Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Disebalik Jiwa Meronta , Diselubungi Hati Keresahan






Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tetapi.. kenapa hati kita tidak gembira? Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita minta sungguh-sungguh pada Allah. Tapi.. kenapa susah sangat doa kita nak makbul oleh Allah? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"



Diselubungi Hati keresahan

Hati kita tidak gembira sebab kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tidak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tidak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.



Disebalik Jiwa Meronta

Kita senantiasa meminta pada Allah, tapi kita tidak pernah minta ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih.. minta Allah pandang kita. Bagaimana Allah ingin memakbulkan doa kita?
Cuba kita renung diri kita. Cuba kita menghitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada kita sebut dan mengucapkannya.



Pernah kita bangun malam, solat sunat... solat tahajud.. solat taubat? Pernah? Ada... waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kena ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas itu... ada? Ada... time dah nak exam... waktu rasa result macam ada aura nak gagal. Siap buat solat hajat lagi! Lepas itu…ada? Ada… time dapat result, ada tak buat sujud syukur? Hmm... entah la, tak ingat pulak.



Setiap hari kita melakukan perkara kebaikan. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tidak dapat merasai kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan itu? Hati kita tetap juga tidak tenang. Kenapa ya berlaku seperti itu? Sebab dalam hati kita tidak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan itu dekat kita.




Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah memuliakan kejadian manusia. Tetapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul saw. Berat benar lidah kita hendak berselawat ke atas baginda.



Bagaimana dan Apakah Resolusinya ?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.



Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati……



Wallahualamm…………….
Baca Selanjutnya

Cerminan Realiti Kemanusiaan




Belajar mengenai sesuatu perkara yang ada didalam kehidupan kita dan disekeliling yang berada disamping kita . Kita belajar untuk meraikan perangai sahabat yang pelbagai. Asasnya adalah untuk menerima seseorang itu seadanya. Jika yang dilihat padanya kekurangan dan kelemahan, maka wajib juga bagi kita untuk mencari kekuatan dan kelebihannya.



@ Jika kelemahannya panas baran, mungkin kelebihannya pandai 
     berkata-  kata.

@ Jika kekurangannya ego yang tinggi, mungkin dia sangat 
     mengambil berat tentang sahabat lain.

@ Jika dia garang dan keras kepala, mungkin juga dia tetap dalam 
     pendirian dan keputusan.

@ Jika dia terlalu manja, mungkin dia pandai bergurau 
     dan menceriakan sahabat-sahabat yang berduka.

@ Jika mulutnya laser tanpa insurans, mungkin dia hebat 
    dalam kepimpinan.

@ Jika dia pendiam dan terlalu senyap, mungkin tarbiyahnya 
     hebat berbanding kita.

@ Jika dia kaki movie dan hantu komik, mungkin dia 
     lebih hebat berdakwah.

@ Jika dia suka menyanyi, mungkin dengan menyanyi itu 
     dapat menarik orang mendekati Islam.




Jadi kenapa perlu kita terlalu fokus kepada kekurangan yang sedikit berbanding kelebihannya yang banyak? Belajarlah untuk menghargai dan meraikan ‘kepelikkan dan kepelbagaian’ sahabat-sahabat kita kerana kita semua mempunyai kelebihan indentiti diri kita dalam apa jua kelengkapan kehidupan itu sendiri supaya kita dapat menerapkan apa jua di bidang masing-masing.



Cerminan diri kita, pernah atau tidak kita terfikir, untuk apa kita berasa marah dan terasa hati dengan sahabat-sahabat sedangkan ada juga perangai kita yang membuat orang lain tidak selesa dan menjengkelkan. Dalam ayat yang mudah, tidak semua orang boleh terima kita 100%.




Wallahualam ..................
Baca Selanjutnya

Menerobos Sempadan Diri Bersama Tinta Iffat Altamis





Adakala kita terfikir…..Kita mungkin tidak pernah menyusahkan hidup sesiapa, kita mungkin tidak pernah menganggu hidup orang dan tidak pernah pula membenci atau menyakiti mereka. Namun tiba-tiba sahaja mereka membenci kita. Berkata-kata buruk tentang kita di bekalang dan mengaturkan pelbagai strategi untuk menyakitkan hati kita.


Adakala kita terfikir…..Sebagai manusia biasa, kita tidak akan terlepas dari mempunyai kekurangan pada diri. Mungkin pada cara kita bercakap, mungkin pada cara kita bergurau, mungkin pada gerak badan, mulut, mata dan seumpamanya yang menyebabkan ada sesetengah orang tidak suka, benci dan meluat melihat kita .


Adakala kita terfikir…..Jika mereka tidak berbuat apa-apapun mereka akan cuba melarikan diri dari kita. Seolah-olah kita ini makhluk yang aneh atau manusia yang tidak berguna, tidak perlu mendekati orang seperti kita. Keadaan yang diceritakan ini semakin menjadi-jadi apabila perbuatan masing-masing mula dizahirkan dalam Facebook.


Adakala kita terfikir….. Ramai kawan-kawan yang me’remove’ kawannya yang menyakitkan hati. Hampir setiap hari juga saya melihat kenalan Facebook memaki-maki, marah dan menulis status-status berkaitan dengan orang yang dibenci dan orang membencinya. Adakala kita terfikir perlunya muhasabah dalam diri.





Berfikir & Renung Sejenak…

Muhasabah diri. Adakala sikap orang adalah cermin kepada sikap kita sendiri. Mungkin kita rasa kita tidak menyakiti hati orang, tetapi orang tetap terasa sakit. Carilah kelemahan pada diri yang mungkin kita terlepas pandang dan perbetulkan kembali. Bertenang dan jangan membalas kebencian mereka dengan terus membenci mereka.


Cukuplah Berbakti Kepada Orang Yang Wajib

 Cukuplah berbakti kepada orang yang kita perlu taat seperti ibu ayah, taat suami bagi seorang isteri dan taat kepada Allah sebagai seorang manusia. 


# Biarlah semua kenalan menolak kita yang penting kita jaga suami or isteri kita dengan     baik.

# Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita yang penting kita tidak meninggalkan keluarga.

# Biarlah seluruh kaum keluarga memulaukan kita yang penting kita tidak memutuskan tali silaturrahim.

# Biarlah seluruh umat menyakitkan hati kita yang penting kita tidak menyakitkan hati Allah.


Bila berlakunya kebahagiaan

Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terseksa. Namun seandainya kita faham bahawa perbuatan terkutuk mereka dapat menyumbangkan pahala yang banyak untuk bekalan akhirat, kita akan bahagia. Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting jangan kita bersikap buruk pada mereka kerana hidup kita untuk mencari kebahagiaan di sana. Bukan melayan persengketaan yang sia-sia.


“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” 


– Imam Al-Ghazali 
Baca Selanjutnya

Ama Zilna - Bennami





نقبل بقلوبنا على الله

kami persembahkan jiwa2 kami kepada Allah


لا خوف ولا حزن لمن هداه

tiada ketakutan dan kesedihan
bagi sesiapa yg diberiNya petunjuk


حبله متين لا يندثر

taliNya kukuh takkan terlerai


رزقه دائمٌ لمن يفتقر

rezeqiNya sentiasa ada buat yg memerlukan


في كل مكان

di setiap tempat

وكل زمان

di setiap ketika


فوقكَ ربٌ عظيم يرعاك

di atas sana
ada Tuhan Maha Agung yg memeliharamu


في أي مكان

di mana jua


في أي زمان

pada bila2 masa


لك رب يحبك لن ينساك

kau punya Tuhan yang sentiasa menyayangimu
& tidak pernah melupakanmu


أما زلنا ... أما زلنا .. نخشاه

adakah kita masih punya rasa takut terhadapNya?


اما زلنا نحمده

adakah kita masih lagi sentiasa memujiNya?


أم نسينا أنّا عباده

atau adakah kita telah pun melupainya?


لا إله إلا الله .. لا إله إلا الله
لا إله إلا الله .. لا إله إلا الله

tiada Tuhan selain ALLAH


نعيش في ملكه ما يشاء

kita hidup di bawah kekuasaannya selagi mana Dia kehendaki


نغوص في جوده بالدعاء

kita menikmati kemurahan daripadaNya dengan berdoa


نطمع في افضاله بالرجاء

kita berhajatkan kebaikan daripadaNya dengan penuh pengharapan


ملاذنا اذا اشتد البلاء

tempat kita berlindung tatkala ujian dirasakan begitu berat


CHORUS


قلبي لله

hatiku untuk Allah..


روحي لله

seluruh nyawaku untuk Allah..


امالي لله

cita2ku untuk Allah..


كلّي لله

segalanya hanya kerana Allah

Baca Selanjutnya

Kembali Menyinari Diri Umpama Si Kunang-Kunang




Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Apa khabar sahabat-sahabat bloger sekalian?Sihat? Diharap kalian semua berada dalam kesihatan yang baik dan dibawah lidungan Allah s.w.t. Malam ini terasa diberi peluang oleh Allah untuk merasai ketenangan dalam berfikir tentang semua perkara dari perkara peribadi, keluarga, pelajaran, kuliah, sahabat-sahabat, masa depan sehinggalah hal-hal berbangkit. Kalau sebelum ni, pelbagai program yang penuh bermula dengan Program Sambutan Pelajar Baru (USMB’12), Program Jaulah (SINAI ’12) , Program Jaulah (ALEXANDRIA’12) sehingga terlupa untuk memikirkan tentang diri sendiri. Begitulah tarbiah dalam kehidupan yang perlu kita ranjau dan tempuhi sebagai seorang insan. Kadang-kadang kita mudah sahaja berada dibawah dan kadang-kadang kita payah mendaki untuk berada yang teratas. Dimanapun kita berada, ujian tetap akan dilalui dengan cabaran yang sangat mencabar.



Dalam masa yang ada ini, masih diberi peluang oleh Allah untuk mencoretkan sesuatu buat perkongsian bersama-sama. Terasa hati ini di peringati saat terlalu lama Al-Quran ditinggalkan tanpa dibaca atau diulang secara konsisten. Buah hati ku (Al-Quran), yang saya pegang sejak tingkatan 1 dan saya bawa di tempat pertama mengkhatamkan hafazan al quran iaitu di Darul Quran JAKIM sehingga lah sy menjejaki pelajaran di Bumi Ardhul Kinanah ini. Sudah hampir 9 tahun saya bawa disisiku, dimana sahaja bila saya keluar negeri atau negara untuk bermukim, saya akan membawanya. Tapi semakin lama, saya terasa semakin jauh dengannya walaupun secara zahirnya, ia berada disisiku saat saya menulis ini. Apakan daya, mungkin iman semakin lemah dan perlu diperbaiki lagi. Semoga ruh Al-Quran kembali menyinar lagi seolah-olah kunang-kunang berterbangan mencorakkan cahaya bersinar itu dan saya mengharapkan sebegitu sepertimana istiqomahnya saya dahulu.




" Ya Allah rahmati aku dengan Al-Quran, Jadikan Ia pimpinanku, cahaya kepadaku, petunjuk kepada ku dan kerahmatan kepada ku. Ya Allah peringatkan aku apa yang sering aku lupa, ajarkanlah...ajarkanlah. Jadikanlah pembela (syafaat) ku ketika diakhirat nanti"



Moga jiwa yang kosong ini terisi kembali dengan Kalamullah, bukannya diganti dengan maksiat yang mengikut kata hawa nafsu yang tidak pernah kenyang dengan perbuatannya, bahkan menjadi duri dalam daging dalam kehidupan kita. Yang lepas, biarkan ia berlalu dengan taubat, perjalanan masih panjang. Jauh didepan Allah sediakan kebaikan untuk siapa yg melepasi ujian kehidupan. Moga saya juga tergolong dalam kalangan mereka yang berjaya dalam ujian kehidupan ini.


