Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts

Di Belenggu Perjuangan dan Penindasan





Jutaan rakyat membanjiri jalanan di bandar2 besar dan bandar2 kecil, di mulai dari kawasan perkampungan Mesir sehingga ke susuran Delta Sungai Nil dan di semua jalanan. Dr Muhammad Morsi dan Ikhwanul Muslimin, yang dulu dipuji Barat sebagai penyelamat kapitalisme Mesir kini benar-benar dijatuhkan oleh  revolusi puak yang jahil dengan keilmuan. Takdirnya kini berada di tangan gerakan yang memiliki setiap kesempatan untuk menyingkirkannya jatuh .


Ribuan rakyat Mesir berkumpul mengalun2-alunkan sorakan keramat di depan bangunan-bangunan  pemerintahan di seluruh penjuru Mesir. Sorakan dan kibaran yang menegakkan panji-panji dan spanduk bertuliskan “Ditutup Atas Perintah Revolusi“. Namun seiring berjalannya revolusi dan cetusan ini, gerakan semakin  membesar dan meraksasa, jauh melampaui apapun yang pernah kita saksikan semenjak permulaan revolusi serta mengejutkan semua orang. Di Cairo Egypt, dimana tempat-tempat pembangkang yang menjadi kubu kuat iaitu di Medan Tahrir, dimana semua jalan dibanjiri oleh Pro Mubarak bagi menggulingkan pemerintaham yang sedia ada sekarang bagi menuntut hak yang tidak kesudahan dengan melaungkan kata keramat kepada Presiden Mesir yang ada ini , “ Berambus lah Wahai Dr Muhammad Mursi ”.



 



Demonstrasi berlaku seakan tidak akan kehabisan dan tidak ada jalan penyelesaian yang mana datangnya dari setiap penjuru kota daerah melalui gelombang-gelombang yang seakan tanpa henti. Dari beberapa lokasi di Giza , Mansoura , Alexandria , Tanta dan sebagainya . Slogan-slogan yang diteriakkan oleh pro rejim Mubarak ini yang mana sebahagian besarnya menentang Ikhwanul Muslimin, untuk membela Revolusi Mesir, serta menuntut jatuhnya rejim. Dua slogan paling popular adalah “Turun!” serta slogan dari Perlawanan Anti-Mubarak 25 Januari iaitu “Rakyat menuntut turunnya rejim!”



Terdapat berbagai macam orang yang bergabung dalam demonstrasi untuk menggulingkan pemerintahan Presiden Dr Muhammad Mursi yang merupakan pembela islam sejagat berbanding dalam dunia era pemerintahan sekular rejim Mubarak . Antaranya yang mengikuti adalah suri rumah ,  buruh, pekerja, hingga mahasiswa dan mahasiswi , sampailah kepada  kaum muslimah yang berjilbab dan , lelaki-lelaaki, perempuan, orang tua, dan muda. Semua mengikuti dalam perarakan demonstrasi menuju ke Tahrir atau menuju Istana Presiden .





Menurut BBC Channel , para petugas polis juga bergabung dengan perarakan demonstrasi di Alexandria , Mansoura , Giza dan juga ditempat-tempat lain bahkan beberapa di antaranya menaiki kenderaan-kenderaan polis . Jelas terbukti pada hari ini, aktiviti rakyat Mesir selama dua tahun adalah kerana ketidak kepuashatiaan terhadap Presiden Dr Muhammad Mursi dan turut didalangi oleh pihak seangkatan agama dengan kita sendiri .

 

Yasmine Fathi dari Ahram Online melaporkan dari Alexandria dimana ratusan ribuan rakyat turun ke jalanan sehinggakan  “orang tidak boleh bergerak”. Lebih mengejutkan lagi ia  melaporkan bahawa masih banyak ribuan demonstrasi  yang datang secara bergelombang.

 


Wael Nabil, seorang demonstrasi muda, mengucapkan  kepada wartwan yang sama di Alexandria bahawa dia akan tetap berada di demonstrasi jalanan ini sehinggalah Dr Muhammad Mursi pergi meskipun ia harus menunggu setahun lamanya. Antaranya kata-kata beliau adalah :

 

“Mubarak menindas kami, namun setidaknya dia masih memberikan layanan-layana yang baik, tidaklah dia tidak memotong elektrik, air, dan sbgnya seperti yang sekarang dilakukan oleh Dr Muhammad Mursi .”

 

“Tidak ada pun perubahan yang dilakukan : Gajiku masih ditahap yang sama sementara isteriku kini tengah hamil. Lantas bagaimana saya menyediakan bekalan untuk anakku nanti?”, tambah Wael Nabil.

 


Pertama munculnya sebuah impian, diikuti dengan perjuangan, lalu disitu ada kemenangan. Masalahnya berpunca adalah, kebanyakan orang menyerah dalam perjuangan dan tidak pernah merasakan manisnya kemenangan.


 

Bermulalah dengan kembalinya malam kita dilahirkan kembali, dan tidak ada satu pun dari kehidupan kita yang sebelumnya terlepas . Hari ini , terpisah dari semua kesenangan dan perjuangan masa lalu , kemenangan akan bercahaya dengan kehidupan baru yang terbuka.


 

Moga Allah beri kekuatan kepada Ikhwanul Muslimin dan kerajaan pimpinan Dr. Muhammad Mursi dalam menghadapi pengkhianatan musuh-musuh Islam demi memastikan Islam yang syumul tertegak di bumi Ardhul Kinanah Mesir ini ........
Baca Selanjutnya

90 Day Weight Loss Challenge




[ ---- Tawaran Istimewa Blogshop Altamis ---- ]


Ramadhan dah dekat....Raya akan menyusul....Tak kan diet setakat Ramadhan & Raya ja,kawan-kawan????



Mari cabar diri anda melalui 90 Days Weight Loss Challenge bersama Mia Zara Ina. Menangi Hadiah Bernilai RM 100 dari Barangan Blogshop Altamis .



Tarikh tutup pendaftaran 90 Day Weight Loss Challenge pada : 30 JUN 2013



Untuk maklumat lanjut , tentang cabaran ini ,sila layari laman blog Pelangi Cinta Mia Zara Ina :



----> http://mia-zara-ina.blogspot.com/2013/06/90-days-weight-loss-challenge-with-mia.html



Anda juga boleh menyertai & mengetahui status program di FB Group Kumpulan Manusia Mahu Kurus (KMKK).. (Khas buat yg xde blog, tapi ingin join ..guna channel FB) :



----> https://www.facebook.com/groups/203447453032582/
Baca Selanjutnya

Ranjau Mehnah Tribulasi Mesir





Indahnya kehidupan ini jika seluruh umat Islam saling kasih mengasihi dan menyayangi antara satu sama lain,  sifat saling hormat menghormati dan menghargai dan tidak menyakiti atau berhasad dengki terhadap orang lain sentiasa dikekalkan dalam jiwa walaupun disakiti atau difitnah dengan pelbagai tohmahan dan menghadapi pelbagai tribulasi.



Indahnya negara yang dihiasi keamanan, kemakmuran dan kepimpinan yang adil serta rakyat yang mengamalkan kehidupan Islam seperti masyarakat Islam di zaman kegemilangan Islam terutamanya negara Islam Madinah. Sepertimana dalam al-Qur'an disebut "Negara yang aman dan Tuhan yang Maha Pemurah".



Bila  menyaksikan berita di kaca televisyen keadaan pergolakan yang berlaku di tanah arab tempat yang saya duduki di Mesir Sekarang ini berlakunya  ekoran  pemberontakan dalam proses menjatuhkan pemimpin negara  , puak penentang  tidak ada sedikit perasaan kerisauan dan kepiluan beraja di hati dan sukar untuk melupakannya apatah lagi melihat keamanan negara yang tercalar, ekonomi yang merudum dan rakyatnya yang sedang mengalami penderitaan akibat rusuhan yang sedang berlaku.




