu kepada kita lantas tanpa segan dan malu terpacul Alhamdulillah dan Subhanallah dari mulut dgn nyata.Andai datangnya ujian kehilangan org tersayang atau harta benda,lantas berfikir bahawa semuanya adalah milik Allah,insyaAllah kita rasa semakin kuat cinta dan yakin dgn Allah sebagai pemilik segala-galanya.


Kesimpulannya,mari kita sama-sama cuba mencari tanda2 dan wujudnya Allah disekeliling kita dalam apa jua bentuk sekali pun,agar kita lebih mencinta dan memberi ruang di hati kita utk Allah sebagai pencipta dan pemilik seluruh Alam Semesta ini.

Doa


Ya Allah,Dampingiku Diwaktuku Susah dan Senang,
Jgn Hilangkan Ujian keatasku andai kesenangan dpt menghilangkan cintaku pada Mu,
tetapi Kuatkanlah Semangatku Utk Menempuh Ujian dariMu,
Andaiku Kaya,Kayakan aku dalam mengingatiMu,
Andaiku Miskin Utuhkan hatiKu utk Sentiasa Bersyukur.
Hanya padaMu Aku mengadu dan Hanya Padamu Aku Memohon Pertolongan.

0 comments: