seUtuh Pengorbanan seUsai Perjalanan





Bismillahirohmannirrohim..

Subhanallah, dalam kelapangan yang penuh nikmat dan besarnya kurniaan Allah, diberikan kekuatan dalam menempuh pengorbanan kita sebagai khalifah dimuka bumi Allah swt ini. Alhamdulillah !!!! Semoga apa yang saya curahkan dapat memberi kebaikkan kepada ummah di dunia dan akhirat. Terima kasih Ya Allah diatas segala-galanya.


Saya berusaha untuk mengejar sesuatu dalam hidup tetapi saya tidak mahu menyetuh bab itu dalam Tinta buruk Iffat Altamis saya ini. Biarlah itu menjadi rahsia dan hanya Allah saja tali pengukurnya. Cuma dalam masa saya berurusan, saya banyak belajar mengenal dan tersedar beberapa perkara yang saya merasai boleh di kongsi kepada semua. Tentang nilai kawan , teman , sahabat , keluarga dan Allah. Semoga pengalaman ini menjadikan saya seorang yang matang dan terus mencuba untuk menjadi yang lebih baik dari diri saya sebelum ini.


Seperti sabda Rasulullah salallahu’alai wasallam “Tuntutlah ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad”( HR Bukhari). Maksudnya ilmu itu tidak pernah bersempadan, tidak pernah ada tali akhirnya untuk kita berhenti dan mengalah. Kita sepatutnya terus dan terus belajar untuk menjadi insan yang berilmu sampai hembusan terakhir nafas kita...



Patutlah dulu arwah kawan saya selalu cakap “Orang makin tua, makin banyak ilmunya”. Mungkin itu juga dikaitkan dengan ‘pengalaman’ yang kita lalui dalam kehidupan kita. Masa mematangkan kita, tetapi saya percaya, manusia yang matang adalah manusia yang berhati luhur untuk menerima ‘pengalaman’ sebagai ilmu untuk dijadikan panduan dalam hidup mereka dan bukannya berusia melalui angka tapi kosong dalam dadanya. Naudzubillah… saya tidak mahu jadi sebahagian dari itu.


Siapa itu kawan ? kawan adalah yang sentiasa menemani kita tetapi akhirnya akan meninggalkan kita bila sampai tahap kepuasan dalam hatinya. Siapa itu teman? teman adalah yang setia hadir disetiap susah dan senang kita tanpa tahu punca dan sebabnya, Dan… Siapa itu ‘sahabat’ ? sahabat lebih sama ertinya dengan ‘teman’ tetapi istimewanya sahabat adalah yang selalu menyelamatkan kita agar tidak memperbodohkan diri dan diperbodohkan oleh hidupan yang melalaikan kita dari landasan kebenaran..

 
Dari pergaulan saya lah, saya tahu bahawa ‘Kawan’ akan menilai kita dengan perkataan “kalau lah aku boleh berkawan dengan dia”.. jadi bila sudah menjadi kawan, maka dia tahu tentang kelebihan dan kelemahan kawannya. Persoalannya, sanggupkah dia bertahan bila mencapai tahap ‘puas’ melihat kekurangan kawannya itu ? mesti tidak… ! kerana dia melimitkan nilai perhubungan mereka. Seperti pelangi yang hadir seketika sahaja, bila sampai tempoh lembapan hilang maka ia akan pergi dari pandangan.



Wahai teman, terima kasih kerana selalu menyokongku dari belakang dalam susah dan senangku. “Kenapa kamu mahu jadi kawan saya ?” “sebab saya suka berkawan sama kamu.. kamu buat saya happy biarpun ada ketikanya kamu buat saya macam mahu makan kamu”… (so sweet…*finger crossed*). Itulah teman, hadirnya benar-benar memberi makna tanpa mengetahui punca dan sebab silaturrahim itu dibina. Bagai bintang yang wujud di malam hari, menemani bulan tanpa tahu apa punca dan sebabnya. Subahanallah



Masya Allah Tabarakallah… dalam pergaulan juga saya kenal dengan apa yang diertikan sebagai ‘sahabat’. “Kita bertemu dan berpisah kerana Allah.” “Biarlah kamu benci saya kerana menegur salahmu yang penting saya tidak mahu kamu terus tenggelam dengan kejahilan(kebodohan)mu.” Siapa diantara kita yang pernah mendengar kata-kata ini ? Jika ada, jangan lepaskan sahabat itu kerana itulah sahabat semanis iman, yang memimpin kita mencari redha Allah subhana wata’ala di dunia dan di akhirat dan tidak sesekali mahu kita menjadi bahan ketawaan orang lain. Semoga Allah membalasmu dengan kelapangan rahmat-Nya di dunia dan akhirat wahai sahabatku. Amin Ya Robbal a’lamin.


