Showing posts with label Bicara Kata Iffat Altamis. Show all posts

Menggapai Biasiswa Hidayah Allah



Assalamualaikum wbt 


            Terasa sudah lama tidak mencoret ilmu di dalam blog yang usang ini . Alhamdulillah , jari jemari menggerak untuk menatap empunya blog yang sekian lama terbiar di bawa arus  kehidupan yang penuh dengan kesibukkan dunia . Diberi kekuatan untuk menjengah dan ingin  berkongsi mutiara ilmu yang sangat berguna kepada sahabat2 sekalian . Kekadang kehidupan didunia menghukum diri kita jika kita tidak menggapai dan mengaplikasikan dengan cara yang betul . Boleh jadi disaat kita leka dengan kehidupan dunia , manusia lupa dengan Sang PenciptaNya dalam mencari dan menuju syurga Allah swt . 



Ya Allah , berilah kekuatan kepada hamba yang dhoif ini dalam mengimbangkan kehidupan didunia dan diakhirat dalam mencari keredhoan mu Ya Allah . Sesunggunya hambamu ini merasa lemah dan terkadang tersungkur dengan kelalaian duniawi . Ya Allah , engkau berilahkan kekuatan kepada hambamu ini menjadi seorang mujahid yang berjuang dalam menegak syariat Mu Ya Allah . Ameenn .......


…………………………………………………………………………..........................................


“ Alhamdulillah, semua budak kelas kita dapat biasiswa penuh belajar dari kerajaan negeri ” kata Muhammad gembira.

“Tapi, apasal pulak aku tak dapat? Nama aku takda lansung dalam list.  Ni yang aku bengang ni.  Tak adil lansung !!!  Padahal semua hebat-hebat dalam kelas kita.  Aku tak puas hati! Aku nak jumpa pegawai yang uruskan biasiswa ni” bentak Ahmad.

…………………………………………………………………………..........................................



         Hakikatnya, ini adalah realiti sebuah kehidupan seorang manusia.  Bila diberi peluang mendapat sesuatu kebaikkan mahupun keuntungan, semua akan gembira.  Sebaliknya, berapa keratkah yang akan sabar sekiranya tidak mendapat sebarang keuntungan malah seseorang individu itu juga terdorong untuk mula menyalahkan orang lain serta bertindak untuk melepaskan amarah lantas ketidak puasan hati dalam jiwa.


           Begitu juga Hidayah.  Saya mengklasifikasikan hidayah seperti biasiswa.  Di mana, biasiswa merupakan satu pemberian yang sangat bernilai, dan hanya di beri kepada mereka yang terpilih atas faktor-faktor yang menarik perhatian pemberi biasiswa tersebut.  Biasiswa juga merupakan satu tiket istimewa kepada penerimanya sehingga membezakan penerimanya dengan mereka yang tidak layak menerima biasiswa. Allah juga memilih orang diingini olehNya untuk di berikan Hidayah.  Hidayah yang mampu merubah corak dan cara seseorang itu hidup di luar kebiasaan hidupnya, kearah yang lebih positif dan tenang.  Namun, hanya sekelompok kecil sahaja yang layak untuk menerima Hidayah.  Semua itu bergantung atas pemilihan yang telah Allah rencanakan.  Bayangkan, dalam berjuta umat manusia hanya kumpulan minority sahaja yang berpeluang merasai nikmat dan hikmah Hidayah?


           Sekiranya biasiswa itu kita anggap sesuatu faedah yang sangat menguntungkan penerima, bagaimana pula dengan Hidayah?  Hidayah merupakan pemberian Allah kepada hamba-Nya.  Sebaliknya, Hidayah jauh lebih bernilai dari biasiswa !!!!! Hidayah seiring dengan perubahan menuju Ilahi, dan pada masa yang sama menngimbangkan dengan segala aktiviti dunia.  Dapat di definasikan perubahan Hidayah atau dalam kata lain, hijrah ini kepada 2 jenis aspek iaitu kurang baik kepada baik, dan baik kepada lebih baik.  Perubahan ini juga bersifat positif dan memberi manfaat kepada individu tersebut, malah akan memberi kesan yang baik buat orang sekeliling. Perubahan selepas menerima Hidayah merupakan satu jihad.  Jihad yang memerlukan diri untuk melawan perang melawan nafsu.  Di dalam Quran menyebut mengenai perihal berjihad . Firman Allah swt ada menyebut :


“ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ia baik untuk kamu.  Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk buat kamu.  Allah lebih mengetahui, sedangkan kamu tidak ”


      Acapkali kita mendengar sesetengah golongan masyarakat kita yang bergantung kepada ‘seru’.  Dialog yang tidak asing ialah,“tunggu la nanti sampai seru” atau “belum dapat seru”.  Sedarkah kita, bahawa seruan Allah telah lama ada dalam Al-Quran 4000 tahun yang lalu? Ayat-ayat kebenaran menuju Allah telah lama di turunkan, kenapa perlu kita mengeluarkan perkataan ‘seru’ untuk menyelamatkan diri kita untuk tidak mengikut perintah Allah? Persoalan berbangkit, apakah kita ini layak di gelarkan manusia yang bersyukur?


