Showing posts with label Maslahah Umah. Show all posts

Jangan Jadikan " KETUPAT " sebagai Modal Untuk " MENGUMPAT "

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Saya ingin kongsikan entry tentang isu keagamaan sikit, yang mana isu ini suka sangat di amalkan dikalangan umat islam kita sekarang baik perempuan ataupun baik lelaki. Baca dan fikir, Jangan ambil mudah tentang hal sedemikian .




Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim). Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

 


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar. Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah orang yang muflis di akhirat nanti. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.



Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

 

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".


Waallahualam ............
Baca Selanjutnya

Wasilah Pengorbanan Aidiladha


        Alhamdulillah segala puji dan pujian bagi Allah yang telah mengurniakan kita dengan nikmat yang paling agung iaitu menjadi orang yang beriman. Selawat dan salam buat junjungan tercinta yang telah memberikan keteladanan yang  terbaik dalam segala hal dalam kehidupan terutama keteladanan yang mulia untuk para pendakwah sepanjang zaman. Tidak lupa kepada generasi Al-Quran yang menyelusuri jalan amal Islami mengembangkan Islam sehingga kini. Dikesempatan ini saya ingin mengucapakan Selaamt Hari Raya Aidiladha kepada sahabat-sahabat sekalian....


        Allahu Akbar! Takbir raya membesarkan Illahi akan bergema sekali lagi bagi tahun ini dengan datangnya perayaan terbesar dan penuh signifikan bagi umat Islam iaitu Eidul Adha. Dikala jutaan umat Islam sedang mengerjakan rukun Islam yang kelima,  mengerjakan Haji apakah perkara yang boleh kita ambil dan hayati bersempena Eidul Adha? Eidul Adha juga dikenali sebagai Raya Haji dan Raya Korban kerana kedua-duanya saling berkait rapat dengan sejarah yang telah digazetkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran : 


"Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh."  (QS. Al-Hajj, 22 : 27)


"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)."  (QS. Al-Hajj, 22: 34)




Sirah keagungan pengorbanan

          Allah SWT mengurniakan perayaan ini bukan sekadar hari bergembira umat Islam malah jauh lagi tujuannya yang barangkali sukar untuk manusia biasa memikirkannya. Namun antara 'ibrah (pengajaran) yang boleh diambil ialah berkenaan seruan pengorbanan yang dituntut oleh Allah AWT. Pensyariatan Eidul Adha boleh dilihat dari sejarah Nabi Ibrahim as. dan Nabi Ismail as. berkenaan pengorbanan tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua nabi tersebut. Ketika mana Allah memerintahkan Nabi Ibrahim melalui mimpi untuk menyembelih Nabi Ismail, Baginda telah membenarkan mimpi tersebut bahawa segala perintah Allah wajib dipercayai dan dilaksanakan. Begitu juga Nabi Ismail yang merelakan diri kerana iman yang cukup kukuh terhadap Allah dan kefahaman yang tinggi terhadap kewajipan melaksanakan tuntutan dan syariat Allah SWT. Setelah terbukti kesabaran,pengorbanan dan ketaatan kedua-dua nabi Allah tersebut, Allah melarang menyembelih Nabi Ismail dan menggantikan korban dengan seekor sembelihan. Kisah ini boleh dirujuk dalam Al-Quran surah As-Saffat (37) ayat 102-107.




Tuntutan pengorbanan

         Tatkala umat Islam masih lagi dalam cengkaman pelbagai kesusahan samada kesempitan harta, ketandusan ilmu, kelesuan iman dan pelbagai lagi menunjukkan kelemahan umat ini, maka kita yang Allah sudah campakkan hidayah untuk sentiasa merasa kemanisan beriman ini seharusnya mempunyai kesedaran untuk sentiasa membantu membangunkan umat. Dalam usaha untuk membina dan membangunkan umat ini lah yang dipanggil usaha JIHAD dan jihad menuntut kepada pengorbanan. Tanpa pengorbanan, tiada apa yang mampu dikecapi.

Menyingkap kembali sirah perjuangan Nabi Muhamamd SAW, penuh dengan pengajaran pengorbanan yang perlu kita contohi. Hasil daripada pengorbanan dan kefahaman yang diperoleh golongan terdahulu menjadikan kita hidup dalam keadaan yang serba mudah dan mengecapi nikmat Iman dan Islam ini. Bayangkan sekiranya golongan terdahulu tidak berusaha bersungguh-sungguh dan berkorban, masakan kita peroleh apa yang kita ada sekarang? Maka atas dasar kefahaman inilah yang perlu kita ambil dalam perayaan Eidul Adha ini.

          Sepertimana yang kita tahu, banyak lagi kisah pengorbanan yang dinukilkan dalam kitab agung dan hadis Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Islam sangat-sangat menuntut elemen pengorbanan dalam setiap perkara. Sebagai analoginya, setiap perniagaan yang berjaya pastinya ada risiko dan memerlukan walau sedikit modal yang boleh kita misalkan dengan kejayaan umat hari ini. Sekiranya mahu lihat umat Islam kembali gemilang, maka usaha yang berterusan perlu dilakukan dan usaha ini menuntut kepada pengorbanan yang tinggi. Pelbagai bentuk pengorbanan boleh kita lakukan antaranya pengorbanan masa, harta benda, jiwa dan perasaan. Yakin lah dengan janji Allah berkenaan perkara-perkara yang disentuh diatas. Firman Allah :


"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? ,(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui" (QS. As-Saff, 61: 10-11)




Harapan dalam pengorbanan

          Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua untuk sentiasa perbaiki diri dan dalam yang sama perbaiki masyarakat di sekitar, sesungguhnya tanggungjawab memperbaiki umah berada dalam setiap jiwa yang mengucapkan kalimah toyibah "lailaha illallah (tiada Tuhan disembah melainkan Allah)". Ambillah 'ibrah daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ini dengan kita terjemahkan dalam kehidupan seharian. Sedekahlah harta yang Allah pinjamkan itu kepada yang memerlukan, luangkanlah sedikit masa untuk menuntut ilmu-ilmu akhirat dan dunia, berkorbanlah perasaan terhadap pelbagai kesukaan kita kerana ketika saat ini ramai lagi saudara kita yang tidak dapat menikmati pelbagai nikmat seperti yang kita peroleh dan akhir sekali percayalah hanya Islam penyelesaian segala masalah. Semoga sedikit coretan ini memberi cetusan untuk anda semua berasa "ownership" terhadap Islam dan nasib umat ini.


Sekian, Terima Kasih.
Baca Selanjutnya

Tabarruj Di Facebook


Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satu point yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.

TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:


“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.



Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)



Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:




“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”

Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:

Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.



Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!


Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!
Baca Selanjutnya