Walaupun saya bukan ahli politik dan tidak menceburi parti politik tetapi saya suka memerhati dan melihat dari kacamata seorang warganegara atau rakyat. Bila melihat negara saudara seislam kita di Timur Tengah sedang berlakunya perhimpunan dan rusuhan,  pasti tertanya-tanya bagaimanakah perjalanan hidup generasi anak-anak hari ini akan diteruskan dalam keadaan negara yang hancur, kegawatan ekonomi dan sebagainya.



Jika menyelusuri sejarah, negara yang pernah hancur seperti Bosnia, Iraq dan Palestin bukan berpunca daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemimpinnya tapi disebabkan serangan dan keganasan Israel dan sekutu-sekutunya.  Yang paling membimbangkan sekarang ialah perpecahan dan pergolakan yang berlaku di negara Islam kini akan membuka ruang dan memberi laluan yang mudah  kepada musuh-musuh Islam untuk campurtangan dan merampas negara Islam dan memerangi rakyat yang tidak berdosa sebagaimana yang telah terjadi sebelum ini.



Setiap dari kita ingin mengecapi ketenangan dan keamanan dan tidak ingin berada dalam keadaan kegawatan dari semua aspek. Justeru peliharalah keamanan, ketenteraman dan pilihlah keutamaan yang perlu untuk masa depan generasi akan datang. sebagai rakyat kita tentu tidak mahu melihat pertelingkahan, perpecahan dan permusuhan berpanjangan apatah lagi sesama yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya.



Catatan ini sebagai iktibar dan pengajaran bagi setiap jiwa rakyat yang cintakan kedamaian dan keamanan.
Baca Selanjutnya

Kematian Osama Bin Laden Hanya Konspirasi US


Beberapa hari yg lepas dapat berita yang Osama Bin Laden selaku pemimpin utama Al-Qaeda telah mati terbunuh akibat daripada serangan tentera Amerika Syarikat di Pakistan. Berita kematian Osama disahkan sendiri secara terbuka oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan juga Senior U.S. Official kepada CNN.


Buletin Awani dan Buletin Utama kejap tadi awal-awal lagi paparkan berita tergempar berkaitan dengan Osama Bin Laden yang mati ditembak. Menurut Berita Harian pula mayat Osama disemadikan di laut atas sebab tidak ada negara yang mahu menerima penjenayah antarabangsa yang paling dikehendaki Amerika Syarikat tersebut. Manakala Datuk Hishammuddin meluahkan perasaan gembira dengan berita kematian Osama melalui akhbar Berita Harian Online.


hishammudin Kematian Osama Bin Laden Hanya Konspirasi US


Persoalannya, sejauh mana kebenaran berita kematian pemimpin Al-Qaeda ni? Tadi ternampak RT daripada Denaihati berkenaan dengan satu pendedahan gambar sebenar yang dikatakan gambar Osama selepas mati ditembak di kepalanya yang tersebar luas melalui media dan juga blog. Hasil teknik superimpose pihak tertentu (kemungkinan AS sendiri), maka terhasillah gambar palsu Osama terbunuh seperti ini:


osamabinladenmatidibunuhosamadied42 Kematian Osama Bin Laden Hanya Konspirasi US


Apa pendapat korang? Ada kemungkinan berita ni pun sekadar propaganda AS untuk menutup satu kes, kemudian buka satu kes atau peperangan terbaru (sekarang ni Libya). Biasalah Amerika, banyak muslihat yang dirancang dengan teliti. Kewujudan Osama Bin Laden pun mungkin hanya watak mainan pihak AS.


Update 4 Mei 2011
 
Berikut adalah respon ringkas tetapi mempunyai maksud mendalam yang dikeluarkan oleh Dato’ Nik Aziz :
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Baca Selanjutnya