             Perumpamaan lain, kita memberi pertolongan kepada seseorang sahabat kita.  Susah senang sering bersama, namun tiba saat kita dalam kesusahan dia tidak sudi memberikan pertolongan malah meninggalkan kita.  Perkataan pertama yang barangkali di keluarkan pihak ketiga selaku pemerhati ialah  tidak mengenang budi. Betul? Begitu juga kehidupan kita di dunia ini, Allah telah memberi pelbagai jenis nikmat, tapi kita masih lagi ingkar dan mungkar di bumi yang telah Allah beri kita pinjam ini.  Meskipun, nikmat di beri ini adalah percuma, keingkaran masih lagi ada malah semakin berleluasa. Apakah kita semamangnya wajar di gelar ‘tidak mengenang budi’ ? Bagaimanakah caranya untuk menjadi hamba yang mengenang budi ? Yang taat akan perintah Tuhannya ? Apakah kita mempunyai effort untuk merubah diri ? Di manakah keyakinan untuk membentuk personaliti yang di redhoi Allah?


           Langkah pertama dalam mencari identiti diri mahupun dalam proses mencari Sang Pencipta, pembacaan sangat memainkan peranan yang penting.  Membaca menjadikan kita mengumpul pelbagai maklumat yang sering kita tertanya-tanya.  Malah, jika persoalan itu tidak dapat di rungkai melalui hasil pembacaan, usaha itu mesti diteruskan dengan berjumpa mereka yang faham agama atau yang mudah kita kenali sebagai ustaz mahupun ustazah.  


         Dalam misi mencari hidayah, usaha yang tidak berbelah bahagi amat di perlukan.  Selautan semangat yang kuat dan segunung kesabaran. Kombinasi ketiga-tiga elemen ini penting sebelum keikhlasan akan perlahan-lahan terbit menujah dalam hati.  Hidayah juga merupakan satu kesedaran yang di alami oleh seseorang individu terhadap perbuatan lampaunya adalah salah dan dia berjanji tidak mahu mengulanginya kembali, sama seperti konsep taubat yang di anjurkan Islam. 


     Tuntasnya, janganlah kita menjadi orang yang rugi.  Hanya menanti dan terus menanti.  Yang pasti, hidayah memerlukan usaha untuk mencarinya.  Allah Maha Pengasih dan Penyayang.  Sesiapa pun status kita, kita berhak untuk menerima hidayah dengan syarat kita berusaha dan ikhlas.  Perubahan positif ini juga memerlukan keyakinan yang penuh terhadap Allah .
Baca Selanjutnya

Inspirasi untuk Menjadi Lebih



Assalamualaikum w.b.t..


Syukur kepada Allah kerana diri ini masih diberi kesempatan untuk melakar goresan-goresan tinta untuk menterjermahkan makna kehidupan sebenar . Hamba Allah yang sering lupa dan alpa dalam mendidik diri untuk senantiasa bersamanya dalam mencari ketakwaan , ketaatan dan keredhoan Allah swt . Alhamdulillah sudah berakhirnya  final exam bagi jurusan takhasus Al Quran dan Qiraat untuk mahasiswa tahun 1  yang saya sendiri hadapi di bumi allah yang tandus dan gersang ini dalam mengambil roh-roh keilmuan untuk dikutip, diaplikasikan  dan  diterjemahkan dalam kehidupan seharian. 



Allah memberikan kemenangan,kesenangan,musibah dan segala macam untuk menguji tahap keimanan seseorang hambaNya. Allah swt ingin melihat sejauh mana keimanan mereka, keyakinan umatnya dan kebergantungan mereka kepada Allah . Ketika mana  mereka hadapi kesukaran dan yang pastinya sabar dalam menajdi seorang penuntut ilmu . Jadi bersyukurlah  ketika dikurniakan pelbagai nikmat, ini adalah  satu perbuatan yang perlu dimiliki setiap seorang  muslim.


Firman Allah swt ada menyebut :


"..sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."(Az-Zumar:10)


"Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu(cubaan)sperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan,dan digoncang(dengan pelbagai cubaan) , sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata,"Bila datang pertolongan Allah?" Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."(Al-Baqarah:214)


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti Kami akan menambah(nikmat) kepadamu,dan jika kamu mengingkarinya(nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih."(Ibrahim:7)



Muhasabahlah wahai diri.....sabarlah tatkala dugaan dan rintangan yang dihadapi , kucupkan kesyukuran  tika nikmat mencurah-curah. Moga nikmat ditambah,keimanan juga mantap disisi Allah swt....



Apabila difikirkan juga mungkin segala apa yang berlaku disebabkan oleh kesilapan diri sendiri . Mungkin dalam kondisi diri saya, saya merasakan usaha yang dilakukan untuk senantiasa bersungguh2 masih tidak cukup . Barangkali perkara yang dilakukan sambil lewa dan ambil remeh temeh dalam segala hal kehidupan tetapi kita perlu yakin disebalik takbir kebergantungan kita adalah pada Allah swt. Relakan hati dan pasrahkan hati jua untuk Sang Maha kuasa dalam menikmati dan meratapi kesungguhan yang dilakukan . Kekuatan dan juga kebergantungan dalam menadah doa untuknya bagi menghasilkan perkara yang luar biasa .


Perjalanan masih panjang yang harus kita lalui .  Keazaman dalam menyelusuri dan menongkah arus kehidupan seharusnya mempunyai tekad yang berkobar-kobar . Impian dalam mencari mimpi , ilusi dan bayangan akan merealisasikan diri kita menjadi yang lebih . Lebih hanya untuk menjadi hamba Allah  yang berguna didunia dan diakhirat . Koreksi diri setelah berakhirnya final exam ini dan sedang merasai ledakan berkobar-kobar untuk melangkah ke destinasi tahun pengajian seterusnya. Doakan dari sahabat-sahabat yang saya pinta untuk  kecemerlangan dan kejayaan saya dalam melangkah arus perjalanan yang tidak berkesudahan .



Wallahualam .........................





Baca Selanjutnya

Rantaian Susur Jalan Kehidupan



Sedar  tidak sedar daripada mimpi yang panjang , akhirnya masa sudah tiba dalam mengorak langkah kegemilangan kemenangan dan kekalahan . Kemenangan apa ? Kekalahan apa ? Bukan ingin mempersoalkan kemenangan atau kekalahan tetapi kesedaran kita dalam bangkit berjuang mengorak langkah islam itu sendiri dalam medan dunia dakwah , politik , agama dan sebagainya kerana  didunia ini yang tidak menjanjikan umatnya akan kekal selama-lamanya . 


Sudah lama saya dikawal gerak. Dikawal dengan sebuah ideologi dan gaya hidup yang paling bisa beracunnya , tetapi dihias indah dengan kesenangannya . Saya buta dalam memilih. Saya khilaf dan terpelosok jurang  dalam menafsir sesuatu perkara. Sudah lama Tuhan membiarkan saya hanyut bersama kekhilafan  yang didokong oleh diriku.


Saya menatap doa kesyukuran dan keredhoan , walau diri saya  tidak tahu apa yang baik bagi diriku. Saya hidup dengan telunjuk manusia yang pelbagai. Ada yang menunjuk ke kiri, ada yang menunjuk ke kanan, hatta ada juga yang menunjuk ke bawah, sebuah satu  isyarat   “ Mati sebelum mati ”. Dikawal seperti layang-layang yang tidak terputus talinya.



Disaat umur yang dikurnia ini semakin lama semakin bertambah. Tetapi saya merasakan semakin kurang bijak . Semakin hari saya bertemu dengan pelbagai ragam dan keindahan dunia. Semakin banyak pula yang melekat dalam hati sanubari . Walaupun dilindung, ia tetap meresap. Pergolakan jiwa muda dari  dalam yang meronta-ronta meminta lagi dan berterusan lagi. Apakah yang inginku capai ?




Rupanya, selama ini Tuhan telah lama memberikan isyarat. Sesuatu yang boleh menjadi suatu titik tolak untuk berubah. Saya mengenali pula sesuatu yang lain daripada luar sempadan hidupku. Saya melihat dunia ini luas rupanya. Mengapa saya hanya menjadi layang-layang, dan tidak burung yang bebas menentukan hala tuju hidupnya sendiri.


Kesedaran itu berlaku , baru saya tahu mindaku ini sempit rupanya, hatiku kecil. Semua ini kerana saya melihat dengan mata. Bukan dengan hati yang perlu dibentuk dengan  keikhlasan, kekuatan , ketabahan tetapi  kebenaran rupanya luas dan sentiasa tertegak walaupun sentiasa dijatuhkan. Siapa yang dapat melawan kuasa Tuhan?   