Wallahualam ........


Baca Selanjutnya

seUtuh Pengorbanan seUsai Perjalanan





Bismillahirohmannirrohim..

Subhanallah, dalam kelapangan yang penuh nikmat dan besarnya kurniaan Allah, diberikan kekuatan dalam menempuh pengorbanan kita sebagai khalifah dimuka bumi Allah swt ini. Alhamdulillah !!!! Semoga apa yang saya curahkan dapat memberi kebaikkan kepada ummah di dunia dan akhirat. Terima kasih Ya Allah diatas segala-galanya.


Saya berusaha untuk mengejar sesuatu dalam hidup tetapi saya tidak mahu menyetuh bab itu dalam Tinta buruk Iffat Altamis saya ini. Biarlah itu menjadi rahsia dan hanya Allah saja tali pengukurnya. Cuma dalam masa saya berurusan, saya banyak belajar mengenal dan tersedar beberapa perkara yang saya merasai boleh di kongsi kepada semua. Tentang nilai kawan , teman , sahabat , keluarga dan Allah. Semoga pengalaman ini menjadikan saya seorang yang matang dan terus mencuba untuk menjadi yang lebih baik dari diri saya sebelum ini.


Seperti sabda Rasulullah salallahu’alai wasallam “Tuntutlah ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad”( HR Bukhari). Maksudnya ilmu itu tidak pernah bersempadan, tidak pernah ada tali akhirnya untuk kita berhenti dan mengalah. Kita sepatutnya terus dan terus belajar untuk menjadi insan yang berilmu sampai hembusan terakhir nafas kita...



Patutlah dulu arwah kawan saya selalu cakap “Orang makin tua, makin banyak ilmunya”. Mungkin itu juga dikaitkan dengan ‘pengalaman’ yang kita lalui dalam kehidupan kita. Masa mematangkan kita, tetapi saya percaya, manusia yang matang adalah manusia yang berhati luhur untuk menerima ‘pengalaman’ sebagai ilmu untuk dijadikan panduan dalam hidup mereka dan bukannya berusia melalui angka tapi kosong dalam dadanya. Naudzubillah… saya tidak mahu jadi sebahagian dari itu.


Siapa itu kawan ? kawan adalah yang sentiasa menemani kita tetapi akhirnya akan meninggalkan kita bila sampai tahap kepuasan dalam hatinya. Siapa itu teman? teman adalah yang setia hadir disetiap susah dan senang kita tanpa tahu punca dan sebabnya, Dan… Siapa itu ‘sahabat’ ? sahabat lebih sama ertinya dengan ‘teman’ tetapi istimewanya sahabat adalah yang selalu menyelamatkan kita agar tidak memperbodohkan diri dan diperbodohkan oleh hidupan yang melalaikan kita dari landasan kebenaran..

 
Dari pergaulan saya lah, saya tahu bahawa ‘Kawan’ akan menilai kita dengan perkataan “kalau lah aku boleh berkawan dengan dia”.. jadi bila sudah menjadi kawan, maka dia tahu tentang kelebihan dan kelemahan kawannya. Persoalannya, sanggupkah dia bertahan bila mencapai tahap ‘puas’ melihat kekurangan kawannya itu ? mesti tidak… ! kerana dia melimitkan nilai perhubungan mereka. Seperti pelangi yang hadir seketika sahaja, bila sampai tempoh lembapan hilang maka ia akan pergi dari pandangan.



