Terusiknya Hati ♥ Istikharah di Hati
Wednesday, December 05, 2012
By
Unknown
Bicara Kata Iffat Altamis
2
comments
Bertemu lagi sahabat-sahabat sekalian di Laman
Tinta Iffat Altamis. Mana tidaknya, sudah lama jari jemari ini tidak menaip
bait-bait pena yang mahu lontarkan apa jua isu, artikel, perkongsian diri dan
sebagainya supaya ilmu itu dapat disebarkan dan dimanfaatkan oleh semua.
Alhamdulillah , saya diberikan nikmat iman dan islam diatas muka bumi Allah ini
dalam menyebarkan setiap butir-butir mutiara ilmu yang boleh dirungkai dan
disematkan dalam hati sahabat-sahabat sekalian. Post entry kali ini berkaitan
dengan “ Terusiknya Hati ♥ Istikharah di Hati “
Sebenarnya, istikharah ini bukanlah tertentu
dalam bab memilih jodoh semata-mata. Di dalam hadith Nabi s.a.w yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari , ia disebut secara umum ; iaitu mana-mana orang
yang diberatkan akan beberapa pilihan , maka hendaklah dia solat dua rakaat
iaitu solat sunat Istikharah, dan kemudian membaca doa ini :
Istikharah Perlu Difahami
Maksud Istikharah ialah kita meminta bantuan
Allah dalam membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan. Menurut hadith
yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada
Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:
Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam
Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan
oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua
rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua
Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku
beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan
ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan
sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula
tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang
tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah
baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang),
maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah
bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini
adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan
datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya.
Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
Jawabnya, kerana sebagai manusia, kita tidak lepas daripada berdoa. Meminta kepada Allah yang Maha Tahu adalah jalan terbaik bagi kita selaku manusia yang tidak tahu. Pengetahuan kita sangat terbatas, sedangkan pengetahuan Allah Maha Luas. Dia Tahu tentang apa yang sebelum kita, serta apa yang bakal berlaku selepas kita. Termasuklah dalam hal ehwal jodoh serta pasangan kita nanti. Justeru, kita yang tidak tahu ini perlulah meminta pertolongan Allah untuk menunjukkan kepada kita mana yang terbaik, supaya dengan keputusan yang kita buat itu kita tidak akan menyesal di kemudian hari.
Terletaknya Pada HATI
Kita kena faham, bahawa Istikharah itu sangat berkait rapat dengan hati. Kalau hati kotor, mana mungkin akan mendapat petunjuk yang baik. Kalau hati bersih, InsyaAllah ilhamnya nanti juga baik. Ada orang, bersungguh-sungguh solat Istikharah, tetapi maksiat tetap tak tinggal, solat wajib tunggang langgang, maka bagaimana hendak mengharap kepada petunjuk yang baik dan molek ? Justeru, satu proses yang paling penting dalam bab Istikharah ini adalah membersihkan hati terlebih dahulu. Jika anda sudah benar-benar melaksanakan proses ini, maka barulah anda boleh mengharap datangnya petunjuk yang benar kepada hati anda. Jika tidak, berkemungkinan petunjuk itu hanyalah bayangan daripada Syaitan.
Istikharah berkaitan Wajib atau Haram
Perkara yang boleh kita Istikharah hanyalah dalam perkara yang harus di sisi Syarak sahaja. Tidak ada istilah Istikharah untuk hal yang telah jelas akan wajib atau haramnya. Umpamanya, nak bayar zakat atau tidak, tidak perlu Istikharah kerana telah jelas wajibnya. Begitu juga dengan bercouple, tidak payah Istikharah kerana telah jelas haramnya. Tetapi dalam hal yang harus, umpamanya untuk memilih antara dua pekerjaan yang sama-sama halal, maka Istikharahlah memohon petunjuk dari Allah.
Ketenangan Membuat Keputusan
Berdasarkan hadis di atas, kita memohon Allah
memberikan kita yang terbaik semasa kita membuat pilihan terhadap sesuatu
perkara. Kerana Allah mengetahui apa yang tersirat di dalam setiap sesuatu
kejadian. Yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tatkala kita masih ragu-ragu dengan
pilihan yang ingin dibuat, laksanakanlah lagi solat tersebut. Tidak ada masalah
untuk melakukannya berulang kali, sehingga kita beroleh ketenangan ketika
membuat keputusan. Menurut al-Imam al-Nawawi, seseorang yang melakukan
istikharah, maka dadanya akan terbuka luas untuk sesuatu urusan, malah dia akan
terlihat kebaikan pada perkara yang akan dilakukan atau sebaliknya
Sahabat, sedarlah bahawa Allah itu Maha kaya dan Maha mengetahui setiap hati hamba-hambanya.Ketentuan dariNya adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya dan kita haruslah redha dengan ketentuanNya kerana ini adalah seiring dengan rukun iman keenam yakni percaya pada qadha dan qadar. Tidak redha dengan ketentuanNya bermakna tidak percaya pada rukun iman keenam.
Jadikanlah Al-quran itu sebagai panduan. Sunnah menjadi ikutan. Solat hajat menjadi tempat mengadu luahan perasaan. Istikharah sebagai penghubung hati pada tuhan agar diberikan jalan dalam membuat pilihan. Indahnya Islam dalam mengajar umat islam untuk mencari jodoh yang baik.
Secara amnya, kita timbang tara setiap
keputusan yang dibuat, dan untuk memudahkan kita menyakini keputusan yang ingin
dilaksanakan, seelok-eloknya mintalah pandangan kepada mereka yang kita percaya
dan mampu memberi pendapat dengan baik terhadap perkara tersebut. InsyaAllah,
keputusan mana yang kita rasa terbaik, itulah yang kita ambil. Bukannya menanti
petanda dan berkata “Allah telah menunjukkan bahawa itu yang perlu dilakukan”.
Dikhuatiri syaitan yang memberi petanda yang kita harapkan, kerana pilihan yang
kita inginkan selalunya yang menyalahi tuntutan iman kita.
Jika pilihan kita bukan seperti yang kita harap
dan dambakan, percayalah tidak akan sesekali akan rugi bagi mereka yang
bermusyawarah dan beristikharah kepada Allah. Adakalanya pilihan manusia itu,
walau baik pada pandangan mata manusia, tetapi hakikatnya penuh kemudharatan
tanpa kita sangka. Sedangkan sesuatu yang kita rasakan kurang baik di mata
manusia, rupanya penuh kebaikan padanya tanpa sedikit pun kita menyedarinya.
Mungkin juga pada saat ini kita melihatnya sesuatu yang indah, namun kita tidak
tahu ianya akan menjadi suram pada masa mendatang.
Wallahualam……………
"Jangan mudah lesu dengan istiqamah"
ReplyDeleteSyukran .. :) Pemacu Perubahan Menjadi Hamba Allah Yg Terbaik
ReplyDelete