Hari ini masa sudah suntuk lagi untuk saya  terkial-kial mencari dan mengikut telunjuk orang lain. Hayatku ini adalah satu amanah, tanggungjawab tetapi mengapa ia perlu dikawal oleh sebenang tali yang sesiapa sahaja boleh mengawalnya? Bukan kecil hatiku sebenarnya untuk mencoretkan nilaian ilmu ini .  Biarkan ia bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan jiwa ini merdeka dari segala ranjau dan onak duri yang tidak akan kehabisan .


Perjuangan yang belum selesai ………..

Hanya kepada Tuhan aku memohon segala kebaikan……….

Wallahualam ..............
Baca Selanjutnya

Full Time Muslim For [ 4 B ]



Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, disaat masa yang terluang ini dapat saya mencoretkan beberapa pengisian yang bernilai  untuk kita yang sering mencari perubahan dan penilaian diri dalam menuntut ilmu. Dimana jua destinasi yang kita hadapi dan setinggi mana ilmu yang dikecapi itu adalah peneman hidup seharian kita.  Corak pengamalan ilmu itu amat berharga jika diri kita sendiri bersedia untuk membuahkan hasil ilmu  yang ada disanubari hati. Disebalik pelaksanaan dan perbuatan yang sering kita lakukan itu dikira  sebagai sesuatu ibadah yang amat bernilai, bila mana pengaplikasian seterusnya dapat menongkah arus kecemerlangan kehidupan seharian.



Walaupun sesibuk mana saya dalam mengulangkaji pelajaran sempena final exam yang akan bakal saya hadapi , tidaklah menjadi satu bebanan tanggungjawab dalam menaburkan syiar-syiar dakwah islam itu sendiri kerana kita berada di muka bumi Allah yang fana ini hanyalah pengabdian kita kepada sang maha pencipta yang kita agungi iaitu Allah s.w.t tuhan semesta alam .



Ketahuilah wahai saudara seislamku yang dirahmati Allah sekalian, wajib ke atas kita untuk mengetahui dan mempelajari 4 perkara :




1- Berilmu

Dengan ilmu itu kita mengenali Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w dan mengenali agama Islam yang mulia ini. Kerana tidak mungkin kita menyembah Allah s.w.t tanpa ilmu. Dan barangsiapa yang melakkukan yang demikian itu maka akan menjerumuskan dia ke lembah kesesatan dan ianya menyerupai perbuatan kaum Nasrani kerana kaum Nasrani itu menyeleweng dan menyimpang dari kebenaran.


2- Beramal


Barangsiapa yang berilmu tapi tidak beramal, maka dia itu menyerupai kaum Yahudi kerana kaum Yahudi itu berilmu dan mengetahui sesuatu ilmu tetapi mereka tidak mengamalkannya. Mereka mengetahui kebenaran tetapi mereka meninggalkannya. Firman Allah yang bermaksud

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"
 

3- Berdakwah dengannya


Ulama' dan para pendakwah itu merupakan pewaris para Nabi. Allah s.w.t telah melaknat Bani Israel kerana "mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan". Setelah kita mempelajari ilmu dan beramal dengan ilmu itu maka perlulah kita berdakwah atau menyampaikan kepada orang lain sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w. Sabda Nabi yang bermaksud

"Sampaikan dariku walau sepotong ayat"
 

4- Bersabar di atas ujian


Kita hendaklah bersabar di atas ujian yang bakal menimpa kita ketika kita melakukan ketiga-tiga perkara di atas iaitu ketika mempelajari ilmu, beramal dengan ilmu dan ketika berdakwah menyampaikan ilmu. Firman Allah yang bermaksud

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)".


 
p/s : Petikan dari muqaddimah Kitab Tafsir al-'Usyri al'-Akhir min al-Quran min Kitab Zibdah Tafsir oleh Syeikh Doktor Muhammad bin Sulaiman al-Ashqor. Ok semoga bermanfaat...
Baca Selanjutnya

Andai Hari Ini , Esok & Lusa !!!



Assalamualaikum w.b.t..

Selamat menghadapi peperiksaan final exam buat diri saya, teman-teman serumahku dan sahabat-sahabatku sekalian. Alhamdulillah, selesai dalam peperiksaan Syafawi Al Quran dan Qiraat 30 Juz dan juga 500 matan Qiraat Jazari pada tarikh keramat 9/04/2013 . Insyaallah akan menempuhi perjalanan seterusnya dalam peperiksaan Tahriri bagi Takhasus Al Quran dan Qiraat .



Untuk kali ini saya ingin postkan satu entry kata-kata pembakar semangat dalam membentuk kekuatan motivasi untuk diri saya dan sahabat-sahabat sekalian yang mana disaat sedang berlansungnya fatrah dalam menempuhi final exam yang akan menjelma tidak beberapa lama hari lagi. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat daripada maksud yang tersirat dan tersurat yang ingin saya singkap dan rungkaikan......