Wahai teman, terima kasih kerana selalu menyokongku dari belakang dalam susah dan senangku. “Kenapa kamu mahu jadi kawan saya ?” “sebab saya suka berkawan sama kamu.. kamu buat saya happy biarpun ada ketikanya kamu buat saya macam mahu makan kamu”… (so sweet…*finger crossed*). Itulah teman, hadirnya benar-benar memberi makna tanpa mengetahui punca dan sebab silaturrahim itu dibina. Bagai bintang yang wujud di malam hari, menemani bulan tanpa tahu apa punca dan sebabnya. Subahanallah



Masya Allah Tabarakallah… dalam pergaulan juga saya kenal dengan apa yang diertikan sebagai ‘sahabat’. “Kita bertemu dan berpisah kerana Allah.” “Biarlah kamu benci saya kerana menegur salahmu yang penting saya tidak mahu kamu terus tenggelam dengan kejahilan(kebodohan)mu.” Siapa diantara kita yang pernah mendengar kata-kata ini ? Jika ada, jangan lepaskan sahabat itu kerana itulah sahabat semanis iman, yang memimpin kita mencari redha Allah subhana wata’ala di dunia dan di akhirat dan tidak sesekali mahu kita menjadi bahan ketawaan orang lain. Semoga Allah membalasmu dengan kelapangan rahmat-Nya di dunia dan akhirat wahai sahabatku. Amin Ya Robbal a’lamin.


Saya sering merasa sedih atas apa yang terjadi tetapi demi Allah, saya bahagia mempunyai keluarga yang selalu menjadi ‘pemukul lalat’ buat saya jika saya berbuat kesalahan dalam kehidupan . Mereka menyedarkan saya dari pelbagai sudut, soal pergaulan, percakapan, tingkah laku dan akhlak yang lain. Mereka menjadi alarm peringatan pada sesuatu yang kurang atau yang terlepas dari pandangan mata atau mata hati saya. Apalagi jika dikaitan dengan pengorbanan, tentu saja mereka adalah tongkat sakti buat saya ketika susah, ketika sedih, ketika sakit, ketika kekurangan dan segala-galanya. Mereka menjadi tongkat menyambut kepatahan perjalanan langkah saya, menjadi api pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan dan pemujuk hati yang setia ketika saya terlupa untuk terseyum dan ketawa. Ya Allah, terima kasih dengan rahmat-Mu ini.


Inilah kehidupan, di mana bersangkut-paut dengan setiap perkembangan dan pertumbuhan hidup yang kita teladani dan pegang dalam perjalanan kita yang masih jauh dan panjang. Tetapi sedang enak kita dibuai ilmu dunia, akhirnya kita pasti akan kembali dengan yang maha esa. Lahaula wala quwata’ illabillah.. siapalah kita tanpa pertolongan dari Allah. Sekalipun adanya kawan, wujudnya teman dan hadirnya sahabat mahupun hebatnya cinta keluarga… dipenghujung jalan, pasti ! Allah juga tempat kita sandarkan hati. Zat yang maha kekal yang menyedarkan kita bahawa kewujudan-Nya adalah abadi ! tanpa Dia meminta apa pun kebaikkan dari kita untuk manfaat kepada-Nya melainkan kita yang mengharapkan rahmat, kasih, sayang dan cinta daripada-Nya di dunia mahupun akhirat nanti.


Siapa saya ? siapa kamu ? siapa mereka ? kalau cuma berkongsi kepada satu saja jawapannya iaitu HAMBA ALLAH ! Subhanallah, Alhamdulillah, La illaha illallah, Allahu Akhabar, walillah ilham !! Lalu haruskah kita menyandarkan hidup dan mati kita kepada sesuatu yang tidak kekal sehingga sanggup tunduk pada darjat dan membiarkan keangkuhan hati untuk menjadi lebih tinggi daripada lain ? Sedangkan Allahlah satu-satunya tempat dimana kita sepatutnya menyandarkan hidup dan meminta di atas sesuatu.. Seperti sabda Rasulullah Salallhua'alihi wasallam


"Barang siapa yang Akhirat menjadi harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan putuh dan hina. Tetapi siapa yang dunia menjadi harapannya. Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar apa yang telah ditetapkan baginya"


Saya sandarkan segalanya kepada Allahu Rabbi, hanya kekuasanNya yang boleh menunjukkan keajaiban.. Tiada yang sia-sia bagi Allah.. bukankah Dia maha adil lagi maha bijaksana ? setiap langkah dan perbuatan atau peristiwa telah dijaga Allah dengan sebaik-baiknya. Kita menzalimi atau menjahilkan orang lain tetapi kita jangan sesekali lupa bahawa Allah subhana wata’ala itu wujud dan maha melihat diatas segala tindak-tanduk kita. Jangan lupa ! Dia pasti menjaga hamba-hamba-Nya sekalipun hamba-Nya itu berbuat kemungkaran kepada insan lain. Kalau tidak, tidak lah kita kenal bahawa Allah subhana wata’ala itu Maha melindungi, maha pengampun lagi maha Penyanyang . Masya Allah, tabarakallah ! 


Saya redha diatas segala ranjau onak duri duniawi, dengan hati yang ikhlas saya sandarkan segalanya kepada Allah. Alhamdulillah, kerana selama ini saya selalu berpegang pada sabda Rasulullah 'kekayaan itu bukanlah dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan sejati ialah kekayaan jiwa' (HR Muslim) Saya tidak kisah apa pun yang berlaku sekalipun saya jatuh tersungkur dengan permainan Kawan-Teman-Sahabat diatas perjalanan hidup ini kerana saya yakin dengan Allah subhana wata'ala yang maha melindungi hamba-hambaNya..


Syukur ya Allah, dengan kerendahan hati saya redhakan semuanya. Demi Allah, siapa pun yang wujud dalam hidup saya sama ada dia hadir menjadi kawan atau teman atau sahabat atau apa-apa saja kewujuddannya, saya serahkan kepada Allah. Sesungguhnya hanya Dia menjadi tempat kebergantungan hidup dan mati kita. Semoga saya sentiasa istiqomah di jalan Allah dan mempunyai hati yang tawaduk semata-mata mengharap dan mendambakan redha Allahu Robbi. Amin ya Robbi a’lamin.
Baca Selanjutnya

Kegarisan destinasi Kehidupan




Semua yang berlaku telah ditetapkan oleh illahi, kita hanya mampu menerimanya dengan tabah. Tidak selama nya kita hidup dengan ceria dan gembira, kadangkala kesedihan juga perlu ada.


Mungkin ini silap kita yang selama ini, kita tidak fikirkan apa yang akan bakal berlaku. Bila dah berlaku baru la kita sedar apa yang sebenarnya. Baru la kita tahu bahawa kita telah menguriskan perasaannya. Tapi kita adalah manusia biasa, yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. dan tidak ada manusia yang sempurna di muka bumi Allah ini, apa yang kita mampu ada lah mengucapkan kata maaf sahaja.


Mungkin ini juga adalah selisih faham, yang membuatkan sebelah pihak tidak mahu memahami kita, mereka ingin kita sahaja yang faham akan perasaan hati mereka, sedangkan mereka tidak pernah nak memahami hati dan perasaan kita..


Apapunn perkara yang dah berlalu biarla ia berlalu, kita harus mulakan hidup baru dan buka buku baru, agar hidup kita aman, dan belajar dari kesilapan yang lalu..


hehe apa yang saya bicara ini pun saya tidak tahu, tapi ini realiti kehidupan sebenar kita....... 

mudah-mudahan kata yang sedikit ini dapat memberi manfaat yang banyak......


wallahualam .......
Baca Selanjutnya