Secubit Rahsia , Secukup Rasa Masakan




Assalamualaikum . Apa khabar semua ? sihat? hehe.  Lama tidak bertanya khabar sahabat-sahabat blogger . Mudah2an anda semua diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh Allah swt. Post entry kali ini saya ingin update gambar-gambar masakan kami ahli Bait Wasoti, dimana sepanjang perjalanan kehidupan sebagai seorang perantau yang menuntut ilmu di Bumi Anbiya ( Ardhul Kinanah )yang penuh barakah ini. Disinilah kami bermula pencarian ilmu, pengalaman, berdikari,  kisah hidup bersama , ragam2 dan liku2 karenah orang arab Mesir dan sebagainya. Disini jugalah bersinarnya pencarian dan permulaan hidayah dalam mengutip benih2 ilmu dan melayari perasaan yang sangat mencabar di bumi barakah ini.



Alhamdulillah, kesempatan yang telah diberikan oleh Allah swt kepada hambanya untuk menitipkan semaian nurani ilmu didalam hati untuk saya lebih mentarbiah diri kita seumpama perjuangan baginda kita Nabi Muhamad saw dikala dahulu,  susah senang dan bangkit jatuh dalam menegakkan dan menyinari islam tersebut.


 





















Bicara kata dan persoalan yang sangat ringkas ingin saya huraikan dalam kita menterjemahkan kehidupan seharian yang kita hadapi. Adakah anda perlu ke sekolah memasak dengan harga yang tinggi untuk  menjadi pemasak yang handal ? Kumpulan resepi masakan dapat anda perolehi dengan mudah dari berbagai sumber, mulai dari bahan masakan sehinggalah cara masakan itu sendiri dengan lengkap.



Apabila kita memasak makanan dirumah , kita boleh mengawal penggunaan bahan seperti minyak, garam, gula, sos dan serbuk perasa. Ini penting, khususnya jika ada ahli keluarga menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung atau tekanan darah tinggi yang tinggal bersama kita. Kesihatan fizikal terjadi kerana makanan yang telah  disediakan di rumah dan mereka menikmati hidangan makanan  terbaik setiap kali makan.






















Pakar pemakanan menafsirkan  keluarga  yang memperuntukkan masa untuk makan bersama mempunyai hubungan lebih erat. Makan bersama, tidak kira tengah hari atau malam, bukan saja memberi ruang untuk mengetahui perkembangan anak dan bertanyakan masalah mereka. Tanpa kita sedari, kaedah ini memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental anak. Begitu jugalah dalam mempraktikkan makan bersama-sama dengan sahabat-sahabat , ahli bait  dan ahli usrah.



Berdasarkan kajian, makan bersama seisi keluarga dan rakan ada kaitan rapat dengan peningkatan khasiat makanan dan penurunan risiko kawalan berat badan yang tidak sihat, termasuk penggunaan bahan yang tidak disarankan. Penemuan ini diperkukuhkan dengan kajian para saintis yang mengatakan makan bersama setiap hari boleh merangsang  tabiat pemakanan sihat.























Persoalanya yang saya ingin bicarakan adalah, apakah kepentingan memasak sendiri di rumah ?


1.Kebersihan Terjamin

Memasak sendiri makanan di rumah adalah terjamin dari segi kebersihannya. Anda yang memotong sendiri sayuran atau menyiang ikan or ayam dengan pisau yang bersih. Membasuhnya dengan teliti dan bersih. Memasaknya dengan penuh kasih sayang dan dengan perasaan tanggungjawab. Akhirnya menghidangkannya penuh cermat kemudian menutupnya dengan tudung saji (jika masa makan masih lama lagi) supaya tidak dicemari lalat atau bakteria daripada udara.


2.Memelihara Iman

Kalau ‘sabar itu separuh daripada iman’ kita sedia maklum dan tahu . Apa kaitan makan di rumah dengan iman pula? Tapi tahukah anda, kebersihan itu separuh daripada iman! Dengan memakan makanan yang bersih yang di masak itu tadi, anda sebenarnya sedang memelihara iman anda. Tahniah….hehehe


3.Mengelakkan Makanan Yang Haram

Jika anda mengamalkan masak dan makan sendiri, secara tidak langsung anda kurang makan di luar. Bukanlah makanan di luar itu tidak baik tetapi kita sendiri tidak pasti bagaimana penyediaannya di belakang. Melainkan anda pergi sendiri melihat ketika tukang masak restoran itu menyediakannya. Dan tidak dinafikan memang ada kedai makan yang memang kurang menjaga aspek kebersihan seperti ditempat saya belajar , kurangnya menjaga aspek kebersihan. Sebarang makanan yang kotor dan boleh memudaratkan kesihatan adalah haram secara teknikalnya.



4. Mengelakkan Makanan Yang Syubhah

Nanti. Nanti! Nak tanya sikit. Syubhah tu apa? Apa-apa yang meragukan. Misalnya, Mee Goreng ni halal ke haram eh? Kedai ni kedai muslim tapi tukang masaknya orang kristian (bukan Islam). Begitulah secara mudahnya. Jadi dengan makan di rumah anda tidak perlu ragu-ragu sama sekali kerana makanan anda itu.



5. Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan

Memasak makanan bersama anak-anak di hujung minggu pasti meriangkan. Bolehlah turunkan petua masakan anda pada anak gadis anda itu. Sementara adiknya membantu mengambil pingggan dan sebagainya. Berkumpul makan bersama-sama adalah masa yang seronok sekali. Gelak ketawa dan usikan adik beradik semasa makan memang tidak akan terlupakan sampai bila-bila pun. Setiap ahli keluarga dapat bertentang mata dan pasti ada perbincangan-perbincangan kecil yang akan berlaku. Tentang kerja rumah sehinggalah pengajian . Tentang perkara yang akan dibuat petang nanti dan sebagainya. Ini semua hanya akan mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.



6. Jimat Dan Murah

Tidak sah rasanya kalau saya tidak masukkan intipati  ini. Memasak sendiri adalah lebih murah berbanding dengan makan di luar. Kos hidangan untuk 6 orang bagi rumah saya biasanya mencecah Le25-30 (Mesir)  bersamaan Rm12-15 (Malaysia) mengikut tempat. Tetapi ia tidak sampai pun lebihan duit jika anda sediakan bahan dan masak sendiri di rumah! Satu penjimatan yang besar sebenarnya. Itu belum lagi termasuk bahan api kenderaan ke kedai makan.


7. Suami Makin Sayang

Aiikk…belum kahwin dah tahu selok belok suami isteri !!! Hehee.... itu semua dari bahan bacaan sebab itulah saya katakan  permulaan hidayah adalah dengan ilmu. Ilmu itu yang dapat mengaplikasikan kehidupan kita. Anda setuju? Suami mana yang tidak suka isteri yang pandai memasak dan mengambil hati? Tiada yang lebih sedap daripada makanan yang dimasak sendiri di rumah sendiri walaupun hanya semangkuk bubur nasi yang dibubuh secubit garam. Memang bertuah sekali jika mendapat seorang isteri yang pandai dan lebih penting lagi ‘rajin’ memasak. Itulah tanda kasih sayangnya terhadap keluarga dan agama.
Paling tidak sekali pun, masaklah sendiri dan bekalkan kepada suami ke tempat kerja dan anak-anak ke sekolah. Jangan lupa juga untuk diri anda sendiri (jika anda pun bekerja).


Nota* Isteri Presiden Iran sendiri pun membekalkan suaminya Presiden Mahmoud Ahmadinejad sarapan pagi semasa beliau hendak keluar menjalankan tugas. Sebab itulah beliau sentiasa membawa satu beg ke pejabat, dan di dalam beg itu ada sarapan yang di masak sendiri oleh isterinya berupa roti dengan minyak zaitun dan keju. Isterinya adalah seorang professor dan suaminya itu bukannya calang-calang orang. Singa timur yang mengerunkan dunia barat tetapi masih memakan makanan yang di masak dari rumah! Apa lagi kita….heheh tamat sudah post entry. Alhamdulillah ………..mudah-mudahan dapat manfaat untuk diri saya dan sahabat-sahabat sekalian.


P/s Mula la memasak sendiri di rumah makanan anda hari ini.


Apa komen anda? Terima kasih kerana membaca post ini.. :)

7 comments:

  1. This blog very2 awesome :) bahasanya tersirat & tersurat . I Like this blog :D

    ReplyDelete
  2. Syukran dan teruskan membaca isi tersurat n tersirat itu supaya makna disebalik ayat itu memberi kesan dalam membina buah fikiran untuk lebih mengetahui apakah yang ingin disampaikan kerana orang yg bnyk berfikir lebih baik daripada orang yang malas utk berfikir. Tuntasnya, disetiap makna yang ingin disampaikan, membawa 1001 mutiara kata dan mutiara hikmah tersebut supaya diambil ibrah. Wallahualam ..............

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibrah ? ape tu ustz , kadang2 sya mlas nk fikir . lagi2 time nk blaja . mcm mne nk hilangkn sifat tu arr ustz . pastu sya ni klau blaja suke ikut mood . klau ade mood sya blaja . klau btul2 tak de mood . sya termneung , berangan sorang2 . ade je gangguan time nk blaja ni

      Delete
  3. Ibrah tuh maksudnya pengajaran. Buang sifat malas anda untuk lebih anda berjaya dan kerjaya dalam hidup mahupun didunia & akhirat.Sy ada beberapa tips dan amalan yg boleh kita terapkan dalam diri. Perkongsian utk diri sendiri dan sahabat2 yg lain... Insyaallah, antaranya :


    1) Amalkan doa mengelak diri dari malas
    2) Ingat sasaran dan matlamat diri anda
    3) Teknik 10 Minit belajar
    4) Banyak membaca bahan motivasi
    5) Susun dan mudahkan jadual anda
    6) Rehat dan tidur yang cukup
    7) Bersenam dan beriadah
    8) Berkawan dengan orang yang positif
    9) Amalkan teknik pernafasan
    10) Suarakan moto anda

    ReplyDelete
    Replies
    1. teknik 10 minit belaja ? maksudnya ?
      klau tido pkul 10 mlm bbngun pkul 3 pgi , ok tak ustaz ?

      insyaALLAH ustaz , sya akan amalkan semua ni

      Delete
  4. Teknik 10 minit belajar adalah mengikut individu masing-masing kerana setiap individu mempunyai perancangan dan pelaksanaan yg berkesan untuk diri mencapai apa yg dia inginkan. Penjelasannya adalah, belajar mengikut kesesuian kelapangan dalam menerima ilmu itu, tidak perlu untuk kita straight belajar 2jam or 3 jam dalam satu masa tetapi yang ingin keberkesanan itu adalah study smart.

    ReplyDelete
  5. ok2 sya faham :) syukran ustaz sbb kongsi ilmu dgn sya

    ReplyDelete