 

Silakan...

 

Andai...
Hari ini milik kita , gunakanlah sebaiknya kerana esok belum tentu untuk kita.

 

Andai...
Hari ini kita rancangkan sesuatu untuk esok , rancangkanlah dengan sekemas mungkin tapi jangan lupa pada takdir yang menentukan segalanya.

 

Andai...
Esok buat kita kecewa , redhalah dengan ketentuan , sengaja DIA tentukan yang sedemikian , agar kita terus berhati-hati untuk lusa yang menjelma.

 

Andai...
Lusa masih ditakuk lama , tiada perubahan , malah kekecewaan berlarutan , sedarlah DIA memang suratkan begitu agar kita sedar siapa kita di sisiNya agar kita lebih sedia dengan segala kemungkinan yang tiba biarpun sudah berusaha.



When you wake up in the morning, you have 2 choices :

1) Go back to SLEEP & DREAM your dreams.

OR


2) WAKE UP & CHASE that dreams.



Our promise to ourselves and our family.We want to score excellent in Final Exam... 



Jadual peperiksaan tahun pertama dalam bidang Takhasus Al Quran dan Qiraat yang bakal akan saya hadapi dan sahabat-sahabat seperjuangan saya. Doakan yang terbaik untuk kami memperoleh natijah yang cemerlang dalam peperiksaan. Mudah-mudahan dengan keberkatan doa kalian, dipermudahkan segalanya . Insyaallah...Aminnnn
 
Baca Selanjutnya

Terukirnya Ilmu, Terpahat Cahaya Di Hati





Sedarkah kita bahawa ilmu memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Dengan adanya ilmu di dada, semua kerja yang hendak kita lakukan akan menjadi seperti apa yang kita inginkan. Percaya atau tidak dengan kata saya ini !!! Ok cuba kita lihat dari aspek masakan, seandainya seorang suri rumah atapun chef tidak mempunyai ilmu dalam bidang masakan, sudah tentu apa yang hendak direkaciptakan tidak akan berhasil. Kemungkinan besar rekacipta yang dihasilkan tidak cukup rasa, teksturnya kurang dan warna yang tidak menarik hati si pemasak dan si pemakan. 



Antara contoh lain yang boleh saya berikan ialah dalam bidang perguruan. Seandainya seorang guru itu tidak mempunyai ilmu untuk mendidik anak pelajar dengan jayanya dalam pengajaran , bagaimana mungkin pelajar tersebut akan berjaya. Oleh sebab itu, ilmu penting dari semua aspek tidak kira dari segi ilmu agama, ilmu dunia, ilmu alam pekerjaan dan sebagainya. Seharusnya para guru hendaklah memperlengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu pengetahuan agar dapat mendidik anak-anak remaja yang kian meningkat dewasa dan semakin mencabar didunia masa kini.



Selain itu, dalam konteks ukhrawi pula, pelbagai cabang ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai. Misalnya ilmu tauhid, ilmu akidah, ilmu fiqh, ilmu tajwid dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini amat bermanfaat bagi kehidupan seharian yang berlandaskan syariat Islam. Ilmu tajwid dipelajari bagi membolehkan kita menguasai bacaan Al-Quran dengan betul, manakala ilmu tauhid pula membincangkan tentang keesaan Allah swt iaitu bagaimana tahap keimanan kita kepada Allah? Ilmu fiqh pula membincangkan tentang hukum hakam dan syariat Islam yang perlu dijalani oleh kita sebagai umat Islam yang sejati. Oleh sebab itu, peranan ilmu sangat penting kepada diri kita.



Hadis Nabi menyebut yang bermaksud : Menuntut ilmu adalah fardhu ke atas setiap orang Islam, dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua makhluk termasuk ikan-ikan di lautan. 





Cuba kita renung-renungkan sejenak !!! Apabila kita menuntut ilmu, semua makhluk disekeliling kita mendoakan kesejahteraan kita hatta ikan-ikan yang berada dilautan pun mendoakan kita. Betapa besarnya ganjaran orang yang menuntut ilmu . 



Cuba kita renung-renungkan sejenak !!! Mahukah kita menjadi orang yang berilmu? Yang mana Allah telah menyebutkan dengan jelas dalam kalamnya yang mulia yang bermaksud : “Allah telah meninggikan dan mengangkat darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang di beri ilmu pengetahuan agama dikalangan kamu beberapa darjat” (Surah Al-Mujadalah  :  11).