Saya sering merasa sedih atas apa yang terjadi tetapi demi Allah, saya bahagia mempunyai keluarga yang selalu menjadi ‘pemukul lalat’ buat saya jika saya berbuat kesalahan dalam kehidupan . Mereka menyedarkan saya dari pelbagai sudut, soal pergaulan, percakapan, tingkah laku dan akhlak yang lain. Mereka menjadi alarm peringatan pada sesuatu yang kurang atau yang terlepas dari pandangan mata atau mata hati saya. Apalagi jika dikaitan dengan pengorbanan, tentu saja mereka adalah tongkat sakti buat saya ketika susah, ketika sedih, ketika sakit, ketika kekurangan dan segala-galanya. Mereka menjadi tongkat menyambut kepatahan perjalanan langkah saya, menjadi api pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan dan pemujuk hati yang setia ketika saya terlupa untuk terseyum dan ketawa. Ya Allah, terima kasih dengan rahmat-Mu ini.


Inilah kehidupan, di mana bersangkut-paut dengan setiap perkembangan dan pertumbuhan hidup yang kita teladani dan pegang dalam perjalanan kita yang masih jauh dan panjang. Tetapi sedang enak kita dibuai ilmu dunia, akhirnya kita pasti akan kembali dengan yang maha esa. Lahaula wala quwata’ illabillah.. siapalah kita tanpa pertolongan dari Allah. Sekalipun adanya kawan, wujudnya teman dan hadirnya sahabat mahupun hebatnya cinta keluarga… dipenghujung jalan, pasti ! Allah juga tempat kita sandarkan hati. Zat yang maha kekal yang menyedarkan kita bahawa kewujudan-Nya adalah abadi ! tanpa Dia meminta apa pun kebaikkan dari kita untuk manfaat kepada-Nya melainkan kita yang mengharapkan rahmat, kasih, sayang dan cinta daripada-Nya di dunia mahupun akhirat nanti.


Siapa saya ? siapa kamu ? siapa mereka ? kalau cuma berkongsi kepada satu saja jawapannya iaitu HAMBA ALLAH ! Subhanallah, Alhamdulillah, La illaha illallah, Allahu Akhabar, walillah ilham !! Lalu haruskah kita menyandarkan hidup dan mati kita kepada sesuatu yang tidak kekal sehingga sanggup tunduk pada darjat dan membiarkan keangkuhan hati untuk menjadi lebih tinggi daripada lain ? Sedangkan Allahlah satu-satunya tempat dimana kita sepatutnya menyandarkan hidup dan meminta di atas sesuatu.. Seperti sabda Rasulullah Salallhua'alihi wasallam


"Barang siapa yang Akhirat menjadi harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan putuh dan hina. Tetapi siapa yang dunia menjadi harapannya. Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya"


Saya sandarkan segalanya kepada Allahu Rabbi, hanya kekuasanNya yang boleh menunjukkan keajaiban.. Tiada yang sia-sia bagi Allah.. bukankah Dia maha adil lagi maha bijaksana ? setiap langkah dan perbuatan atau peristiwa telah dijaga Allah dengan sebaik-baiknya. Kita menzalimi atau menjahilkan orang lain tetapi kita jangan sesekali lupa bahawa Allah subhana wata’ala itu wujud dan maha melihat diatas segala tindak-tanduk kita. Jangan lupa ! Dia pasti menjaga hamba-hamba-Nya sekalipun hamba-Nya itu berbuat kemungkaran kepada insan lain. Kalau tidak, tidak lah kita kenal bahawa Allah subhana wata’ala itu Maha melindungi, maha pengampun lagi maha Penyanyang . Masya Allah, tabarakallah ! 


Saya redha diatas segala ranjau onak duri duniawi, dengan hati yang ikhlas saya sandarkan segalanya kepada Allah. Alhamdulillah, kerana selama ini saya selalu berpegang pada sabda Rasulullah 'kekayaan itu bukanlah dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan sejati ialah kekayaan jiwa' (HR Muslim) Saya tidak kisah apa pun yang berlaku sekalipun saya jatuh tersungkur dengan permainan Kawan-Teman-Sahabat diatas perjalanan hidup ini kerana saya yakin dengan Allah subhana wata'ala yang maha melindungi hamba-hambaNya..


Syukur ya Allah, dengan kerendahan hati saya redhakan semuanya. Demi Allah, siapa pun yang wujud dalam hidup saya sama ada dia hadir menjadi kawan atau teman atau sahabat atau apa-apa saja kewujuddannya, saya serahkan kepada Allah. Sesungguhnya hanya Dia menjadi tempat kebergantungan hidup dan mati kita. Semoga saya sentiasa istiqomah di jalan Allah dan mempunyai hati yang tawaduk semata-mata mengharap dan mendambakan redha Allahu Robbi. Amin ya Robbi a’lamin.

0 comments: