Showing posts with label Tinta Diariku. Show all posts

Travelog Umrah Nota Diariku



Assalamualaikum wbt ........


Pertama-tamanya marilah kita mengucapkan salam serta berselawat keatas junjungan Nabi kita Nabi Muhamad saw yang mana beliau adalah sebaik-baik insan yang dianugerahkan oleh Allah kepada umatnya. Perbanyakkanlah penglafasan rasa syukur. Alhamdulillah kerana kita semua telah dilahirkan sebagai seorang Islam dan dapat merasai nikmat Iman dan Islam kerana tanpanya maka siapalah diri kita ini dan teramat rugilah kita lahir didunia mahupun diakhirat.


Umrah adalah ibadah khusus yang menjadi keutamaan para jemaah yang berkunjung ke Tanah Haram Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawarah terutama di luar musim haji. Terdapat 2 pandangan berbeza dari segi hukumnya samada wajib atau sunat, iaitu bagi yang berkemampuan. 


Saya bukanlah anak seorang Jutawan mahupun anak seorang Hartawan yang Kaya Raya. Jika nak dibandingkan dengan keluarga lain yang mempunyai kelebihan dari segi kewangan dan masa yang membolehkan golongan seperti ini membawa anak-anak mereka melancong dan pergi kemana sahaja yang mereka suka termasuklah menziarahi bumi suci Makkah dan Madinah.


Kadang-kadang ada juga perasaan cemburu dihati saya apabila melihat kenalan-kenalan (waktu sekolah dan universiti)  yang telah kesana sini melancong ke luar negara di waktu usia muda belia lagi. Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… Hanya inilah ungkapan keramat yang mampu saya lafazkan apabila dijemput sebagai Tetamu Allah ke bumi sucinya pada 12 March hingga 22 March 2014 . Niat yang telah saya cetuskan sejak tahun 2011 untuk ke bumi suci Makkah dan Madinah, Alhamdulillah Allah swt telah izinkan saya untuk menjejaki  sampai pada tahun 2014.




Saya coretkan sedikit dan catatkan pengalaman berharga ini untuk tatapan semua :


12 March 2014 : Rombongan saya dan sahabat2 berkumpul di Hayyu Ashir selepas Solat Zohor. Kami berlepas jam 3 pm (waktu Mesir) menuju ke Airport Alexandria Egypt dan menaiki pesawat Nile Air. Seterusnya kami bertolak dr Alexandria Egypt jam 9 pm .


13 March 2014 : Tiba di Airport Yanboo kira-kira jam 11 pm . Dan perjalanan seterusnya ke Madinah lebih kurang jam 2 am. Kami tiba di Hotel penginapan  Madinah Al Munawarah lebih kurang jam 6 pagi (waktu Madinah). Aktiviti seharian hari pertama ini adalah berehat dan solat jemaah 5 waktu di Masjid Nabawi. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi sungguh hiba dan susah untuk diungkapkan dengan kata-kata. Saya amat bersyukur  kerana  dapat mengerjakan solat di masjid nabi ini yang mana pahalanya digandakan 10,000 kali ganda, masyaAllah…




Setiap kali merebahkan dahi ke tempat sujud, terdetik hati saya berdoa “Ya Allah, Engkau izinkanlah aku sujud ini di bekas-bekas tempat sujudnya Para Nabi dan Para Sahabat Radhiallahu Anhum. Izinkanlah aku duduk ini di bekas-bekas tempat duduk mereka yang memperjuangkan AgamaMu Ya Allah .. Ya Rahman … Ya Rahim”.


Memang susah ingin saya ungkapkan dengan kata-kata apabila kita dapat merasai sendiri nikmat Allah dalam beribadah di tempat suci ini. Alhamdulillah, tempat penginapan saya lebih kurang 500 meter dihadapan pintu masuk Masjid Nabawi (menerusi bahagian depan pintu bab salam ).




Sepanjang 4 hari di bumi suci Madinah, sahabat saya Luqmal Hakim yang merupakan pelajar di Uni Madinah Al-Munawarah menjadi mutawif saya dan sahabat2 sepanjang kami semua berada disitu . Disitu saya melawat tempat-tempat bersejarah seperti Bukit Uhud dan perkuburan Baqi’, dataran tempat perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah Pertama untuk menggantikan tempat Rasulullah S.A.W sebelum baginda wafat, Kilang Percetakan Al-Qur’an dan Ladang Kurma.




Makam Rasulullah SAW ditempatkan di dalam sebuah kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau di dalam kawasan Raudhah dan  di sisi makam Nabi SAW terdapat makam dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Khalifah Umar al-Khattab r.a . Mereka adalah antara sahabat karib Rasulullah SAW dan juga khalifah umat Islam selepas kewafatan baginda. Mereka berdua adalah orang yang sentiasa menemani Rasulullah SAW ketika senang dan susah dan sentiasa mempercayai setiap kata-kata Nabi SAW di dalam apa juga keadaan .




Sebahagian dari sekitar kawasan Masjid Nabawi yang sangat cantik dan menarik corak bumbungnya .






Disini adalah tempat perkuburan Baqi yang menempatkan perkuburan syuhada , kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda Rasulluah saw . Sempat bergambar dengan sahabat kami semasa belajar di Darul Quran Jakim dahulu di kawasan perkuburan ini .




Semasa di Madinah kami telah dibawa menziarahi ke Masjid Quba yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Masjid Nabawi. Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina oleh orang Islam dan merupakan masjid yang keempat paling suci selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa. Telah diriwayatkan bahawa Baginda Rasullulah SAW pernah bersabda iaitu sesiapa yang mendirikan solat di Masjid Quba akan diberikan ganjaran pahala sama seperti menunaikan umrah. 




Selesai urusan di Masjid Quba, kami dibawa pula menziarahi ke bukit Uhud. Dikatakan bahawa bukit Uhud juga merupakan satu daripada bukit dari syurga, yang mana selepas hari kiamat nanti, bukit ini akan diangkat kedalam syurga kembali . 




Selepas itu kami berkunjung pula ke kebun kurma untuk melihat, merasai atau membeli kurma. Berbagai-bagai jenis kurma dijual di sini dan kesemuanya dihasilkan dari kebun itu sendiri. Saya tidak membeli kurma di sini kerana harganya agak mahal berbanding dengan harga di pasar kurma. Selain daripada aktiviti ziarah, kami menggunakan masa yang ada untuk beribadat di Masjid Nabawi. Di dalam perjalanan pulang ke hotel biasanya kami akan singgah untuk membeli belah di kedai-kedai yang banyak terdapat di sekitar Masjid Nabawi (sudah semestinyalah kan, kalau tak shopping tak sah…hehe). Pada pandangan saya, jubah-jubah di Madinah lebih cantik dari yang dijual di Mekah. 





Pada hari keempat kami bertolak dari Madinah menuju ke Mekah dengan menaiki bas. Sahabat2 saya yang telah siap mengenakan pakaian ihram sejak dari hotel lagi dan saya mengenakan pakaian ihram semasa berada di Masjid Bir Ali . Perjalanan mengambil masa kira-kira enam jam. Bas yang kami naiki berhenti di Masjid Bir Ali untuk membolehkan para jemaah menunaikan solat sunat ihram 2 rakaat dan bermiqat (menjatuhkan niat ihram). Selepas bermiqat kami perlu menjaga larangan sehingga selesai bertahallul untuk mengelakkan daripada dikenakan dam. 




Waktu kami turun dari hotel jam telah menunjukkan jam 11.30 pm . Sebaik menghampiri Kaabah di kawasan hajarul aswad, kami melaksanakan rukun pertama iaitu berniat untuk tawaf sebelum memulakan tawaf. Rukun kedua ialah tawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Kaabah. Keadaan agak sesak semasa itu kerana jemaah lain yang baru sampai ke Mekah juga turut sama seperti kami melakukan tawaf. Selepas selesai tawaf, kami mencari ruang kosong dihadapan makam Ibrahim untuk menunaikan solat sunat. 




Kemudian kami melaksanakan rukun umrah ketiga iaitu bersaie. Bersaie ialah berjalan kaki berulang-alik dari Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Setelah berakhir pusingan ketujuh di Marwah, kami melaksanakan rukun keempat iaitu bertahallul dengan menggunting sekurang-sekurangnya tiga helai rambut. Dengan tertib yang telah kami lakukan, maka lengkaplah umrah kami pada malam itu, semoga diterima oleh Allah SWT, Insya Allah. Sewaktu kami siap bertahallul, azan Subuh pun berkumandang, jadi kami terus solat subuh sebelum pulang ke hotel. 



Jabal Tsur


Semasa berada di Mekah, kami telah dibawa menziarahi ke Jabal Nur, Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Muzdhalifah dan Padang Arafah. Bas yang kami naiki juga melalui kawasan perkhemahan di Mina, Jamarat (tempat melontar).




Jabal Rahmah yang juga dikenali dengan nama bukit kasih sayang kerana di sinilah Nabi Adam a.s bertemu semula dengan isterinya Hawa setelah sekian lama terpisah.



Perkhemahan di Mina semasa Musim Haji sahaja digunakan .


Banyak tempat-tempat lain yang saya dan sahabat-sahabat lawati . Hanya sebahagian sahaja pena letak gambar ziarah di Madinah Al-Munawarah dan Makkah Al-Mukaramah . Pada hari-hari lainnya, kami menghabiskan masa dengan beribadat di Masjidil Haram, membeli-belah serba sedikit dan sebagainya . Hari terakhir di Makkah Al-Mukaramah , kami melaksanakan tawaf wida (tawaf selamat tinggal) pada pukul 9.30 pm. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar. Selepas tawaf wida kami hanya duduk berehat di hotel sementara menunggu pukul 3.00 am untuk menaiki bas yang akan membawa kami ke lapangan terbang Jeddah . 
\



Sebak dihati sudah mula dirasai . Kenangan & Pengalaman yang sangat bermakna semasa melawati tempat-tempat sejarah islam dan mengerjakan umrah di Madinah Al-Munawarah n Makkah Al-Mukarramah kian merebak ditusuk kalbu bagaikan hujan rintik dengan lebatnya kerana diwaktu ini , disaat ini , di hari ini terkesannya dalam diri ini yang akan meninggalkan tempat rumah suci Allah swt ini. Alhamdulillah , perjalanan ini merupakan tiket jemputan drpd Allah swt. Semoga Allah swt menerima amalan disetiap perlakuan n perbuatan semasa mengerjakan umrah. Seterusnya mendapat umrah yg mabrur dan dapat pergi lagi ke rumah suci Allah swt ini. Ameen ......  . Bermulalah perjalanan saya dalam meneruskan di medan perjuangan ilmu pula . 
Baca Selanjutnya

Menyahut Panggilan Suci



Assalamualaikum wbt …


Alhamdulillah, terlebih dahulu ingin saya panjatkan kesyukuran kerana masih lagi berkesempatan dalam mencoret tinta yang sekian lama pudar dalam benak fikiran saya dan ingin sekali melayangkan warkah buat sahabat-sahabat yang mengenali diri tinta yang lemah dan hina ini ….. Mungkin ketika warkah ini sahabat-sahabat  meratapi , membaca dan besar kemungkinan sudah melupai bait-bait  Tinta Iffat Altamis yang sudah lama menghilang dalam melakar  penanya .



Apapun setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya diberikan kesempatan hidup lagi dalam menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Sesungguhnya telah lama diri terpanggil dan menyimpan hasrat untuk menziarahi Kota Suci Makah , dan Madinah yang merupakan sejarah tamadun para anbia disamping melakukan ibadah Umrah. Saya berharap dalam menyelusuri perjalanan ini diberikan kekuatan, kesihatan yang baik, kesabaran yang tinggi dan dipermudahkan segala urusan saya disana kelak. Mudah-mudahan ibadah dan amalan saya diterima oleh Sang Penguasa dan PenciptaNya.



Terlebih dahulu, saya dengan rasa rendah diri, menyusun 10 jari, memohon seribu kemaafan dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki, seandainya dalam masa kita bersahabat, dalam masa kita bersapa, dalam masa kita bergurau dan sbgnya mungkin ada kata-kata saya yang menguris perasaan, ada coretan saya yang merobek hati nurani, atau ada perlakuan saya yang mengundang api kemarahan dan kebencian antara kita, maaf saya pinta. Sesungguhnya saya hanyalah hambanya yang lemah dan tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan.



Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :


"Hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" ( Surah An-Nur )



Dalam Hadis yang lain , Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberikan kelapangan kepada seseorang dengan harta bendamu, tetapi kamu dapat memberikan kelapangan kepada mereka dengan muka yang berseri-seri dan budi pekerti yang baik" ( Riwayat Abu Ya'la )



Halalkan segala-gala yang telah dikongsikan dan telah menjadi darah daging dalam sekujur tubuh ini. Yang juga telah dikongsikan buat hidangan kaum keluarga dan sahabat-sahabat. Mudah-mudahan setiap perbuatan yang baik itu akan mendapat ganjaran dan pandangan yang baik juga dari Allah swt. Insyaallah saya bersama sahabat-sahabat akan menunaikan umrah  pada ketetapan seperti berikut :



Tarikh : 12-March-2014

Masa Mesir : Jam 9.00 Malam
Masa Malaysia : Jam 03.00 Pagi
Suhu Mesir : 15 ' Celcius



Sebelum saya mengakhiri coretan ini, doakan kesejahteraan saya disana, semoga saya diberikan ketenangan dan kelapangan, diberikan kesihatan yang baik, dapat melakukan ibadah dengan tenang dan sempurna. Perjalanan yang merupakan tiket atas jemputan daripada Allah s.w.t. . Hanya kepada Allah s.w.t berserah dan bertawakkal. Moga diberikan yang terbaik dan dipermudahkan. Akhirnya dapat menjalankan umrah dengan mabrur … Ameennn. Doakan saya selamat pergi dan selamat kembali…..
Baca Selanjutnya

Jom LIKE & SHARE Blogshop Altamis



Like & Share Blogshop Altamis . Klik 'Like & Share' gambar ini dan berpeluang menjadi tiga orang bertuah memenangi voucher dari Blogshop Altamis . Bermula 18/06/2013 sehingga 29/06/2013. Pemenang bertuah akan diumumkan pada 30/06/2013.

Admin tak nak cerita banyak-banyak ,  cuma nak jemput kamu semua join first giveaway anjuran Blogshop Altamis .


Syarat penyertaan yang sangat mudah.


1. Like fan page Blogshop Altamis .

----> Sila klik disini : http://bit.ly/BlogshopAltamis

2. Daftar sebagai Ahli Blogshop Altamis .

----> Sila klik disini : http://bit.ly/OnlineDaftarAhliBA

3. Like & Share gambar yang kat atas tu .

----> Sila klik disini : http://bit.ly/JomLikeShare



Senang je kan. Semua peserta ada peluang untuk menjadi tiga orang yang bertuah menang voucher dari Blogshop Altamis . Tempoh giveaway berlangsung bermula dari 18/06/2013 sehingga 29/06/2013. Pemenang bertuah akan diumumkan pada 30/06/2013.



jemputlah 'Like & Share' beramai-ramai ya *_*
Baca Selanjutnya

Video Hari Guru dr Iffat Altamis






Assalamualaikum w.b.t .........................

Sempena Hari Bahagia Guru saya tujukan kepada semua guru di Malaysia yang mengajar saya terutamanya saya telah buat khas Video Hari Guru untuk guru-guru saya . 


Terima kasih banyak diatas ilmu yang diberi dan , jasa kalian sentiasa diingati. Selain itu, Tidak kurangnya untuk ayah ( guru fardhu ain ) dan ibu saya (guru pesara) dan sis saya Adin-mia Ina ( guru ) & abg. rijaludin (guru) dan juga yang mengenali diri ini ...... 1 Aspirasi 1 Agenda.
Baca Selanjutnya

' Menyinari & Mencapai Nilai Ukhwah'



Alhamdulillah pada 14 Mei 2013 yang bertempat di rumah kami sendiri , telah berjaya mengadakan satu perjumpaan atau liqo’ bersama mantan pengerusi dalam rangka duduk sebentar dan majlis bacaan tahlil arwah SeIrsyad untuk mengingatkan kembali tujuan kita atau matlamat kita disini . Sesungguhnya  manusia itu mudah lupa dan kita  senantiasa perlu  ingat mengingati antara satu sama lain supaya dapat mempertingkatkan sahsiah dan kerohanian diri kita . Dengan adanya program seperti ini , dapat lagi  memperingatkan balik sesama kita seterusnya menguatkan lagi tali ukhwah kita insya Allah.


Saya ingin membawa satu ungkapan iaitu “ Mencari nilai ukhuwah..” yang boleh diterjemah dan ditafsirkan sebagai suatu inisiatif yang amat berguna bagi saudara sesama islam untuk kita lebih mengeratkan tali silaturrahim yang seharusnya dirapati dan sentiasa berpegang untuk mencari nilai yang diredhai oleh Allah swt sehingga kita sama-sama menuju syurga Allah swt .



Disebalik tulisan dan catatan

Itulah sering bersarang di hati dan minda kita. Kadang-kadang ianya singgah juga di fikiran insan ini. Insan ini mengakuinya, kerana sepanjang menulis di laman blog ini ianya bukan sesuatu perkara yang mudah. Perlu sabar dan kuat semangat jika mahu menyiapkan sesuatu tulisan. Biarpun ianya tidak bernilai pada kaca mata orang lain, tetapi bagi insan ini ianya amat bernilai kerana berjaya mengatasi halangan yang sering wujud. 

Bagi insan ini, menulis memberi kepuasan dan nikmat yang tersendiri. Melapangkan hati dan menenangkan jiwa. Selain itu, ianya dapat mengasah minda dan menambah ilmu pengetahuan. Biarpun ia hanya sekadar tulisan biasa. Tetapi ianya cukup bermakna untuk diri ini. Berkongsi dengan sesiapa sahaja. Walaupun tidak semua memberi manfaat tetapi pasti ada biarpun cuma sedikit. Teringat kata-kata yang telah diungkapkan oleh Imam Syafie: “Jika tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua.”



Disebalik perubahan dan harapan

Perubahan adalah perkara lumrah dalam kehidupan. Seperti kita, teman-teman juga layak berubah. Kita berubah dengan cara kita masing-masing. Perubahan yang mungkin menjadi pendirian kita. Ketetapan hati dan fokus kita terhadap sesuatu perkara akan berubah mengikut keperluan dan keselesaan kita. Jadi, perubahan menjadi lumrah bagi setiap manusia.

Begitu juga dengan perubahan sikap yang kadang-kadang menyebabkan perubahan suasana dan perasaan kita dalam berukhuwah. Perubahan mungkin disebabkan oleh hilangnya rasa kemanisan dalam berukhuwah. Berasa tawarnya ukhuwah yang terjalin kini biarpun suatu ketika pernah menampakkan kemesraannya dan merasai kemanisannya. Mengharap kemesraan yang dulu menjelma kembali. Begitulah kita bila merasai kehilangan. Renungkanlah kembali diri kita, adakah kita menghargai kemesraan dan kemanisan yang pernah hadir suatu ketika dahulu? Atau adakah kita hanya bersikap habis madu sepah dibuang? 

Jangan hanya menilai orang lain sedangkan kita tidak pula menilai diri kita. Jika kemesraan itu hilang dalam ukhuwah itu, tanyalah diri kita, perlukah kita sendiri membawa kemesraan yang ada dalam diri kita ke dalam ukhuwah itu? Jika ya, teruskanlah membawanya. Jika tidak, berusahalah membawanya. Atau kita sekadar hanya ingin merasai daripada yang lain tanpa memberinya? Jika ya, silap kita. Jika tidak, mulakanlah memberi. Insya-Allah, akan kita merasai kemesraan dan kemanisan itu nanti.



Mampukah kita ???

Adakah kita hanya memerhati keadaan yang berlaku kini? Adakah kita akan ‘melarikan diri’ dari ukhuwah ini? Membiarkan kesuraman terus merajai ukhuwah ini disebabkan sikap tidak pedulisme kita. Menyemai benih-benih racun dalam taman ukhuwah kita. Racun yang sedikit demi sedikit akan terus men‘gersang’kan taman ukhuwah ini. Akhirnya tandus dan sepi meninggalkan semua kenangan sepanjang ikatan ukhuwah ini.

Mampukah kita mengubahnya kembali? Kembali membina kemesraan itu. Biarpun tidak serancak suatu ketika dahulu. Namun pastikan taman ukhuwah ini terus subur. Ketika bersama, subur dengan kemesraan dan kasih sayang, ketika berjauhan, subur dengan ingatan dan perhubungan. Agar tanah ukhuwah yang tandus dan gersang kini, akan gembur dan subur lagi dengan keindahan bunga cinta dan kemanisan kasih mesra dalam menghasilkan benih penghargaan dalam ikatan ukhuwah kita.

Agar taman ukhuwah terus subur, marilah terus berukhuwah biarpun telah terpisah!!
Baca Selanjutnya

Se Usai Rencana , Se Mudah Bicara



Syukur Alhamdulillah kerana dipermudahkan segalanya oleh Allah atas apa jua yang direncanakan. Mungkin ada hikmah yang lebih besar Allah aturkan disetiap pengaturan kehidupan manusia itu .



Ini adalah langkah pertama atas 1001 langkah yang akan saya terus perjuangkan dan amalkan!!! Man jadda wa jadda..setiap yang berusaha pasti akan dibantu oleh Allah. Saya sentiasa bersangka baik pada apa jua yang telah Allah beri samada dugaan mahupun nikmat Allah swt.



Banyak benda dalam hidup ini sebenarnya terjadi bukan kehendak kita. Kita mahu apa yang kita kehendaki tetapi Allah bagi apa yang kita tidak kehendaki. Sebagai contoh yang saya boleh berikan iaitu ada orang mahukan kawan yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya tetapi Allah hadiahkan kawan yang sebaliknya pada diri kita.  Ada orang mahu berkahwin di usia muda tetapi Allah lambatkan pengakhiran jodohnya sedikit dan sebagainya.





Perkara ini seringkali berlaku dalam kehidupan lantas kita mendongak ke langit dan dilubuk hati sanubari kita bertanya kepada Allah, " Ya Allah mengapa engkau berikan sesuatu kepadaku bukan berdasarkan apa yang aku mahu dan suka?". Persoalan itu sering berlegar dalam buah fikiran kita dan tatkala iman kita merundum  lemah bila mana  sampai satu tahap mempertikaikan takdir Allah swt terhadap kita. Na'uzubillah min zalik. Terutama apabila kita mengimpikan pelangi kebahagiaan yang berterusan dalam hidup tetapi Allah hadirkan kepada kita hujan ujian yang maha dahsyat.



Pernah tidak kita dengar firman Allah swt yang berfirman, " ... Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
( Surah Al-Baqarah : 216 ).




Apabila kita berpegang dengan ayat di atas, hati kita akan terpujuk, bertambah redha, tawakkal dan yakin bahawa sesungguhnya setiap sesuatu yang Allah tentukan ke atas kita adalah sesuatu yang terbaik sesuai dengan KEPERLUAN kehidupan kita bukan KEMAHUAN yang ingin dicari oleh kita. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.......Allahu Akhbar!!!
Baca Selanjutnya

Tarbiah tinta Iffat Altamis di Bumi Anbiya ( Ardhul Kinanah )



Assalamualaikum.... Tinta diari Iffat Altamis kali ini ingin menceritakan sedikit onak duri rintangan di bumi mesir atau dikenali sebagai bumi anbiya' atau dikenali sebagai ardhul kinanah... ..persoalan di benak fikiran kita, kadang2 memikirkn kehebatan bumi anbiya yang sering kali terngiang2 ditelinga, kerana disetiap kehebatanlah kita harus lalui dan tempuhi. Itulah dinamakan kehebatan sebenar dalam berjuang mencari ilmu Allah awt. Apakah itu bumi anbiya'? anbiya'? atau ape tu kinanah? kulit badan  menanah ker.. kenapa bukan ardhul bisol.. mcm sedap sikit bunyi....mcm bleh makan plak,  isk3.. hahaha...


Mesir diejaan dengan tiga huruf iaitu مصر . Mim ditafsirkan sbg musibah. Dimana kita berada disini, sememangnya or seringkali ada sahaja musibah. Mahupun besar atau pun kecil, musibah iman atau pun musibah harta.Jika anda menjejak kaki ke Mesir, tidak dapat tidak, kita tidak boleh lari dari musibah.Baru2 ni, kawan kita pelajar kedah, meninggal dunia disebabkan kemalangan dilanggar kereta dan ada juga, cerita baru2 ini, haramain memasuki rumah2 rakan mencuri barang.Kita sebagai rakan belajar pun turut simpati dengan keadaan yang berlaku, tetapi inilah musibah yang seharusnya kita kecapi kerana setiap orang yang berada dan belajar disini harus mempunyai mental n fizikal yang kuat. Dengan adanya semua ini, proses berdikari dalam menhadapi rintangan lebih kuat lagi. Bukan mudah untuk mendapat cabaran yang harus dipikul disini. Kita yang berada di Malaysia pun tidak dapat merasai kenikmatan sebenar disini.


Adapun , lagi satu musibah terbesar iaitu toilet yangg amat canggih kerana tidak mempunyai sistem flush dan kadang-kadang tidak memerlukan air untuk basuh najis (sbb xder air), tetapi yang paling ngeri lg lah saya hairan.... najis tersusun rapi secara grouping di tepi2 mangkuk di uni(jamaah).. yang saya hairan, mcm mana la orang bleh melepas diatas lantai.. ...astagfirullahal'azim..Cuba kita fikir sejenak, kita di Malaysia yang mempunyai prasarana moden dan baik tetapi kadang2 kita tidak mensyukuri nikmat tersebut apatah lagi saya disini dapat menikmati kedhaifan yang seharusnya dilalui dikawasan pedalaman ini berbeza yang berada di ibu kota.




Manakala huruf sho diolah sbg sobar.. lepas kene musibah.. sobar je la.. walaupun selepas terpaksa menyertai peraduan susun najis didalam toilet tu.. sabar.. kalau kene ugut.. sabo.. .kalu barang kene curi, sabar.. Sabarkan separuh daripada iman . Orang yang senantiasa bersabar, akan dipermudahkan oleh Allah swt...tidak kira dimana kita berada, rezeki sentiasa dapat berlipat gandanya tidak kira mahupun didunia ataupun diakhirat mungkin kita tidak perasan perkara yang berlaku diatas kita sendiri.


Dan yg terakhir raa dikatakan sebagai redho.. lepas sbr.. redho la yg paling penting, utk mendapat keredhoan Allah.. kite kena redho dulu kt dugaan yg Dia bagi kerana dia lebih mengetahui apa yang dilakukan. Dengan adanya redho drpd Allah swt, jaminan syurga sudah berada ditapak kaki kita, tinggal melangkahi untuk ke tempat tersebut. Samalah juga kita kena redha kepada kedua ibubapa, adanya keredhoan daripada kedua orang tua kita maka berjayalah hidup kita didunia mahupun diakhirat ada hadis menyebutkan redha Allah terletak kepada Redha kedua Ibubapa kita.............. Insyaallahhhhhh.

Walaubagaimanapun  bkn sume perkara buruk di mesir ni, ada yang baik dan n buruk. Sama jugalah kita di Malaysia.Kalau disini, baiknya ...amatlah sgt baik, kalau jahat...amatlah jahat sgt. Begitulah kehidupan yang seharusnya tuan tinta lalui kerana disetiap pengalaman jerih pahit yang saya lalui, disitulah terselit setiap ruang kemanisan. Bukan senang dan mudah untuk kita dapat tetapi dimedan inilah yang seharusnya para pejuang islam harus tempuhi supaya kita boleh lihat setinggi mana langit dan bumi dengan kita sendiri. 


Adanya tarbiah dibumi anbiya inilah pena dapat mempelajari dan meneladani sedikit demi sedikit dan mengutip secalit mutiara-mutiara ilmu yang berada disini yang kita maklum dan ketahui dibumi anbiya inilah turunya tamadun. Didalam generasi inilah lubuk ilmu yg sangat hebat dan seharusnya sy ratapi supaya bekalan2 ilmu ini dapat melahirkn disanubari hati saya ini. Insyaallah... Wallahu'alam...
Baca Selanjutnya

Iffat Altamis sudah miliki Samsung Galaxy Ace GT-S5830i

Assalamualaikum......

Gembiranya hati beberapa hari , minggu , bulan , tahun  tak update , heheheh...... Kenapa pula suka sangat nih… ...Jom tengok apa yang saya ingin tunjukkan nih  :




Ok sebenarnya saya dah beli Smartphone @ Handphone Samsung Galaxy Ace! Huhu sebenarnya hampir sebulan juga la saya dah pakai. Tapi baru la hari ini saya nak khabarkan. Kenapa lambat pula khabarkan? Tujuan saya sebenarnya nak godeh-godeh dulu Samsung Galaxy Ace ni. Pastu install segala App (application), game, tools, pastu setting mana yang patut dan macam-macam lagi.


Maklumlah, lama juga sebenarnya memendam rasa nak merasai, menyelami & menjiwai Android . Kebetulan diberikan “rezeki” lebih dan disebabkan perasaan memendam rasa yang agak lama tuh, terus saya dapatkan Samsung Galaxy Ace ni. Pastu saya ambil masa untuk study habis-habisan Samsung Galaxy Ace sampai khayal-khayalan untuk update blog kihh....kihhhh..…


Bagaimana setting ingin cantik dan menarik (kononnya la) Samsung Galaxy Ace saya nh?
Ok saya buat searching di laman blog ni      :     Technology Blog.     Hampir kesemuanya settingnya lebih kurang sama. Pastu sayaada tambah sedikit app-app yang berguna antaranya
Titanium Backup Pro, ADW Launcher dan yang pasti  saya dah ROOT ( aplikasi apa pulak tu kan? hehe ) wohooo !
Baca Selanjutnya

Kematian mengetuk pintu rumahku


Malam itu telefon bordering memanggil. Seperti biasa  akakku beranjak menuju telefon dengan berjingkat-jingkat. Meluru dengan cepat. Bukannya senang menerima telefon. Tapi suara dering telefon itu begitu mengganggu telinga. Bising !!!!

Dengan nada ceria, seperti biasa, akakku menerima telefon. Namun entah mengapa tiba-tiba nada itu mendatar. Bahkan ada nada kesedihan dalam suaranya.

Awalnya saya acuh tak acuh saja. Ahhh, mungkin salah satu teman sehidupnya  bercanda kosong dengan kata-kata yg boleh mengguriskan hati si pendengar. Namun ini bukanlah hal remeh temeh yang diterima oleh akakku. Ternyata salah satu orang yang ia sayangi meninggal dunia. Menghembuskan nafas terakhirnya pada lingkungan jam 12.30 malam . Mempunyai  “tanda-tanda”  sakit atau seumpamanya.

Ia pun terduduk lemas di sudut ruangan. Menunduk ,  menahan luapan emosi. Kemudian satu per satu air mata itu bergulir titis. Tak terbendung dihatinya walaupun yang meninggal dunia itu bukan ibu kandungnnya tapi ibu mertuanya,  walaupun tidak dijaga olehnya tapi ia seakan rasa di tusuk hatinya seakan-akan terguris kerana ibu mertua yang  amat ia sayangi. Dan ia pun mulai terisak.

Pada hari Ahad,23 Oktober 2011 tepat jam 3.00 pagi saya dan sekeluarga bergegas balik ke halaman kampung di Perlis Indera Kayangan ingin melawat besan akakku kehilangan ibu mentuanya yang telah menghembus nafas pada hari Ahad, 23 Oktober 2011 jam 12.30 pagi dan kami selamat sampai balik di Johor Bahru pada hari Selasa 25 Oktober 2011 jam 6.00 pagi ………





Sebuah pesanan kematian mengetuk pintu rumahku.

Kejadian itu membuat saya berpikir berulang-ulang kali. Bagaimana kiranya jika itu terjadi pada diri saya? Bagaimana jika satu per satu orang-orang yang saya cintai “mendahului” saya? Sudah siapkah saya menghadapinya dengan ikhlas?

Apakah saya sudah siap untuk dengan ikhlas mengucapkan, “innalillahi wa inna ilaihi raajiun” ? Lalu berkata, “Emak, saya tahu hari ini akan datang. Say ridha, Emak….. Saya ikhlas. Pergilah dengan tenang, Emak. Temuilah Allah,  zat yang kita rindukan.”  Sepaerti  halnya  seorang sahabat.

Ataukah nanti lidah ini akan kelu? Disebabkan hati yang berontak. Dilontarkan oleh pertanyaan-pertanyaan, “kenapa?”, “kenapa?”, dan “kenapa?” Tumpah-ruah oleh rasa kehilangan dan penyesalan. Hingga kalimat inna lillahi wa inna ilaihi raajiun pun seakan terhapus dari ingatan.



    Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. (AnNisa:78 )


 
Kematian menjemputku

Suatu kepastian yang kadang diri ini berusaha menepisnya. Suatu kepastian yang seringkali ditanggapi dengan, “jangan katakan lagi perkara itu.” Suatu keniscayaan yang sering ditanggapi dengan berlebihan. Seakan ini suatu mukjizat.

Tapi tetap saja diri ini tak mampu mengambil hikmahnya dan memegangnya kuat-kuat.

Kembali menyakiti orang yang dicinta. Padahal mungkin saja ini saat-saat terakhir bersamanya.



    Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia i`tu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Al-Hadid:20 )


Sudah siapkah saya jika sewaktu-waktu malaikat maut datang membawa “pesanan” itu? Apakah husnul khotimah, akhir yang baik, yang saya dapatkan? Ataukah (naudzubillahi min dzalik) justeru syu’ul khotimah, akhir yang buruk?






Fikiran saya mula membayangkan,

Apa saja yang sudah saya lakukan di dunia ini?

Apa yang akan saya katakan nanti dihadapan Allah dan Rasul-Nya?

Alamak, saya terlupa…. Pada hari itu mulut saya tidak akan boleh bertutur. Tangan, kaki, dan anggota tubuh inilah yang angkat suara.



    Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. ( Yaasin:65 )


Fikiran dan hati saya seringkali memikirkan tentang amal ibadah yang selama ini diamalkan adakah diterima or tidak diterima? Adakah cukup untuk membawa bekalan di padang masyar nanti dan adakah saya ini tergolong dr orang-orang yang mendapat memasuki ke syurganya or memasuki ke neraka? Dan bermacam-macam yg  berlegar-legar dihati dan fikiran saya. Sedikit kata-kata dan luahan sekecil ini dapat dikongsikan bersama  dan marilah sama-sama kita muhasabah diri tentang kematian yang bila-bila boleh datang dan menjemput kita, dimana-mana pun kita berada……..
Baca Selanjutnya

Leave To Come Again .....


Assalamualaikum, kepada sahabat-sahabat sekalian.....

Terasa lama sudah tidak update tentang diriku ini......apa kabor sahabat-sahabat sekalian?bagaimana kehidupan sekalian, adakah masih happy or sad?hehehhe....saje jer nak tanya pd sahabat-sahabat. Maklumlah dah lama xcontact sahabat2 lama di sekolah, di kampung, dan yg mengenali diriku ini


Haaa...haahaa !!! cuti datang lagi ... hmm,apa yg saya nak buat kat rumah? apa yg seharusnya sy manfaatkan bila berada di rumah? Bila di fikir, banyak jugak nak dilakukan masa cuti nh.....tapi saya tidak boleh mensia-siakan masa cuti nh dengan perkara yg tidak berfaedah. Apabila tibanya waktu cuti, perkara yg melayang-layang di fikiran dan benak fikiran saya ialah pergi mengaji di pondok, mengajar kelas al quran, dan sebagainya. Tetapi kenapa sehingga kini saya tidak melakukan perkara tuh, mungkin tiada kekuatan bagi saya untuk melakuakn semua itu dan mungkin juga saya ada maslahah yang lain bila  berada di rumah dan ditempat saya nh sebabnya saya mempunyai tanggungjawab yang amat besar iaitu menjadi imam di masjidku ini. Al maklumlah, kini saya bergelar orang yg hamalatul quran. Menjadi kewajipan dan lebih afdhal bg orang yang layak untuk menjadi imam   tetapi bukan kemahuan saya untuk menjadi imam kerana bila saya datang di masjid, saya jugak ditariknya oleh imam disana. Saya harap diriku ini dapat memberi bakti dan kebajikan kepada penduduk di tamanku ini dan menjalankan tanggungjawab dengan amanah sebaik-baiknya.........Insyaallahh, sahabat-sahabat doakanku disini supaya dipermudahkan dan dapat menggalas tanggungjawab ini.

Terasa diriku tidak layak untuk menggalas tanggungjawab ini sbbnya saya bukanlah dari orang yang baik dan sempurna dalam diri kerana saya hanya manusia yang lemah dalam setiap perlakuan dan seharian yang saya lakukan. Ya Allah. saya rasa lemah sangat diri ini......tapi itu sahaja kemampuan dan kebolehan yang saya dapat berikan di masa terluang dan cuti saya ini di tamanku ini.

Cuti yang diberikan oleh pihak Darul Quran JAKIM selama sebulan lagi, padahal masa cuti akhir sem 4, saya dah cuti dah 2 bulan tapi pihak Darul Quran JAKIM beri lagi kerana kemasukan pelajar baru diploma tahfiz alquran akan masuk pada 14/5/2011. Mungkin disebabkan keluarnya keputusan SPM lambat, proses temuduga dan kemasukan ke Darul Quran jadi rumit  dan lambat. Mungkin jugak pihak Darul Quran mahu seragamkan tarikh dan masa dengan IPTA yang lain sebabnya Darul Quran JAKIM bakal di naik taraf  MS ISO 9001 : 2008 dan akan dijadikan Kolej Universiti Darul Quran JAKIM tidak lama lagi. Sama-samalah kita tunggu kedatangan kolej universiti yang pertama mempunyai bidang tahfiz di Malaysia ini.......wallahualam, dengar-dengar ceritanya. Jadi sahaat-sahabat sekalian sama2lah kita doakan mudah-mudahan ianya terjadi sbbnya kita kekurangan orang-orang yang memegang kita suci alquran ini. Dengan adanya seperti mereka ini dapat menjaminkan pentadbiran, undang-undang, dan sebagainya dengan saksama, adil dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin islam. Insyaallahhhh........................

Saya mengharapkan cuti ini dapat memberi faedah dan manfaat pada diri saya ini .......dan pada sahabat-sahabat sekalian jugak supaya dapat apa yang sahabat mahukan.........mungkin setakat nih jer, coretan tentang tinta diariku hazwan.......Wassalam.
Baca Selanjutnya

Biodata Diri Tinta Iffat Altamis




Nama Diberi :
Muhamad Hazwan Bin Rosli

Umur : 
24 Tahun bermula 26 / 03 / 2015



Tempat Lahir :
Hospital Besar Kangar Perlis Indera Kayangan

Tarikh Lahir :
26 March 1991

Tempat Menetap / Tinggal :
Johor Bahru, Johor Darul Ta'azim



Adik-beradik :
Anak keempat daripada (4-4) adik-beradik


Pendidikan :
*Tadika Kemas Taman Kobena, Tampoi Johor
 [ 1995 - 1996 ]



*Sekolah Rendah Agama Perumahan Mara,Desa Rahmat Johor

   [ 1997 - 2003 ]



*Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir, Tampoi Johor
 [ 1997 - 2003 ]



*Sekolah Menengah Agama ( Arab ) Bugisiah Tampok,Benut Pontian Johor
   [ 2004 - 2008 ] 



*Sekolah Menengah Agama Arab Tinggi (Maahad Johor) 
  [ Bln 1 - 4 ( 2009 ) ]



*Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat 
  Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM )
  [ 2009 - 2012 ( Graduation Darul Quran JAKIM ) ]
*Ijazah Takhasus Al-Quran dan Qiraat ,
  Universiti Al-Azhar AS-Syariff  Mesir. ( Shoubro Cairo Egypt )
 [ 2012 - 2015 ( Sekarang ) ]  



Mahasiswa Tahun Tiga (3) Jabatan Al Quran & Qiraat, 
Fakulti Al-Quran dan Qiraat,  
Universiti Al-Azhar AS-Syariff  Mesir. ( Shoubro Cairo Egypt )



Alamat Mesir       :

Universiti Al-Azhar AS-Syariff,

No 20 El-Farmawy Street, 
11231 Dauran Shoubro,

Cairo, Arab Republic of Egypt .

Email : mymaqaz@yahoo.com
Tel    : +20143045562




Email Nota Diariku :


iffataltamis91@ gmail.com



Misi Nota Diariku :
Saya bertinta dan mencoret pena ini kerana ingin bebas bertebaran mencari isi ilmu itu sendiri seperti bertebarannya burung-burung menikmati nikmat Sang PenciptaNya . Sang Pencipta yang mengadili kekuasaan ini , saya sebagai Sang Hambanya masih mampu untuk terbang bebas bersama akal dan coretan yang sedikit ini .


Visi Nota Diariku : 
Terbangku juga bersama harapan dan hayatku tidaklah selamanya berada di muka bumi Allah yang barakah ini. Pergiku bakal akan melenyapkan segala memori tentangku. Siapalah saya ..... hanya seorang daripada hamba CiptaaNya. Hamba yang selalu mendambakan keredhaan daripada Sang PenciptaNya. Harapnya suatu hari nanti apabila diri ini sudah tiada lagi , segala tulisan yang mampu saya curahkan semasa hayat menjadi sedikit bekalan diakhirat sana. Insyaallah ............ Semoga Allah Redha. = )


Blogspot :

Email this blog !!! Share to Twitter, Share to Facebook, Share to Google


Baca Selanjutnya