Sedarkah kita bahawa Allah sendiri telah menyebut dalam kalamNYa yang mulia itu mengangkat darjat orang yang menuntut ilmu. Bukan hanya sekadar sebutan sahaja tetapi ini adalah realiti yang telah disyariatkan oleh islam itu sendiri . Sedarkah kita bahawa perbezaan orang yang berilmu dengan tidak berilmu sangat ketara.  


Allah swt telah menyebut di dalam Al-Quran yang bermaksud : “Adakah sama darjat orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?” Allah telah menyoal kita, sama ke tidak orang berilmu dengan tidak berilmu. Sudah semestinya tidak dan perbezaannya amat jauh sekali. Pepatah Arab ada mengatakan, “ Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad” dan  “ tuntutlah ilmu ke negeri China”. Pelbagai pepatah Arab yang telah dilontarkan oleh hukama pada masa dahulu untuk meningkatkan semangat kita dalam menuntut ilmu.



Sedarkah kita ilmu pengetahuan adalah kawan yang setia ketika sepi, pembimbing ke jalan petunjuk cahaya agama dan modal dalam perjuangan untuk mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Orang yang malas mencari dan menambah ilmu pengetahuan bagaikan lampu yang kehabisan minyak dan dia akan hidup dalam kegelapan. Seterusnya, hidup kita akan cemerlang jika dibekalkan dengan ilmu pengetahuan.



Wallahualam .....................
Baca Selanjutnya

Setangkai Rasa Semanis Kesyukuran




Bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada dan  kita memiliki kerana dengan bersyukur hidup kita akan menjadi  tenang  setenang air di tasik . Begitu juga air yang tenang  akan berkocak, disaat riak-riak kocokannya sangat memukul kedamaian ibarat didalam destinasi kehidupan ini. Kehidupan yang tenang boleh berkocak dek kerana masalah-masalah yang diibaratkan seperti batu yang dilempar kedalam air. Nescaya akan berkocak dan tenggelam nun jauh didasar  tasik .



Walaupun apa jua yang kita hadapi, kita masih ada harapan. Jadi dengan harapan itulah kita berharap kepada yang maha esa, dia mengetahui disudut pelusuk jua keberadaan kita. Dengan berdoalah, nescaya kehidupan kita akan tenang kerana Allah tidak pernah menafikan hak-hak hambanya.




Cuba kita lihat kita berada di muka bumi Allah ini 

Adakah Allah menarik kembali udara2 yang kita sedut 

Adakah Allah meghilangkan cahaya dari sang matahari 

Adakah Allah meghilangkan kelam malam untuk kita lena beradu 




Berharaplah kepada Allah Sang Pencipta kerana harapan kepadanya tidak pernah  luput dan tidak pernah pudar sama sekali dalam hilang dibawa  angin. Bak kata pujangga yang diterapkan dalam nurani hati kita iaitu pengharapan tidak pernah lelah menanti, tidak pernah letih berjalan dan tidak pernah berhenti menunggu .





Jangan lah kita takut dan gusar untuk menanam semak belukar di tanah yang kering dan tandus tetapi yakinlah tidak mustahil semak dan belukar  mampu bertukar menjadi teratai yang indah dalam menjadi sebuah taman yang indah kerana itulah hasil daripada KESABARAN begitu juga berkat HARAPAN dan DOA yang tidak putus-putus dari hamba kepada Sang Pencipta.





Adakalanya kita mengeluh tentang rasa masakan yang kita makan tetapi beruntunglah dari orang yang tidak punya apa-apa utk dimakan kerana kita selalu mengeluh tidak mempunyai apa-apa tetapi beruntunglh dari orang yang meminta-minta di jalanan. Sebelum kita mengeluh tentang nasib buruk kita tetapi berfikirlah tentang seseorang yang berada dalam keadaan yang sangat  terburuk di dalam hidupnya. Perkara  yang paling penting sebelum kita mengeluh mengenai hidup kita, beruntung lah kerana kita masih bernyawa dan diberikan peluang untuk hidup daripada seseorang yang meninggal di usia muda.



Menangislah disaat kamu BAHAGIA

Tersenyumlah disaat kamu SEDIH

Nescaya kamu akan merasai erti BERSYUKUR


Ya Allah..Ya Rabbi..Ya Izzati..Sesungguhnya aku berserah dengan seluruh jiwa dan raga. Kau permudahkanlah segalanya. Kau bukakanlah pintu rezeki  kepada hambamu ini dan aku mensyukuri diatas nikmat yang kau berikan apa jua diatas muka bumi mu ini. Aminnnnn Ya Allah .....




Wallahualam ……………

Baca Selanjutnya

Kemuncak Medan Winter Sonata




Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah segala puji dan rahmat Allah kerana masih memberi peluang dan ruangan masa pada kita hidup serta dalam merasai dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman. Selawat juga buat junjungan Rasulullah S.A.W kerana dengan berkat usaha baginda yang begitu kental dalam menyampaikan Islam di muka bumi ini dalam memberikan kita peluang yang amat berharga  untuk sama-sama kita hidup di bawah naungan Islam yang syumul dan diberkati oleh Allah s.w.t.


  Musim Sejuk di Mesir sudah  tiba pada Kemuncaknya  “


Nikmat yang paling besar dalam musim sejuk ini sudah tentu makan dan tidur. Diruangan fikiran otak kita berlegar-legar memikirkan dalam menempuh kehidupan seperti ini kerana di medan inilah yang menguji betapa kuat atau lemahnya dalam merentasi susur suasana tersebut .


Perkara ini sudah menjadi suatu norma kehidupan masyarakat yang bermastautin di dalam negara empat musim. Tatkala tibanya musim sejuk secara automatiknya malam akan menjadi panjang. Perut juga akan semakin kuat mengadu kelaparan menagih makanan daripada tuannya. Seperti mana yang kita ketahui walaupun mesir terletak di Benua Afrika namun tempias musim sejuk masih dirasai tetapi tidaklah mencecah suhu di bawah tahap beku yang boleh menyebabkan jasad dan rohnya pergi menghadap illahi. Namun perubahan cuaca di sini turut merubah manusia itu , tidak kiralah daripada positif kepada negatif atau sebaliknya.




Musim sejuk telah tiba menyengat kesejukkannya di bumi barakah ini. Dijangkakan musim sejuk kali ini adalah negative or positive darjah celciusnya , wallahua’lam. Angin dingin yang kuat menjadikan saya merasai kesengatan sejuk bila dimasuki ruangan ubun-ubun bulu roma . Tahap suhu 7-12 darjah celcius dibulan ini , saya tetap kuat dalam perjuangan meredah jua demi menuntut ilmu.

Menuntut Ilmu kadangkala payah,perlu kepada MUJAHADAH

Menuntut Ilmu kadangkala memeritkan,perlu kepada KEAZAMAN

Menuntut Ilmu kadangkala tidak punya wang,perlu kepada PENGORBANAN

Menuntut Ilmu itulah PERJUANGAN!



Wallahualam ..............

Baca Selanjutnya

Terusiknya Hati ♥ Istikharah di Hati





Bertemu lagi sahabat-sahabat sekalian di Laman Tinta Iffat Altamis. Mana tidaknya, sudah lama jari jemari ini tidak menaip bait-bait pena yang mahu lontarkan apa jua isu, artikel, perkongsian diri dan sebagainya supaya ilmu itu dapat disebarkan dan dimanfaatkan oleh semua. Alhamdulillah , saya diberikan nikmat iman dan islam diatas muka bumi Allah ini dalam menyebarkan setiap butir-butir mutiara ilmu yang boleh dirungkai dan disematkan dalam hati sahabat-sahabat sekalian. Post entry kali ini berkaitan dengan “ Terusiknya Hati ♥ Istikharah di Hati  “


Sebenarnya, istikharah ini bukanlah tertentu dalam bab memilih jodoh semata-mata. Di dalam hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari , ia disebut secara umum ; iaitu mana-mana orang yang diberatkan akan beberapa pilihan , maka hendaklah dia solat dua rakaat iaitu solat sunat Istikharah, dan kemudian membaca doa ini :





Istikharah Perlu Difahami

Maksud Istikharah ialah kita meminta bantuan Allah dalam membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan. Menurut hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:
Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini  adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.


Istikharah Dilakukan

Jawabnya, kerana sebagai manusia, kita tidak lepas daripada berdoa. Meminta kepada Allah yang Maha Tahu adalah jalan terbaik bagi kita selaku manusia yang tidak tahu. Pengetahuan kita sangat terbatas, sedangkan pengetahuan Allah Maha Luas. Dia Tahu tentang apa yang sebelum kita, serta apa yang bakal berlaku selepas kita. Termasuklah dalam hal ehwal jodoh serta pasangan kita nanti. Justeru, kita yang tidak tahu ini perlulah meminta pertolongan Allah untuk menunjukkan kepada kita mana yang terbaik, supaya dengan keputusan yang kita buat itu kita tidak akan menyesal di kemudian hari.



Terletaknya Pada HATI

Kita kena faham, bahawa Istikharah itu sangat berkait rapat dengan hati. Kalau hati kotor, mana mungkin akan mendapat petunjuk yang baik. Kalau hati bersih, InsyaAllah ilhamnya nanti juga baik. Ada orang, bersungguh-sungguh solat Istikharah, tetapi maksiat tetap tak tinggal, solat wajib tunggang langgang, maka bagaimana hendak mengharap kepada petunjuk yang baik dan molek ? Justeru, satu proses yang paling penting dalam bab Istikharah ini adalah membersihkan hati terlebih dahulu. Jika anda sudah benar-benar melaksanakan proses ini, maka barulah anda boleh mengharap datangnya petunjuk yang benar kepada hati anda. Jika tidak, berkemungkinan petunjuk itu hanyalah bayangan daripada Syaitan.



Istikharah berkaitan Wajib atau Haram

Perkara yang boleh kita Istikharah hanyalah dalam perkara yang harus di sisi Syarak sahaja. Tidak ada istilah Istikharah untuk hal yang telah jelas akan wajib atau haramnya. Umpamanya, nak bayar zakat atau tidak, tidak perlu Istikharah kerana telah jelas wajibnya. Begitu juga dengan bercouple, tidak payah Istikharah kerana telah jelas haramnya. Tetapi dalam hal yang harus, umpamanya untuk memilih antara dua pekerjaan yang sama-sama halal, maka Istikharahlah memohon petunjuk dari Allah.



Ketenangan Membuat Keputusan

Berdasarkan hadis di atas, kita memohon Allah memberikan kita yang terbaik semasa kita membuat pilihan terhadap sesuatu perkara. Kerana Allah mengetahui apa yang tersirat di dalam setiap sesuatu kejadian. Yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tatkala kita masih ragu-ragu dengan pilihan yang ingin dibuat, laksanakanlah lagi solat tersebut. Tidak ada masalah untuk melakukannya berulang kali, sehingga kita beroleh ketenangan ketika membuat keputusan. Menurut al-Imam al-Nawawi, seseorang yang melakukan istikharah, maka dadanya akan terbuka luas untuk sesuatu urusan, malah dia akan terlihat kebaikan pada perkara yang akan dilakukan atau sebaliknya




Persoalan yang seringkali timbul dalam hati setiap hamba Allah di muka bumi yang mendambakan cinta sesama manusia. Terkadang seribu usaha telah dilakukan dan tawakkal serta doa telah dilafazkan.Akan tetapi adakah hasilnya seperti apa yang diharapkan?


Sahabat, sedarlah bahawa Allah itu Maha kaya dan Maha mengetahui setiap hati hamba-hambanya.Ketentuan dariNya adalah yang terbaik untuk hamba-hambanya dan kita haruslah redha dengan ketentuanNya kerana ini adalah seiring dengan rukun iman keenam yakni percaya pada qadha dan qadar. Tidak redha dengan ketentuanNya bermakna tidak percaya pada rukun iman keenam. 


Jadikanlah Al-quran itu sebagai panduan. Sunnah menjadi ikutan. Solat hajat menjadi tempat mengadu luahan perasaan. Istikharah sebagai penghubung hati pada tuhan agar diberikan jalan dalam membuat pilihan. Indahnya Islam dalam mengajar umat islam untuk mencari jodoh yang baik.


Secara amnya, kita timbang tara setiap keputusan yang dibuat, dan untuk memudahkan kita menyakini keputusan yang ingin dilaksanakan, seelok-eloknya mintalah pandangan kepada mereka yang kita percaya dan mampu memberi pendapat dengan baik terhadap perkara tersebut. InsyaAllah, keputusan mana yang kita rasa terbaik, itulah yang kita ambil. Bukannya menanti petanda dan berkata “Allah telah menunjukkan bahawa itu yang perlu dilakukan”. Dikhuatiri syaitan yang memberi petanda yang kita harapkan, kerana pilihan yang kita inginkan selalunya yang menyalahi tuntutan iman kita.



Jika pilihan kita bukan seperti yang kita harap dan dambakan, percayalah tidak akan sesekali akan rugi bagi mereka yang bermusyawarah dan beristikharah kepada Allah. Adakalanya pilihan manusia itu, walau baik pada pandangan mata manusia, tetapi hakikatnya penuh kemudharatan tanpa kita sangka. Sedangkan sesuatu yang kita rasakan kurang baik di mata manusia, rupanya penuh kebaikan padanya tanpa sedikit pun kita menyedarinya. Mungkin juga pada saat ini kita melihatnya sesuatu yang indah, namun kita tidak tahu ianya akan menjadi suram pada masa mendatang.


Jangan mudah lesu dengan istiqamah.Jangan mudah mengalah dengan ujian yang ada tetapi jadikan lah ujian itu  sebagai satu kekuatan pada kita untuk terus berusaha dalam mencari cinta sejati. Namun nilai suatu cinta itu janganlah dilandaskan dengan nafsu. Biarlah ianya diredhai oleh  Allah swt. Suatu cinta yang berlandaskan nafsu itu mengundang murka Allah.


Wallahualam……………
Baca Selanjutnya